Sahabat Maya :

Thursday, December 22, 2011

Kampus baru Maktab Tentera Diraja siap 2013


Kampus baru Maktab Tentera Diraja siap 2013



KUALA LUMPUR: Kampus baru Maktab Tentera Diraja (MTD) yang kini di peringkat awal pembinaan dijangka siap pada hujung 2013, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.




Beliau berkata, kampus itu yang akan menggantikan kampus sekarang di Kem Perdana Sungai Besi, dekat sini, dijadual dapat beroperasi pada Januari 2014.
"Pembinaan kampus baru itu diharap dapat menyelesaikan masalah seperti ketiadaan air dan elektrik," katanya selepas perbarisan tahunan dan penyampaian hadiah MTD, di sini, hari ini.




Beliau berkata, kemudahan yang dibina berhampiran kampus sedia ada itu akan dilengkapi setanding dengan sekolah berasrama penuh lain di negara ini.



“Ini penting dalam usaha kementerian menjadikan MTD antara sekolah berasrama penuh terbaik di kalangan negara ASEAN,” katanya.



Perbarisan Tamat Latihan Putera MTD kali ini membabitkan 482 pelajar yang terdiri 236 putera Tingkatan Lima dan 246 putera Tingkatan Empat.



Sepanjang pengajian di MTD, mereka mengikuti pembelajaran akademik seperti sekolah menengah lain di negara ini dan juga latihan ketenteraan. Majlis hari ini juga menyaksikan penyampaian enam anugerah untuk individu cemerlang serta dua anugerah untuk kompeni terbaik. - BERNAMA





No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...