Photobucket

Sahabat Maya :

Wednesday, December 22, 2010

1bahasa, 1semangat jati diri kebangsaan



1bahasa, 1semangat jati diri kebangsaan


Oleh Teo Kok Seong
teokok@ukm.my
2010/12/22


Penggunaan bahasa Melayu betul, teratur lambang jati diri




PEMILIHAN hanya satu bahasa, iaitu bahasa Melayu sebagai bahasa negara perlu difahami lagi dihayati dalam konteks Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan serta Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 (disemak pada 1971). Begitu juga dengan pemupukan serta pelestarian jati diri, taraf dan citranya dalam semua bidang. Sehubungan ini, ia perlu juga dilihat dari dimensi muhibah ekoran daripada kontrak sosial yang dipersetujui bersama.



Namun, penggunaannya yang sejati dalam kuantiti banyak serta kualiti yang baik pada setiap masa oleh semua pihak, lebih-lebih lagi dalam semua kegiatan budaya tinggi adalah jauh lebih penting daripada perlindungan perundangan itu. Ini adalah untuk menjamin kelangsungannya, bukan saja dalam bentuk yang perkasa, tetapi juga sebagai bahasa bermaruah tinggi.
Sebetulnya semua ini memerlukan iltizam setiap rakyat. Setiap satu daripada kita perlu memupuk kecekapan berbahasa Melayu, di samping kesetiaan dan kebanggaan terhadap bahasa Melayu dalam jiwa pada setiap masa. Ini bertujuan antaranya untuk memastikan kedudukan bahasa Melayu sentiasa teguh, sejajar statusnya sebagai bahasa negara.




Pemilihan dan lebih penting lagi penggunaan hanya 1bahasa, iaitu bahasa Melayu untuk negara ini tidak dapat dinafikan, khususnya dalam menyatupadukan rakyatnya yang pelbagai kaum, boleh membentuk satu jati diri nasional yang sama. Ia juga mampu memupuk 1semangat kebangsaan yang sama, untuk dipamerkan setiap rakyat sebagai 1Bangsa Malaysia yang bersatu padu, selain sebagai 1Negara Malaysia yang bersekutu. Ini bertepatan sekali dengan idea perpaduan dalam Gagasan 1Malaysia, selain moto negara, iaitu Bersekutu Bertambah Mutu.




Dalam hal ini, satu isomorfi, iaitu hubungan kerakyatan dengan penggunaan bahasa negara perlu wujud. Selain kumpulan etnik Melayu/Bumiputera, rakyat Malaysia lain yang berasal daripada pelbagai latar budaya dan menggunakan bahasa etnik masing-masing perlu memperlihatkan hubungan lebih erat antara kerakyatan dengan bahasa Melayu. Dengan kata lain, kesetiaan sebagai rakyat Malaysia perlu juga diperlihatkan melalui penggunaan bahasa Melayu yang menjadi bahasa negara.




Sehubungan itu, rakyat Malaysia, khususnya yang bukan asal selain perlu mementingkan, harus menggunakan bahasa Melayu selaku bahasa utama di negara ini pada setiap masa, dalam kadar yang banyak selain bentuk yang bermutu. Penggunaan begini bukan saja untuk komunikasi rasmi, iaitu dalam majlis rasmi/formal yang dituntut oleh perundangan, tetapi juga untuk tidak rasmi, iaitu interaksi tidak formal sesama kenalan atas inisiatif sendiri.




Isomorfi begini adalah satu fenomena yang bukan saja lumrah di seluruh dunia, tetapi mantap di beberapa negara. Antaranya Indonesia di rantau ini. Hal sama berlaku di Thailand. Malangnya, ia tidak di Malaysia.




Isomorfi antara kerakyatan Malaysia dengan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa negara, lebih-lebih lagi dalam kuantiti yang banyak, selain dalam bentuk yang baik dan betul, khususnya dalam aspek kehidupan nasional, adalah sesuatu yang belum wujud secara utuh di negara ini. Sebaliknya ia dalam keadaan masih tidak memuaskan.




