Photobucket

Sahabat Maya :

Saturday, July 7, 2012

Mesir raikan Morsi






Mesir raikan Morsi


DATARAN Tahrir, Mesir yang sebelum ini menjadi medan pertumpahan darah, kini bertukar wajah apabila diadakan majlis yang gilang-gemilang oleh rakyat negara tersebut.



Ribuan penduduk Mesir baru-baru ini menghadiri hari sambutan bagi meraikan kemenangan ahli parti Ikhwan Muslimin, Mohamed Morsi yang memenangi pilihan raya di negara itu.



Sambutan yang diadakan di dataran Tahrir, Kaherah itu diserikan dengan persembahan bunga api, perarakan dan juga solat kesyukuran.



Morsi diisytiharkan sebagai presiden Mesir yang pertama dipilih secara bebas oleh majoriti rakyat negara tersebut. - REUTERS




Sumber





=================




Kenali siapa
DR. MOHAMMED MORSI – PRESIDEN MESIR
yang baru.


1. Satu-satunya calon yang mana dia, isteri dan lima anaknya menghafaz al-Quran

2. Satu-satunya calon yang berjanji di hadapan Allah dan rakyat untuk melaksanakan syariat Islam

3. Satu-satunya calon yg pernah mengajar di 5 buah universiti antarabangsa

4. Satu-satunya calon yg pelbagai artikelnya diterbitkan oleh NASA

5. Satu-satunya calon yg pernah terpilih sebagai ahli parlimen terbaik di dunia dari tahun 2000-2005.

6. Satu-satunya calon yg tidak mencalonkan dirinya untuk jawatan tetapi dipilih oleh syura.

7. Satu-satunya calon yg memperolehi sokongan dari pergerakan cendekiawan terbesar Mesir iaitu Islamic Legitimate Body of Rights and Reformation

8. Satu-satunya calon yg berdiri di belakangnya parti politik terbesar Mesir iaitu Perti Kebebasan dan Keadilan

9. Satu-satunya calon yg berdiri di belakangnya Jamaah Islam terbesar di dunia iaitu Jamaah Ikhwan Muslimin.

10. Satu-satunya calon yang memiliki sebesar-besar projek pembangunan dan mengabungkan 1000 orang pakar dalam semua bidang kepakaran.



Sumber : DISINI


======================








Teruskan membaca..

Friday, July 6, 2012

Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PKRS)




Subjek PKRS

atasi masalah kepincangan sosial



SUNGAI PETANI 5 Julai - Kementerian Pelajaran berharap mata pelajaran Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PKRS) yang bakal diperkenalkan kepada murid sekolah tidak lama lagi berupaya mengurangkan masalah kepincangan sosial di kalangan anak muda sekarang.




Timbalan Menterinya, Dr. Mohd Puad Zarkashi berkata, selain itu, silibus yang sesuai dimasukkan dalam mata pelajaran berkenaan juga dikatakan boleh menyedarkan anak muda mengenai bahaya ancaman kegiatan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LBGT) di negara ini.




"Dahulu pengajaran mengenai unsur-unsur pendidikan seks dibuat secara tidak langsung iaitu dengan menumpang subjek lain. Namun sekarang kerajaan berpendapat PKRS perlu menjadi satu subjek khusus dan perlu dilaksanakan secepat mungkin bagi mengelakkan peningkatan masalah sosial dalam kalangan remaja.




"Kita tidak boleh lagi menunggu lebih lama kerana menurut kajian yang telah kita lakukan, ramai remaja di negara ini masih tidak mengetahui fungsi dan kepentingan pergaulan secara sihat antara lelaki dan wanita," katanya.




Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Hari Anugerah Cemerlang Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) peringkat Kedah di sini hari ini.




Puad berkata, pengajaran subjek tersebut yang dicadangkan bermula pada peringkat sekolah rendah atau menengah rendah juga membolehkan remaja memperoleh maklumat berhubung kesihatan reproduktif mereka dengan lebih tepat.




"Sekarang, kebanyakan maklumat yang diperoleh remaja berbentuk bahan lucah kerana mereka mendapatkan menerusi sumber yang salah. Lebih membimbangkan, ada usaha pihak tidak bertanggungjawab termasuk pemimpin menyebarkan fahaman LBGT.




"Oleh itu melalui pendidikan kesihatan ini mereka akan memperoleh maklumat yang tepat daripada guru yang telah dilatih dan mempunyai kemahiran dan kepakaran tentang pendidikan kesihatan," katanya.





Tambah beliau, guru PKRS juga diharap menjadi sumber rujukan baik bagi membimbing pelajar ke arah membina sahsiah yang cemerlang.





