Sahabat Maya :

Sunday, March 17, 2013

Minus One Saya Doktor Muda



Kelab Doktor Muda

Kelab Doktor Muda merupakan salah satu aktiviti kokurikulum di sekolah rendah.
Ia merupakan sebuah program promosi kesihatan di sekolah (school-based health promotion program) di bawah kelolaan bersama Bahagian Promosi Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia dan Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia.



 
Doktor Muda merupakan pelajar sekolah tahun 4, 5 dan 6 yang terpilih dan terlatih sebagai ’Pembimbing Rakan Sebaya’, yang bertindak sebagai pemangkin kepada perubahan pengetahuan, sikap dan amalan kesihatan yang positif di kalangan pelajar sekolah.
Doktor Muda ini diberi latihan mengenai asas kesihatan bagi menyediakan mereka menjadi pendidik kepada rakan sebaya. Mereka bertindak sebagai role model, promoter dan motivator kesihatan kepada rakan-rakan di sekolah.
Oleh kerana itu, pemilihan calon yang sesuai sebagai doktor muda amat penting. Lazimnya, pelajar yang, berminat, sihat, kemas, berpersonaliti menarik, memiliki sifat kepimpinan, bertanggung jawab, berpengaruh, suka menolong dan cemerlang dalam akademik menjadi kriteria dalam pemilihan Doktor Muda.

SEJARAH

Program Doktor Muda mula dilaksanakan pada tahun 1989 di Sekolah Kebangsaan Sri Biram, Pekan, Pahang. Bermula dari sini, program ini telah berkembang dari tahun ke tahun dengan bertambahnya bilangan sekolah yang melaksanakannya.
Program ini kemudiannya bertapak di negeri Kelantan apabila Sekolah Kebangsaan Tanah Merah 1 mula melaksanakannya pada tahun 1991.
Pada tahun 2000. Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia telah menjadikan Program Doktor Muda ini sebagai salah satu program promosi kesihatan yang diterajui di peringkat kebangsaan. Perancangan, penyelarasan dan pelaksanaan program ini ke seluruh negara dilaksanakan secara bersama dengan Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Pada Mei 2006, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menjadikan program Doktor Muda sebagai salah satu aktiviti kokurikulum di sekolah rendah dan dikenali sebagai Kelab Doktor Muda.

PENGASAS


Pelaksanaan Program Doktor Muda sebagai aktiviti promosi kesihatan di peringkat sekolah rendah merupakan hasil cetusan idea Tuan Haji Abdul Jabar bin Ahmad, Pengarah Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia.
Pada tahun 1989, semasa menjawat jawatan Pegawai Pendidikan Kesihatan (Penyelidikan dan Pembangunan) di Jabatan Kesihatan Negeri Pahang, beliau telah memperkenalkan Program Doktor Muda di Sekolah Kebangsaan Seri Biram, Pekan, Pahang.
Program ini terus diperkembangkan ke sekolah-sekolah rendah seluruh negeri Kelantan apabila beliau ditukarkan ke Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan untuk menjawat jawatan Pegawai Pendidikan Kesihatan (Perkhidmatan) pada tahun 1989 hingga 1994.
Program Doktor Muda ternyata membawa banyak manfaat kepada murid dan sekolah.  Justeru program ini dari tahun ke tahun telah berkembang ke seluruh negara. Pada Mei 2006, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menerima program ini sebagai aktiviti kokurikulum di sekolah rendah dan dikenali sebagai Kelab Doktor Muda.
Berpegang kepada prinsip bahawa ‘membentuk tabiat kesihatan yang baik di peringkat kanak-kanak adalah lebih mudah daripada menukar tabiat kesihatan yang buruk di peringkat dewasa’, Tuan Haji Abdul Jabar sentiasa menyumbangkan idea bagi memastikan program ini terus berjaya dilaksanakan di sekolah-sekolah rendah.
Atas jasa dan komitmen terhadap program Doktor Muda, Tuan Haji Abdul Jabar bin Ahmad telah dikurniakan Anugerah Tokoh Penggerak Doktor Muda pada Konvensyen Doktor Muda Peringkat Kebangsaan Kali Kedua tahun 2006.


