Sahabat Maya :

Sunday, February 26, 2012

Koswip taja Utusan Malaysia untuk 20 sekolah



Koswip taja Utusan Malaysia untuk 20 sekolah




Nik Hassan Fauzi Nik Abdullah (lima kiri) menyerahkan replika cek kepada Mohd. Basir Abdul Rahim
bagi tujuan menaja akhbar Utusan Malaysia di Kuala Lumpur, semalam.







KUALA LUMPUR 23 Feb. - Koperasi Pegawai Kerajaan Selangor dan Wilayah Persekutuan (Koswip) menaja akhbar Utusan Malaysia selama setahun untuk diagihkan kepada 20 sekolah terpilih sekitar Shah Alam dan Klang, Selangor.





Pengerusinya, Nik Hassan Fauzi Nik Abdullah berkata, tajaan bernilai RM50,000 itu bertujuan menyediakan bahan bacaan umum kepada pelajar.





"Menerusi tajaan akhbar bagi tempoh setahun ini, pelajar boleh memanfaatkan siri soalan percubaan peperiksaan yang turut disiarkan dalam sisipan Akhbar Dalam Pembelajaran (ADaP)," katanya.






Beliau berkata demikian selepas menyerahkan replika cek tajaan itu kepada Pengurus Kanan Pemasaran dan Pengedaran Utusan Melayu (Malaysia) Bhd., Mohd. Basir Abdul Rahim di sini hari ini.






Turut hadir Naib Pengerusi, Berahim Abdul Gapal dan Setiausaha, Mohd. Akhir Abdul Rahman.





Akhbar tersebut akan mula diedarkan kepada 10 sekolah rendah dan 10 sekolah menengah terpilih pada setiap Rabu dan Khamis bermula minggu depan.





Tambah Nik Hassan, sumbangan tersebut juga adalah sebagai salah satu usaha untuk membuktikan kepada orang ramai bahawa Koswip merupakan satu koperasi yang mantap dan kukuh.





"Koswip sudah beroperasi selama lebih 87 tahun dan untuk tahun lepas, kami menduduki tempat keenam terbaik dalam senarai koperasi di negara ini.





"Koswip sudah mempunyai 20,000 ahli dan sehingga kini berjaya membayar dividen tahunan sebanyak 10 peratus kepada mereka yang menyimpan dengan kami," jelasnya.





Katanya, semua kakitangan Kerajaan Persekutuan dan negeri serta mereka yang berkhidmat di badan-badan berkanun juga layak untuk membuat pinjaman dengan Koswip.





Mereka yang berminat untuk menjadi ahli Koswip atau membuat pinjaman kewangan boleh menghubungi 03-22735422/7009 atau melayari laman web www.koswip.org.my.








Sumber : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0224&pub=Utusan_Malaysia&sec=Pendidikan&pg=pe_aa.htm












No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...