"Ramai ibu bapa masih segan atau malu untuk membincangkan soal pendidikan seks dengan anak. Oleh itu, peranan ini diambil alih oleh guru melalui mata pelajaran PKRS di sekolah," jelasnya.







Sumber








Teruskan membaca..

19 Julai Hari Pesara Sektor Awam





Kupekmas cadang

19 Julai

Hari Pesara Sektor Awam



KUALA LUMPUR 6 Julai - Kelab Pesara Kerajaan 1Malaysia (Kupekmas) mencadangkan agar 19 Julai dipilih sebagai "Hari Pesara Sektor Awam 1Malaysia".





Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, pesara kerajaan juga perlu mempunyai satu tarikh khas bagi membolehkan sumbangan mereka terhadap pembangunan negara diingati dan dihargai sebagaimana negara menyambut Hari Pekerja pada 1 Mei.






"Tidak perlulah diumumkan cuti pada hari tersebut, cukup sekadar ada pengisian dan program tertentu yang boleh kita adakan kepada kira-kira 580,000 pesara kerajaan di seluruh negara," katanya kepada pemberita di sini hari ini. - BERNAMA





Sumber







Teruskan membaca..

Imej baru tingkatan enam



MUHYIDDIN Yassin (barisan belakang, tiga dari kanan)
bergambar bersama Menteri-Menteri Pelajaran ASEAN
selepas mesyuarat di Yogyakarta, semalam. - BERNAMA




YOGYAKARTA 5 Julai - Imej pelajar tingkatan enam yang lengkap berpakaian seragam sekolah putih dan biru akan berakhir sebaik kerajaan melaksanakan penjenamaan semula pendidikan berkenaan seiring dengan sistem pendidikan prauniversiti lain seperti di kolej-kolej matrikulasi dan pusat asasi sains.






Perubahan besar yang bakal dilakukan kerajaan ialah dengan memisahkan pelajar tingkatan enam daripada pelajar tingkatan satu hingga lima di sekolah sedia ada untuk ditempatkan di pusat pengajian khas.






Mengumumkan perkara itu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, penjenamaan semula sistem pendidikan tingkatan enam dibuat dengan matlamat untuk meningkatkan imej, sistem dan kualiti pendidikan tersebut sejajar dengan sistem pendidikan prauniversiti lain.






Menurut beliau, selain dipisahkan dari sekolah menengah sedia ada, pelajar tingkatan enam juga akan dididik oleh golongan guru yang berbeza.






Kerajaan juga kata Muhyiddin, bersedia untuk mengkaji kemungkinan tempoh pembelajaran pendidikan tingkatan enam dipendekkan enam bulan lebih awal seperti mana yang dilalui oleh pelajar-pelajar matrikulasi.






"Kita akan lihat balik struktur sistem tingkatan enam di sekolah kita yang sedia ada. Pada masa ini, pelajar tingkatan enam adalah lanjutan daripada tingkatan lima sedangkan pelajar tingkatan enam sudah lebih dewasa, kematangan mereka juga sudah berbeza.






"Kalau kita fikirkan (tingkatan enam) ini sudah sampai tahap prauniversiti tetapi belajar di sekolah yang sama, kita merancang untuk satukan mereka (pelajar tingkatan enam) dengan pakaian (seragam) berbeza, jadual waktu yang tidak sama dan guru tak sama. Ini kategori lain sikit," kata Muhyiddin kepada wartawan Malaysia pada akhir lawatan kerja beliau di sini hari ini.







Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, transformasi sistem pendidikan tingkatan enam juga bakal memperlihatkan pelajar-pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) itu mengikuti pengajian berdasarkan jadual waktu persekolahan yang bukan konvensional seperti yang sedang dilalui pada masa ini.






Rancangan menempatkan pelajar tingkatan enam di sebuah pusat pengajian khas jelas Muhyiddin, memerlukan kajian yang komprehensif memandangkan pada masa ini kedudukan mereka bertaburan.






"Pada masa sekarang pelajar tingkatan enam berterabur. Kita harus melihat ke hadapan dan memperbaiki lagi sistem yang sedia ada untuk meningkatkan lagi pendidikan tingkatan enam" ujar beliau.







Keperluan mengubah sistem pendidikan itu juga jelas Timbalan Perdana Menteri, amat penting untuk mengubah persepsi sebilangan besar masyarakat bahawa pendidikan di peringkat matrikulasi jauh lebih baik berbanding tingkatan enam.






Menurut Muhyiddin, persepsi berkenaan harus dikikis memandangkan kelulusan dan kelayakan mereka untuk bersaing melanjutkan pelajaran ke universiti adalah sama.






Beliau turut menarik perhatian pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) supaya melihat pendidikan tingkatan enam sebagai platform terbaik bagi pendidikan prauniversiti.