OBJEKTIF
  1. Untuk membentuk tabiat kesihatan di kalangan murid sekolah rendah dengan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran asas kesihatan mereka agar mereka dapat :



    • Mengamalkan cara hidup sihat
    • Menjadi pembimbing dan pendorong kepada rakan sebaya dan anggota keluarga ke arah mengamalkan cara hidup sihat.
    • Membantu anggota kesihatan dan pihak sekolah dalam menjalankan aktiviti kesihatan di sekolah.

  1. Menggalakkan ibu bapa atau penjaga supaya memberi perhatian wajar kepada kesihatan anak-anak.

  1. Memperkukuhkan penglibatan guru serta warga sekolah lain dalam usaha meningkatkan kesihatan pelajar.

  1. Mempertingkatkan kerjasama antara Jabatan Kesihatan dengan Jabatan Pendidikan dalam menggalakkan amalan kesihatan yang baik di kalangan murid sekolah rendah.

AKTIVITI DOKTOR MUDA
  • Menyampaikan maklumat kesihatan kepada rakan sebaya.
  • Membimbing ke arah cara hidup sihat.
  • Membantu mewujudkan persekitaran sekolah yang bersih, sihat dan selamat.
  • Membantu anggota kesihatan dan pihak sekolah dalam aktiviti perkhidmatan kesihatan sekolah.
  • Pemberitahuan kejadian penyakit / masalah kesihatan.
  • Merawat kecederaan ringan.
  • Mencatat aktiviti yang dijalankan ke dalam buku laporan
FAEDAH PELAKSANAAN KELAB DOKTOR MUDAAntara faedah yang boleh diperolehi dalam melaksanakan Kelab Doktor Muda adalah:

  • Tabiat kesihatan dapat dipupuk di kalangan murid di peringkat sekolah rendah.
  • Murid sekolah mendapat pengetahuan dan kemahiran asas kesihatan.
  • Murid belajar menghargai kesihatan.
  • Doktor Muda memperolehi dan mengamalkan kemahiran berkomunikasi. 
  • Memupuk sifat kepimpinan dan keyakinan di kalangan doktor muda.
  • Doktor muda mendapat pengalaman membantu pasukan kesihatan sekolah.
  • Kesihatan asas murid – kebersihan diri & penyakit kulit dipantau.
  • Mencegah berlakunya keracunan makanan, penyakit berjangkit.
  • Murid akan bentuk sikap positif terhadap anggota kesihatan dan perkhidmatan kesihatan.
  • Sekolah bersih
  • Sekolah bebas Aedes
  • Imej sekolah meningkat
·         





 LAGU DOKTOR MUDA
·          
·         Kamilah Doktor Muda
·         Memberi Khidmat Menabur Jasa
·         Bantu Rakan Semua
·         Jaga Kesihatan Hidup Bermakna
       
·         Mari Rakan Semua
·         Berkongsi Ilmu Menjana Minda
·         Otak Cergas Kesihatan Terjaga
·         Sejahtera Hidup Selamanya
       
·         Korus:
·         Usah Buang Masa Lagi
·         Bersamalah Kita Berpadu Usaha
·         Kesihatan Diri Fokus Utama
·         Hubungan Mesra Hidup Ceria
·          
·         Harga Diri Terpelihara
·         Maju Bangsa Maju Negara
·         Jangan Leka, Berubah Segera
·         Cergas Ke Arah Jaya
·         (Ulang korus)
·          
  Baris akhir: 

 Diri Cemerlang Hidup Sempurna   

                 
   Lirik & Melodi:


 Puan Noor Aini bt Hj. Zakaria
Guru Kaunseling
SMK Bukit Rangin
  25150 Kuantan
        Pahang

KDM-KEKAL HIDUP SIHAT

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...