Sahabat Maya :

Friday, August 31, 2012

Jiwa Anjang Aki terusik



http://mybloghub.my/wp-content/uploads/lfBap.jpg
Thanks google :)



Jiwa Anjang Aki terusik




SHAH ALAM: “Saya menitis air mata bukan kerana sedih, tetapi bangga menjadi salah seorang pejuang kemerdekaan negara,” kata bekas perajurit dan pelakon veteran, Datuk Baharuddin Omar atau lebih dikenali Anjang Aki.




Beliau berkata, perjuangan anggota tentera di medan perang berdepan komunis, suatu yang sukar digambarkan kepada generasi muda pada masa kini. Namun, perjuangan itu lebih bermakna kepada mereka yang pernah melalui zaman itu sehingga sentiasa bersemangat menyambut ketibaan Hari Kemerdekaan negara.




Baharuddin, 76, berkata, beliau sedih melihat sikap generasi sekarang kurang bersemangat meraikan hari bersejarah 31 Ogos yang diraikan setiap tahun. Malah, masih tidak ramai masyarakat memasang Jalur Gemilang.




“Saya pernah melalui zaman penjajahan British dan Jepun dan merasai betapa perit pejuang dulu mempertahankan keselamatan negara. Kini, saya nampak generasi sekarang tidak bersemangat sambut Merdeka kerana mereka tidak didedahkan dengan erti perjuangan sebenar,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam.




Berkongsi semangat merdeka, beliau pernah melalui satu episod mencemaskan ketika tinggal bersama kedua ibu bapanya di Kampung Sungai Jenderam Hulu, Selangor ketika 1940-an.




Katanya, majoriti masyarakat di situ adalah Minangkabau berasal dari Indonesia begitu bersemangat melaungkan merdeka apabila negara jiran itu menyambut ulang tahun kemerdekaan.




Namun, akibat semangat patriotik itu penjajah British mengeluarkan arahan darurat dan memindahkan seluruh penduduk kampung itu ke Kluang, Johor. Lebih malang, barang milik penduduk disita dan dilelong di pekan Kajang.




“Ketika itu, enam gerabak kereta api digunakan untuk memindahkan seluruh penduduk kampung di situ. Keluarga saya bernasib baik kerana ibu bapa saya adalah guru sekolah dan mereka tidak dipindahkan,” katanya yang menuntut di Victoria Institution.












No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...