Photobucket

Sahabat Maya :

Friday, August 31, 2012

Bersatu pertahan nikmat merdeka



Bersatu pertahan nikmat merdeka

Kuala Lumpur: Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta rakyat pelbagai kaum mempertahan nikmat kemerdekaan bagi merealisasikan impian menjadikan Malaysia negara maju menjelang 2020.



Timbalan Perdana Menteri berkata, sebagai negara merdeka, rakyat berhak menikmati hak sepenuhnya sebagai anak watan sebuah negara bebas dan berdaulat, terutama dalam membangunkan potensi diri, keluarga dan masyarakat.



Miliki daya fikir hebat



Katanya, Malaysia sebagai negara aman, stabil dan harmoni juga membolehkan rakyatnya memiliki daya fikir hebat dan jiwa yang kental untuk memajukan bangsa dan negara mengikut acuan sendiri serta bebas menentukan masa depan lebih cerah di tanah air tercinta.



“Sempena sambutan Hari Kemerdekaan tahun ini, saya menyeru rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama dan usia menghayati maksud kemerdekaan dan menerapkan semangat kemerdekaan di dalam jiwa masing-masing.




Sikap toleransi



“Saya yakin Malaysia yang merdeka kini berada di landasan yang betul hasil kerjasama dan sikap toleransi serta penerimaan antara rakyat pelbagai kaum dan agama.


“Komitmen, kesungguhan dan kerja keras semua pihak telah meletakkan Malaysia gah di mata dunia, terutama dari segi mengekalkan keamanan dan keharmonian masyarakat majmuk yang diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa,” katanya dalam perutusan sempena ulang tahun Kemerdekaan Ke-55 negara.



Muhyiddin berkata, apa yang dinikmati kini adalah hasil jasa, bakti serta keringat pejuang kemerdekaan, pemimpin negara dan semua rakyat yang berusaha gigih membangunkan Malaysia selain melaksanakan agenda pengisian kemerdekaan selama 55 tahun.




Bergerak lebih padu



Oleh itu menjadi tanggungjawab setiap rakyat menghargai dan menghayati erti sebenar kemerdekaan supaya boleh bergerak lebih padu dalam mengisi tahun kemerdekaan seterusnya.



“Marilah kita mengorak langkah, bersama-sama mempertahankan kemerdekaan tanah air supaya kedaulatan Malaysia dihormati dan negara kita dipandang tinggi di mata dunia. Saya berdoa negara dan rakyat terus hidup harmoni, saling hormat menghormati dan terus maju jaya,” katanya.







No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...