"Kualiti sistem pendidikan tingkatan enam setanding dengan pengajian matrikulasi selain kelulusan STPM turut mendapat pengiktirafan universiti luar negara.






"Jangan lihat seolah-olah matrikulasi sahaja ada kelebihan, tingkatan enam juga ada kelebihan," tegas Muhyiddin yang merupakan produk tingkatan enam dari Sekolah Tinggi Muar.






Muhyiddin berada di sini itu menghadiri mesyuarat Menteri-Menteri Pendidikan ASEAN (ASED) ke-7 sebelum berlepas ke Bali untuk lawatan kerja. - UTUSAN






Sumber








Teruskan membaca..

Tingkatan 6 distruktur semula



MUHYIDDIN bertemu Menteri Pendidikan Tertiari Australia, Christopher Evans sebelum menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri Pelajaran Asia Timur dan Sidang Kemuncak Menteri Pelajaran Asia Timur Pertama, di Yogyakarta, Indonesia, semalam.
MUHYIDDIN bertemu Menteri Pendidikan Tertiari Australia,
Christopher Evans sebelum menghadiri
Mesyuarat Menteri-Menteri Pelajaran Asia Timur
dan Sidang Kemuncak Menteri Pelajaran Asia Timur Pertama,
di Yogyakarta, Indonesia, semalam.







Pelajar dipisah dari sekolah, di tempat di pusat pengajian khas






SISTEM pendidikan tingkatan enam dicadang distruktur semula bagi meningkatkan imejnya sejajar dengan pendidikan pra-universiti seperti kolej matrikulasi dan pusat asasi sains. Antara langkah yang akan diambil ialah memisahkan pelajar tingkatan enam daripada sekolah biasa dan menempatkan mereka di pusat pengajian khas.
Mereka juga akan menggunakan pakaian berbeza, jadual waktu yang tidak sama dan guru berlainan berbanding sekolah sekolah biasa.





Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata pemisahan pelajar tingkatan enam dengan sekolah biasa ialah untuk meningkatkan imej sistem dan kualiti pendidikan tingkatan enam.







Faktor lain ialah jumlahnya yang ketika ini bertaburan di seluruh negara, selain ada sekolah tertentu hanya mempunyai satu atau dua kelas.







, beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata ia masih di peringkat kajian dan perbincangan sebelum dilaksanakan.








"Kerajaan juga bersedia mengkaji kemungkinan tempoh pembelajaran dipendekkan enam bulan lebih awal seperti Kolej Matrikulasi Kementerian Pelajaran," katanya di sini semalam.








Terdahulu, beliau menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri Pelajaran Asia Timur dan Sidang Kemuncak Menteri Pelajaran Asia Timur Pertama.







Muhyiddin berkata, untuk menjayakan penstrukturan tingkatan enam, sistem sokongan yang lebih kukuh diperlukan, termasuk faktor logistik yang diperluaskan.







“Ketika ini tingkatan enam dilihat kesinambungan daripada tingkatan lima, sedangkan sebenarnya mereka sudah dewasa dan matang. Walaupun pelajar tingkatan enam bersekolah di premis sama dengan pelajar sekolah menengah, namun Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) setaraf kolej matrikulasi,” katanya.






Beliau berkata, persepsi masyarakat sekarang ialah pendidikan di kolej matrikulasi lebih baik berbanding tingkatan enam, sedangkan kelulusan dan kelayakan mereka untuk bersaing ke universiti awam adalah sama.






Justeru, masyarakat tidak harus melihat pendidikan matrikulasi mempunyai kelebihan kerana ada masanya pencapaian pelajar tingkatan enam lebih cemerlang daripada pelajar matrikulasi.







“Jadi, pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) harus melihat bahawa pendidikan tingkatan enam juga antara pilihan terbaik untuk pendidikan pra-universiti,” katanya.

















Teruskan membaca..

Komitmen Malaysia terus martabatkan al-Quran




Lakaran astaka Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa ke-54 di PWTC.
Lakaran astaka Tilawah al-Quran
Peringkat Antarabangsa ke-54 di PWTC.
76 negara hantar wakil sertai tilawah
lapan hari bermula malam ini.





SEKALI lagi Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, akan bergema dengan bacaan ayat suci al-Quran secara bertajwid dan bertaranum yang diperdengarkan qari serta qariah dari 43 negara. Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa ke-54, bermula malam ini, menunjukkan komitmen Malaysia meneruskan tradisi memartabatkan al-Quran dan menyatupadukan umat Islam dari seluruh dunia. Lebih membanggakan, usaha negara selama ini mendapat sambutan negara Islam lain.
Buktinya, daripada 50 negara yang menyertai Majlis Tilawah Peringkat Antarabangsa ke-53 tahun lalu, 76 negara menghantar wakil mereka untuk memeriahkan tilawah peringkat antarabangsa kali ini yang berlangsung selama lapan hari dari 6 hingga 13 Julai.

