Sahabat Maya :

Thursday, January 23, 2014

KPDNKK tetap harga maksimum 13 barangan


http://3.bp.blogspot.com/-MSp0YaEGFJw/Tkw55j7SDhI/AAAAAAAAIfY/BeuYUGXZu58/s1600/kawalan+harga.jpg

KPDNKK tetap harga maksimum 13 barangan

KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menetapkan harga maksimum untuk 13 jenis barangan harga terkawal bagi pelaksanaan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Tahun Baharu Cina 2014. 
 
 
 


Menurut pengumuman dalam portal rasmi kementerian berkenaan di http://www.kpdnkk.gov.my/pengumuman/skhmp-2014 hari ini, skim itu akan berkuat kuasa Ahad ini sehingga 9 Februari depan. 
 
 
 

Tempoh pelaksanaan skim pada kali ini adalah selama 15 hari iaitu lima hari sebelum perayaan, semasa perayaan dan sembilan hari selepas perayaan. 
 
 
 


13 jenis barangan harga terkawal itu ialah: 
 
 
 

*Ayam hidup 

*Ayam standard (disembelih dan dibersihkan berserta kaki, kepala, hati dan hempedal atau mana-mana bahagiannya) 

*Ayam super (disembelih dan dibersihkan tanpa kaki, kepala, hati dan hempedal) 

*Telur ayam gred A (berat antara 65.0 gram hingga dan 69.9 gram sebiji) 

*Telur ayam gred B (berat antara 60.0 gram hingga 64.9 gram sebiji) 

*Telur ayam gred C (berat antara 55.0 gram hingga 59.9 gram sebiji) 
 
*Kubis bulat import (Indonesia dan China tidak termasuk kubis Beijing) 

*Bawang putih (China) 

*Ikan bawal putih (berat antara 200 gram hingga 400 gram seekor) 

*Udang putih besar (berat antara 41 hingga 60 ekor sekilogram) 

*Babi hidup 

*Daging babi (perut) 

*Daging babi (daging dan lemak) 
 
 


Untuk mengetahui senarai penuh penentuan harga maksimum borong dan runcit bagi barangan harga terkawal bagi skim itu, orang ramai boleh melayari portal rasmi kementerian. - BERNAMA
 
 
 Sumber 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...