Photobucket

Sahabat Maya :

Sunday, February 26, 2012

Sukarelawan AS perkukuh pembelajaran BI



Sukarelawan AS perkukuh pembelajaran BI





Sukarelawan ETA bergambar kenangan bersama sebahagian warga
SMK Sultan Sulaiman selepas lawatan berbentuk informasi ke sekolah itu di Kuala Terengganu,
baru-baru ini.






Kehadiran 17 sukarelawan English Teacher Assistant (ETA) dari Amerika Syarikat (AS) akan memperkukuhkan kaedah pembelajaran bahasa Inggeris (BI) di sekolah-sekolah terpilih di Terengganu.





Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Sulaiman, Zakaria Awang berkata, sekolah di Terengganu sangat bertuah kerana menerima 17 sukarelawan ini untuk memantapkan proses pengajaran dan pembelajaran BI di sekolah.





"Guru dan murid akan menerima manfaat yang besar dengan kehadiran penutur jati untuk memperkasa bahasa Inggeris masing-masing," katanya.





Beliau berkata demikian ketika menyambut lawatan berbentuk informasi 17 ETA ke SMK Sultan Sulaiman di Kuala Terengganu, baru-baru ini.





Delegasi lawatan itu diberikan penerangan berkenaan sejarah perkembangan sekolah berkenaan di samping menonton paparan video tentang pencapaian dalam akademik dan kokurikulum.





Kemudian, mereka dibawa mengunjungi Galeri Setanggi Budi, iaitu muzium mini yang menempatkan bahan-bahan khazanah bersejarah yang pernah dicapai oleh SMK Sultan Sulaiman sejak tahun 1921.











Sumber : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0220&pub=Utusan_Malaysia&sec=Pendidikan&pg=pe_04.htm









No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...