Majlis perasmian malam ini akan disempurnakan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V. Tema majlis kali ini ialah al-Quran Pemacu Transformasi Ummah Wasatiyyah.




Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa pertama diadakan di Malaysia pada 9 Mac 1961 bersamaan 22 Ramadan 1380. Penganjuran pada peringkat antarabangsa ini melahirkan ramai tokoh dalam tilawah al-Quran.





Sepanjang 54 tahun penganjuran tilawah peringkat antarabangsa, qari Malaysia muncul juara sebanyak 28 kali dan qariah Malaysia pula menjadi johan sebanyak 35 kali.

Peserta negara, Ahmad Maasom Pergau menjadi johan Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa pertama pada 1961 dan Faridah Mat Saman pula muncul johan peringkat antarabangsa pertama pada 1964.




Dalam sejarah tilawah itu, selain qari Malaysia, peserta dari Iran, Indonesia, Thailand, Libya, Kuwait dan Mesir juga pernah dinobatkan sebagai johan qari dan bagi qariah pula, peserta dari Indonesia, Thailand, Brunei, Filipina dan Pakistan pernah menduduki takhta johan qariah.





Penguasaan peserta dari Malaysia dalam tilawah peringkat antarabangsa memang tidak dinafikan, namun peningkatan peserta luar negara semakin bertambah baik dari masa ke semasa.





Peserta negara, Ismail Hashim dari Kedah dan Faridah Mat Saman dari Kelantan, paling banyak menjuarai tilawah membaca al-Quran peringkat antarabangsa. Mereka masing-masing muncul johan sebanyak lapan kali.





Ismail muncul johan qari pada 1963, 1965, 1966/67, 1969, 1970, 1971, 1974 dan 1975. Faridah pula johan pada 1964, 1965, 1972, 1976, 1977, 1989, 1990 dan 1991. Seorang lagi qariah negara, Rahmas Abdul menjadi johan sebanyak lima kali.





Peserta qariah negara yang lain, Rodziah Abdul Rahman dan Rogayah Sulong masing-masing muncul juara sebanyak empat kali dalam tilawah peringkat antarabangsa.





Tahun lalu, qari dan qariah negara, Amirahman Abas dan Suraya Abu Hassan, mengharumkan nama Malaysia apabila kedua-duanya diumumkan johan qari dan qariah Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa ke-53.





Pada Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa ke-54 tahun ini, negara diwakili juara qari dari Kelantan, Muhammad Anuar Ghazali dan dan qariah dari Wilayah Persekutuan, Che Aminah Che Awang.









Teruskan membaca..

The Meaning Of Love








The meaning of love




1. The first type of love that Islam calls for is the Love of Allah, praise be to Him. This love makes you avoid committing sins in order not to make whom you love, Allah, get angry with you. This love also urges you to contemplate all the different aspect of nature that usually lead you to have a deeper faith in the Creator who created all this beauty round us.





2. The second type of love is the love of Prophet Muhammad (peace be upon him). This love also makes you follow the example of Prophet Muhammad (peace be upon him) in all his dealings and manners. Also this love is an indication of the love of Allah as stated in the Holy Qur'an,




"Say: 'If you do love Allah, Follow me:

Allah will love you and forgive you your sins:

For Allah is Oft-Forgiving, Most Merciful.'"

Say: "Obey Allah and His Messenger:

But if they turn back, Allah loves

not those who reject Faith."

(Qur'an, 3:31-32).





3. The third type of love is human love. It means that the Muslim has to love his other fellow men regardless of their ethnic, linguistic or cultural background. This includes love of neighbors, colleagues, relatives and even strangers. This type of love persuades the Muslim to help anybody whenever he can. There are numerous of Ahadith that exhort Muslims to help anybody who really needs help because such an altruistic act takes the Muslim one step closer to Allah.






4. The fourth type of love is the love between a man and a woman, but Islam organizes and regulates these lofty feelings within the framework of marriage because Islam views that marital love leads the couple to have a peaceful and happy family life, which is the core of the Muslim society.







In other words, this love is acceptable as long as it is within the framework of marriage and this is encouraged in a number of verses in the Holy Qur'an,






"And among His signs is this,

that He created for you wives from

among yourselves, that you may find repose in them,

and He has put affection and mercy between you:

verily in that are indeed signs

for those who reflect."

(Qur'an, 30:21)









Teruskan membaca..

Thursday, July 5, 2012

Monday, July 2, 2012

Hartawan misteri sedekah RM2.2 bilion bina masjid seluruh negara




Hartawan misteri

sedekah RM2.2 bilion

bina masjid seluruh negara


ALOR GAJAH 1 Julai - Seorang hartawan misteri mencetuskan kejutan apabila menyatakan hasratnya untuk menyumbang RM2.2 bilion bagi membina masjid, surau dan pusat tahfiz di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.




