Photobucket

Sahabat Maya :

Sunday, February 26, 2012

Program cegah jenayah SMK Permas Jaya 1 meriah


Program cegah jenayah SMK Permas Jaya 1 meriah



ABDUL Samad Salleh (dua dari kiri) memberi nasihat kepada pelajar
agar tidak terjebak dalam jenayah sambil diperhatikan oleh Borhanudin Mansor (kiri)
di SMK Permas Jaya, Johor Bahru semalam.






JOHOR BAHRU 20 Feb.- Suasana di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Permas Jaya 1 di sini hari ini, meriah daripada biasa dengan pelbagai aktiviti sempena Program Rakan Cop, Cegah Jenayah, Rempit, Anti Dadah, Rokok dan Alkohol.




Program anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling Pendidikan Pencegahan Dadah, Unit Disiplin dan Pengawas, Kelab Keselamatan Jalan Raya dan Majlis Perwakilan Pelajar Pra Universiti sekolah berkenaan yang diperkenalkan sejak 1994 itu dihadiri kira-kira 1,400 pelajar sekolah berkenaan.




Beberapa agensi termasuk Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Persatuan Bermotosikal Negeri Johor (Johor Bikers) yang diundang khas turut mengadakan pameran, demonstrasi cegah jenayah dan sesi ceramah bersama pelajar.




Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Supritendan Abdul Samad Salleh hadir sama.




Aktiviti lain yang turut dijalankan pada program bermula pukul 7.45 pagi hingga 2 petang itu adalah kempen derma darah, melukis poster dan mengumpul 1,000 tandatangan pada kain rentang sebagai sokongan terhadap program berkenaan.




Pengetua sekolah tersebut, Borhanudin Mansor berkata, program tahunan itu bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar mengenai salah laku yang sering dilakukan golongan berkenaan serta kesan buruk tindakan itu.




"Program ini terus dianjurkan setiap tahun hingga kini dengan harapan dapat mendidik pelajar bagi mempunyai ketahanan dan kekuatan mental, rohani dan emosi supaya tidak terjerumus ke kancah jenayah, salah laku dan penyalahgunaan dadah," katanya.




Seorang pelajar, Nur Ain Syafiqah Md. Amin, 19, berkata, program berkenaan memberi banyak manfaat, sekali gus menghindarkan mereka daripada terlibat dalam kegiatan jenayah serta masalah sosial.




"Saya berharap program ini terus dijadikan acara tahunan serta pengisiannya dipelbagaikan pada masa akan datang," katanya.




Bagi Isma Iylia Ishak, 14, pendedahan menerusi ceramah oleh panel jemputan juga banyak memberi input dan ilmu berguna kepada pelajar khususnya menghindari daripada terjebak dalam masalah sosial seperti penagihan dadah dan merempit.




Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Supritendan Abdul Samad Salleh.







Sumber : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0221&pub=Utusan_Malaysia&sec=Pendidikan&pg=pe_01.htm








No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...