Sahabat Maya :

Thursday, January 23, 2014

Manfaatkan portal 1Pengguna.com - PM


http://www.kpdnkk.gov.my/image/image_gallery%3Fimg_id%3D1008370%26t%3D1367311541383

Manfaatkan portal 1Pengguna.com - PM

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata orang ramai boleh manfaatkan portal http://1Pengguna.com untuk menyemak harga barang harian di seluruh negara. 


Beliau berkata demikian dalam laman Twitternya hari ini yang merujuk kepada pautan berita BERNAMA bertajuk 'KPDNKK Sedia Portal 1pengguna Untuk Semak Harga Barang Setiap Hari.' 

Berita itu memetik kenyataan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) yang antara lain menyatakan kementerian itu membangunkan portal berkenaan bagi membantu pengguna merancang perbelanjaan harian. 



Kenyataan itu juga menyatakan harga barang keperluan harian yang boleh diakses oleh pengguna antara lain ialah ayam, ikan cencaru, bawang, cili, sayur-sayuran dan santan yang dijual di pasaran mengikut negeri dan kawasan di seluruh negara, dengan harga dikemas kini setiap hari. - BERNAMA 
 http://3.bp.blogspot.com/-4X2b5F8vZws/UaA_juJ5t2I/AAAAAAAACVw/GmN6UD6GHOk/s1600/pengguna.png
Sumber

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...