Difahamkan, penderma tidak menetapkan jumlah khusus untuk disalurkan kepada setiap negeri tetapi bergantung kepada jumlah yang dipohon oleh jawatankuasa surau dan masjid melalui Jawatankuasa Program Amal Jariah dan Wakaf (AJWA).




Pengerusi jawatankuasa itu, Abu Bakar Mat Drom berkata, jawatankuasa berkenaan ditubuhkan bagi mentadbir dan mengelola wang penderma serta menjalankan amanah individu berkenaan untuk menyalurkan sumbangan itu kepada pihak yang layak.




“Sumbangan penderma ini besar jumlahnya yang akan digunakan untuk membina surau, masjid, madrasah, pusat tahfiz dan juga dewan sekolah serta pusat penempatan anak yatim di seluruh negara.




“Penderma telah mengamanahkan agar tidak mendedahkan identitinya dan saya selaku pengerusi pengelola menjaga amanah ini dan akan menjalankan tanggungjawab ke arah pembangunan modal insan seperti yang dihasratkan oleh penderma," katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.




Menurutnya, sebagai pendahuluan sebuah surau bakal dibina di Sekolah Kebangsaan Datuk Tambichik Karim di sini bagi menggantikan surau yang telah uzur dengan kos yang dianggarkan berjumlah RM400,000.




Majlis pecah tanah itu disempurnakan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam dan turut dihadiri ahli Exco kerajaan negeri, Datuk Ab. Karim Sulaiman, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taboh Naning, Datuk Latipah Omar, ADUN Kuala Linggi, Datuk Ismail Othman dan Pengarah Jabatan Pelajaran negeri, Kassim Mohamad.




Sementara itu, Mohd. Ali menyambut baik hasrat penderma berkenaan dalam membantu kerajaan negeri membina lebih banyak surau, masjid dan rumah anak yatim di negeri ini namun tetap berharap dapat dipertemukan dengan individu terbabit.




Katanya, perjumpaan dengan penderma itu adalah penting bagi mengelak daripada berlakunya sebarang kesulitan di kemudian hari kerana ianya melibatkan banyak pihak termasuk Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dan Jabatan Pelajaran negeri.




“Saya akan arahkan satu pertemuan diadakan bersama penasihat undang-undang dan kewangan negeri, pihak JAIM, jabatan pelajaran serta agensi yang terlibat bagi mengelak daripada berlakunya masalah," katanya.






Sumber











Teruskan membaca..

Usah abai solat fardu



Leka urusan dunia, abai solat fardu


Ibadat boleh dilakukan ikut waktu jika bijak rancang masa





SOLAT ialah ibadah mudah untuk dilakukan, tetapi paling susah dilaksanakan, sedangkan ia amalan pertama akan ditanya Allah SWT kepada hamba-Nya ketika dihadapkan di muka pengadilan nanti. Walaupun menyedari hakikat itu, masih ramai yang mengabaikan perintah disampaikan oleh Allah secara langsung dari Luh Mahfuz kepada Nabi Muhammad SAW semasa peristiwa Israk dan Mikraj yang menjadi sejarah penting untuk dikenang umat Islam tidak kira di mana berada.



Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:




“Bersegeralah kamu

mengerjakan amal yang soleh,

kerana akan berlaku fitnah seperti

malam yang sangat gelita.

Di dalam keadaan itu

terdapat orang yang di sebelah paginya mukmin

dan sebelah petangnya kafir, begitulah (sebaliknya)

sebelah petang dia mukmin dan sebelah pagi kafir

dia menjual agamanya dengan kepentingan dunia yang sedikit.”

(Hadis riwayat Bukhari)





Bagaimana agaknya kita hendak menjawab apabila ditanyakan nanti kenapa meninggalkan solat. Apakah jawapan yang dirasakan sesuai untuk diberikan, malas, terlupa atau tidak tahu. Tepuk dada tanya iman kerana ketika itu keimanan kitalah yang akan menjawabnya.






Dalam mengejar tuntutan duniawi, bekalan di akhirat juga perlu disediakan. Oleh itu perancangan penting untuk kita menguruskan masa selama 24 jam yang dikurniakan berdasarkan keutamaan dan pastinya tanggungjawab kepada Pencipta sepatutnya berada di tangga teratas.







Sering kali disebabkan leka dengan kerja dunia, kita selalu mengambil ringan kepentingan menunaikan solat bukan saja memastikan dilaksanakan semua lima fardu itu tetapi dilaksanakan pada waktunya.







