Photobucket

Sahabat Maya :

Thursday, December 22, 2011

Tiada kes H5N1 di Malaysia setakat ini - KP Kesihatan


Lily 2


Tiada kes H5N1 di Malaysia setakat ini - KP Kesihatan





PUTRAJAYA 22 Dis. — Tiada kes Influenza A (H5N1) dikesan di negara ini setakat ini, sama ada di kalangan manusia ataupun unggas, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hasan Abdul Rahman.




Beliau berkata, kementerian sedang memantau perkembangan terkini kejadian tersebut berikutan laporan media mengenai kejadian H5N1 di Hong Kong.




"Orang ramai tidak perlu risau dengan wabak H5N1 yang hanya berlaku di kalangan unggas di Hong Kong. Tiada jangkitan di kalangan manusia yang berlaku dan pihak berkuasa Hong Kong sudah mengambil langkah kawalan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.




Hasan berkata, untuk tahun ini, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesahkan terdapat 57 kes Influenza A (H5N1) dengan 30 kematian di kalangan manusia di empat negara iaitu Mesir (36 kes dengan 13 kematian), Kemboja (lapan kes dengan lapan kematian), Indonesia (11 kes dengan sembilan kematian) dan Bangladesh (dua kes tanpa kematian).




Beliau berkata, kementerian bersedia menghadapi sebarang kejadian pandemik influenza melalui Pelan Kesiapsagaan Pandemik Influenza Kebangsaan (NIPPP) sejak 2006 lagi.




Beliau berkata, Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) melalui pemantauan seluruh negara juga mengesahkan tiada sampel yang positif Influenza A (H5N1) di kalangan unggas sejak 2007.




"Untuk tahun 2011, JPV telah menjalankan 1,600 ujian H5N1 terhadap sampel unggas dan kesemuanya adalah negatif,” katanya.




Hasan berkata, walaupun risiko dijangkiti H5N1 adalah rendah namun sebagai langkah pencegahan dan kawalan, orang ramai dinasihat supaya mengelakkan pasar yang menjual unggas hidup apabila mengunjungi negara yang terlibat dengan jangkitan itu.




Beliau berkata, orang ramai juga dinasihat supaya tidak memegang unggas yang didapati mati tanpa alat perlindungan diri dan hendaklah melaporkan kejadian kematian unggas yang luar biasa ke Pejabat Veterinar berdekatan, manakala penternak dan pengusaha ladang unggas hendaklah sentiasa patuh kepada nasihat dan panduan dari JPV.




Orang ramai juga dinasihat selalu mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi, mendapatkan rawatan di klinik apabila mendapat gejala influenza-like illness (ILI) terutama bagi mereka yang terlibat dalam pengendalian unggas serta melaporkan sebarang kejadian kluster ILI ke Pejabat Kesihatan Daerah terdekat, katanya. — BERNAMA





Sumber








No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...