Ini ingatan kepada diri saya juga apabila menunaikan tanggungjawab di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah supaya jangan terlalu leka sebaliknya, apabila tiba masa, hendaklah menyegerakan seruan muazzin dengan menunaikan solat.

Tiada istilah tidak sempat solat






Jangan sampai tidak sempat solat kerana tiada istilah tidak sempat jika kita bijak merancang. Punca sering meninggalkan solat kerana kita gagal merancang. Jika sudah tahu jika balik kerja jam 6 petang kita akan terlepas solat Maghrib, ada dua pilihan di depan.







Balik selepas selesai menunaikan solat Maghrib, atau berhenti pada pertengahan jalan yang mempunyai kemudahan seperti surau untuk bersolat. Tambahan, banyak stesen minyak sekarang ini menyediakan ruang solat yang selesa untuk umat Islam menunaikan tanggungjawabnya.







Jika solat sering terabai, apatah lagi membaca al-Quran. Apa juga yang ingin kita lakukan berbalik kepada aspek perancangan. Jika dibiasakan membaca al-Quran selepas solat walaupun hanya beberapa ayat, itu sudah memadai daripada tidak membaca langsung.






Mengimarah Ramadan setahun sekali




Ramadan bakal menjengah tidak lama lagi dan sewajarnya pelbagai perancangan sudah dilakukan bagi mengimarahkan bulan mulia itu yang diraikan setahun sekali. Tidak mengapa jika semangat kita dikatakan bermusim, sekurang-kurangnya kita mengambil inisiatif untuk memastikan kedatangan bulan yang dijanjikan pelbagai ganjaran dimanfaat.







Lagipun, kita tidak tahu apakah kita berkesempatan bertemu Ramadan akan datang. Justeru, peluang yang ada digunakan sebaiknya. Begitu juga dengan solat, selagi kita dikurniakan keupayaan serta kesihatan, hendaklah kewajipan itu ditunaikan.







Perancangan merebut peluang penting seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:






“Rebutlah lima perkara

sebelum datangnya lima perkara.

Pertama, masa sihat sebelum sakit.

Kedua, masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin).

Ketiga, masa lapang sebelum tiba masa sibuk.

Keempat, masa muda sebelum datang masa tua,

dan

kelima, masa hidup sebelum tiba masa mati.”

(Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi)








Sebagai peringatan kepada yang terlalu mementingkan hal keduniaan, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:






“Bersegeralah kamu mengerjakan amal yang soleh,

kerana akan berlaku fitnah seperti

malam yang sangat gelita.

Di dalam keadaan itu terdapat orang

yang di sebelah paginya mukmin

dan sebelah petangnya kafir, begitulah (sebaliknya)

sebelah petang dia mukmin dan sebelah pagi kafir

dia menjual agamanya dengan kepentingan dunia yang sedikit.”

(Hadis riwayat Bukhari).













Teruskan membaca..

Sunday, July 1, 2012

Sayyid Muhammad



Sayyid Muhammad

imam pendidik rohani



AL-Allamah al-Mujtahid al-Syarif Sayyid Muhammad bin Ali al-Sanusi al-Hasani dilahirkan pada hari Isnin 12 Rabiulawal tahun 1202 Hijrah di al-Wasitah, Mustaghanim Algeria. Beliau dinamakan Muhammad bersempena dengan hari dan tarikh lahirnya yang bertepatan dengan kelahiran datuknya Nabi Muhammad SAW.




Nasabnya yang penuh ialah Muhammad bin Ali bin al-Sanusi bin al-Arabi bin Muhammad bin Abdul Qadir bin Syahidah bin Ham bin Yusuf bin Abdullah bin Khattab bin Ali bin Yahya bin Rasyid bin Ahmad al-Murabit bin Mindas bin Abdul Qawiyy bin Abdurrahman bin Yusuf bin Zayyan bin Zainul Abidin bin Yusuf bin Idris bin Said bin Ya'qub bin Daud bin Hamzah bin Ali bin Imran bin Idris bin Abdullah al-Kamil bin al-Hasan al-Muthanna bin al-Hasan al-Sibt bin Ali dan Fatimah al-Zahra' binti Sayyiduna Muhammad SAW.




Ketika berumur dua tahun, bapanya telah dijemput menemui Ilahi lalu beliau diserahkan kepada ibu saudaranya iaitu Syarifah Fatimah yang merupakan wanita solehah dan alim yang menguasai pelbagai bidang ilmu pada zamannya.




Pada usia kanak-kanak, beliau telah menghafaz al-Quran dengan tujuh bentuk Qiraat, ilmu penulisan khas bagi mushaf al-Quran daripada sepupunya.




Setelah itu beliau diajar pula segala macam ilmu yang bersangkut paut dengan Bahasa Arab, seterusnya ilmu-ilmu agama yang lain.




Setelah sepupunya itu wafat pada tahun 1219 Hijrah, beliau tetap meneruskan pengajian dengan para ulama di tanah kelahirannya di Mustaghanim selama dua tahun.




Menuntut ilmu




Sayyid Muhammad merupakan seorang yang gigih dan memiliki keazaman yang tinggi dalam menuntut ilmu.




Beliau meninggalkan Mustaghanim menuju ke Mazunah dan menetap selama setahun dan menuntut ilmu daripada syeikh-syeikh di sana. Kemudian menuntut di Tilimsan selama hampir setahun dan bermusafir pula ke Fas yang menjadi lubuk ulama di Maghribi pada zaman tersebut. Di sana beliau mendalami pula ilmu sufi berserta ilmu agama lain.




Disebabkan kehebatan dan penguasaannya yang tinggi dalam ilmu agama, beliau telah memperoleh ijazah-ijazah ilmiah daripada para gurunya di Fas dan menjadi salah seorang tenaga pengajar di Masjid al-Qurawiyyin sehingga mencapai kedudukan ketua bagi para ulama di sana.




Pada 1235 Hijrah, Sayyid Muhammad meninggalkan Fas menuju ke Algeria. Dari Algeria beliau menuju pula ke Jami' al-Zaitunah dan mengambil ilmu daripada ulama-ulamanya serta meninggalkan pula faedah-faedah ilmiah kepada penuntut ilmu di sana. Perjalanannya menempuh Libya sehinggalah sampai ke Kaherah.




Sayyid Muhammad sampai ke Mesir pada tahun 1239 Hijrah Kemudian menuju ke Mekah dan sampai di sana pada 1240 Hijrah bagi menunaikan fardu Haji, juga kerana di sana adalah tempat perhimpunan dan pertemuan ulama dari seluruh pelosok dunia.




Beliau turut menggunakan kesempatan bermukim di sana di Mekah untuk menimba ilmu. Pada ketika inilah Allah SWT telah mentakdirkan pertemuannya dengan al-Imam al-Muhaddith Sayyid Ahmad bin Idris.




Dalam perhimpunan itu beliau telah mempelajari ilmu-ilmu Islam dan menjadikan Sayyid Ahmad sebagai mursyid dan murabbinya dalam berjalan menuju Allah lantas menjadikan beliau di antara murid kebanggaan Sayyid Ahmad.




Sehinggalah Sayyid Ahmad meninggalkan Mekah menuju ke Yaman dan mendirikan zawiyahnya di Sabya. Sembilan tahun kemudian, Sayyid Ahmad wafat dan disemadikan di sana pada 1253 Hijrah.




Sebelum Sayyid Ahmad menuju ke Sabya, beliau telah melantik Sayyid Muhammad sebagai khalifah yang akan menyebarkan dakwahnya, mentarbiah murid-murid dan memberi ijazah kepada manusia yang ingin berjalan di atas manhajnya.




Ketika berada di Mekah, Sayyid Muhammad telah membina zawiyahnya yang pertama di Jabal Abi Qubais di mana zawiyah ini berperanan menyebarkan ilmu, melazimi para pengikutnya dengan bacaan al-Quran dan zikrullah.




Kemudian Sayyid Muhammad menuju ke Jaghbub, Libya yang asalnya merupakan sebuah kawasan kering yang tidak menjadi perhatian dan tidak ingin untuk didiami.




Sayyid Muhammad memilih untuk mendiami kawsan tersebut lalu membina zawiyahnya sebagai markas menyebarkan ilmu dan dakwah Islam kepada masyarakat sekitar.




Ahli sejarah meriwayatkan bahawa masyarakat pedalaman yang menghuni di sekitar Jaghbub adalah manusia yang amat jahil mengenai agama sehingga dikatakan tidak ditemui walaupun seorang penduduk asalnya yang mampu membaca surah al-Fatihah dengan betul, apatah lagi untuk mengetahui hukum-hakam agama yang berkaitan dengan ibadat, muamalat dan undang-undang kekeluargaan.




Namun semua itu berubah dan kefahaman Islam terus subur dan merimbun di Jaghbub selepas kedatangan Sayyid Muhammad dan pembinaan zawiyahnya di sana.




Dakwahnya disambut oleh penduduk Libya dengan sambutan hangat serta zawiyah-zawiyah beliau didirikan di negara-negara Islam terutama di benua Afrika sehingga menjangkau 50 buah zawiyah atas tujuan ilmu, zikrullah, jihad menentang penjajah asing dan dakwah ke jalan Allah. Sayyid Muhammada wafat pada bulan Safar 1276 Hijrah bersamaan September 1859 Masihi lalu disemadikan di Jaghbub, Libya.




Sumber








Teruskan membaca..

"Where There is a Will, There is an A"


  • Be good to yourself.
    • Keep physically fit and rested.
  • Attitude is all-important.
    • Use positive affirmations: "I can pass History."
    • Provide your own psychological edge, be it a positive attitude or a "lucky pen."
  • Be a chronic enthusiast!
  • Used textbooks may provide insights on a course.
  • Sit in the front row;
    • if you must sit toward the back of the room, lean forward.
    • Attentiveness and concentration increase markedly.
  • Don't miss the first and last minutes of class.
    • They are crucial — important announcements, questions on test, etc.
  • Use a variety of study techniques.
    • a. Tape chapters (find out if your textbook has companion pod cast chapters). Listen on way to school, work.
    • b. Use index cards for quick review.
    • Keep them simple. Throw your highlighter away!
    • Remember: frequent review takes facts from short-term memory to long-term memory — learning as opposed to cramming.
  • Study in short bursts.
    • (First and last facts are remembered best; therefore, it will accelerate learning.)
  • Review notes immediately after class.
    • Even for five minutes.
    • Something magical happens!
  • Review your notes out loud.
    • Read your chapters out loud.
  • Appearance raises grades.
    • Neatness counts.
    • Word processors are a plus.
    • If a handwritte assignment is acceptable, use erasable pen.
  • Don't waste time rereading.
    • Rely on "pen in hand" and SQ3R.
  • Test professors before they test you.
    • Ask questions about what kind of test to expect.
    • what material will be covered.
  • Become an expert test taker.
  • Go with initial hunches.
  • Stay with initial hunches.
  • Study according to your biological clock.
    • Are you "normal," a night owl, or an early bird?
  • Eliminate stress in your life.
  • EXERCISE is the best antidote.
  • Make extra credit mandatory.
  • Never miss a class.
    • This is considered mandatory by "A" students.
  • Be prepared to bail out.
    • Don't be afraid to drop a course that is not working for you., BUT be aware of all official dates to withdraw and any vital state legislative restrictions ( Texas has a limit on total number of W hours.)
  • Volunteer to edit a friend's paper.
    • Use it as a learning experience.
  • Study smart—not hard!
  • Time management skills and discipline pay off.
  • Stay mentally, physically and spiritually fit.




Adapted from the video


"Where There is a Will, There is an A"


by Professor Claude Olney











Teruskan membaca..

I Look, I See








  • Be good to yourself.
    • Keep physically fit and rested.
  • Attitude is all-important.
    • Use positive affirmations: "I can pass History."
    • Provide your own psychological edge, be it a positive attitude or a "lucky pen."
  • Be a chronic enthusiast!
  • Used textbooks may provide insights on a course.
  • Sit in the front row;
    • if you must sit toward the back of the room, lean forward.
    • Attentiveness and concentration increase markedly.
  • Don't miss the first and last minutes of class.
    • They are crucial — important announcements, questions on test, etc.
  • Use a variety of study techniques.
    • a. Tape chapters (find out if your textbook has companion pod cast chapters). Listen on way to school, work.
    • b. Use index cards for quick review.
    • Keep them simple. Throw your highlighter away!
    • Remember: frequent review takes facts from short-term memory to long-term memory — learning as opposed to cramming.
  • Study in short bursts.
    • (First and last facts are remembered best; therefore, it will accelerate learning.)
  • Review notes immediately after class.
    • Even for five minutes.
    • Something magical happens!
  • Review your notes out loud.
    • Read your chapters out loud.
  • Appearance raises grades.
    • Neatness counts.
    • Word processors are a plus.
    • If a handwritte assignment is acceptable, use erasable pen.
  • Don't waste time rereading.
    • Rely on "pen in hand" and SQ3R.
  • Test professors before they test you.
    • Ask questions about what kind of test to expect.
    • what material will be covered.
  • Become an expert test taker.
  • Go with initial hunches.
  • Stay with initial hunches.
  • Study according to your biological clock.
    • Are you "normal," a night owl, or an early bird?
  • Eliminate stress in your life.
  • EXERCISE is the best antidote.
  • Make extra credit mandatory.
  • Never miss a class.
    • This is considered mandatory by "A" students.
  • Be prepared to bail out.
    • Don't be afraid to drop a course that is not working for you., BUT be aware of all official dates to withdraw and any vital state legislative restrictions ( Texas has a limit on total number of W hours.)
  • Volunteer to edit a friend's paper.
    • Use it as a learning experience.
  • Study smart—not hard!
  • Time management skills and discipline pay off.
  • Stay mentally, physically and spiritually fit.




Adapted from the video


"Where There is a Will, There is an A"


by Professor Claude Olney











Teruskan membaca..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...