Sehubungan ini, rakyat Malaysia daripada semua kelompok etnik, khususnya yang bukan asal perlu menganggap bahasa Melayu sebagai bahasa negara. Dalam konteks ini, mereka perlu menganggap bahasa Melayu lebih daripada sebuah lingua franca. Oleh itu, bahasa Melayu perlu dilihat lebih daripada hanya digunakan secara rutin dan selalunya dalam bentuk jelik pula. Ia tidak boleh hanya digunakan semata-mata dalam kegiatan budaya rendah, seperti urusan jual beli di pasar saja. Ia perlu disanjungi lebih daripada itu.




Bahasa Melayu selaku bahasa negara bukan saja ‘jiwa kepada Bangsa Malaysia’, dalam konteks pengertian ungkapan ‘bahasa jiwa bangsa’, tetapi sebetulnya adalah maruah negara dan rakyat Malaysia. Dalam konteks ini, khususnya dalam pengertian isomorfi yang diperkata itu, martabat serta kehormatan dan reputasi bahasa Melayu meliputi, antara penggunaannya yang baik dan betul pada setiap masa, lebih-lebih lagi dalam mandala rasmi/formal.




Taraf bahasa Melayu juga hendaklah selalu berada pada kedudukan teratas, yakni mengatasi mana-mana bahasa lain, termasuk bahasa Inggeris, apatah lagi bahasa etnik. Meletakkan bahasa Melayu yang menjadi bahasa negara di bawah, misalnya bahasa etnik tertentu, adalah satu tindakan yang bukan saja menghina bahasa Melayu, tetapi ikut mengeji negara dan rakyat. Bahasa Melayu selaku bahasa negara adalah simbol nasional, iaitu lambang keagungan negara yang berdaulat dan kemuliaan rakyatnya yang berwibawa, khususnya penduduk etnik Melayu yang menjadi penutur natif kepada bahasa Melayu.




Isomorfi ini juga perlu dikaitkan dengan satu jati diri nasional sama, yakni untuk kedua-dua negara dan rakyat, yang disalurkan melalui satu bahasa saja, iaitu bahasa Melayu selaku bahasa negara. Jati diri negara dan rakyat Malaysia yang berbilang kaum ini, melalui bahasa Melayu dalam kapasitinya sebagai bahasa negara, sebetulnya tidak menjadi masalah lagi, kepada sesiapa pun selaku rakyat Malaysia yang setia, lebih-lebih lagi selepas negara ini mencapai kemerdekaannya 53 tahun yang lalu.




Dalam konteks ini, isomorfi ini jati diri negara dan rakyat menerusi bahasa Melayu sebagai bahasa negara perlu bertitik tolak daripada penggunaan yang banyak selain baik dan betul, khususnya dalam mandala rasmi/formal oleh semua rakyat pada setiap masa.




Bagi bukan Melayu, jati diri nasional sama serta semangat kebangsaan yang juga sama ini, melalui bahasa Melayu selaku bahasa Melayu perlu bermula dengan penyebutan dan intonasi yang terlepas daripada pengaruh dan gangguan bahasa ibunda masing-masing, khususnya ketika bertutur dalam bahasa Melayu pada setiap masa.




Citra negara dan rakyat Malaysia, yakni gambaran yang ingin ditonjolkan mengenai Malaysia sebagai satu entiti politik, sosial dan budaya, khususnya kepada masyarakat luar, adalah juga melalui bahasa Melayu. Penggunaan bahasa Melayu yang kurang dan tidak baik pula dengan segala macam kesalahan dalamnya, adalah contoh yang boleh merosakkan imej negara dan rakyat. Begitu juga dengan bahasa rojak, yakni percampuran bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris misalnya dan segala macam lain yang negatif.




Imej positif bahasa Melayu antaranya perlu dibina dan dipupuk melalui penggunaannya sebagai satu-satunya bahasa pengantar dan/atau bahasa ilmu dalam sistem pendidikan nasional. Ini perlu dilakukan melalui sekolah satu aliran saja, daripada peringkat prasekolah sehingga ke peringkat institusi pengajian tinggi dalam semua bidang ilmu/pengetahuan lebih-lebih sains dan teknologi.




Bahasa negara adalah sebahagian yang penting dalam mana-mana kerakyatan. Sehubungan itu, bahasa Melayu adalah komponen penting dalam kerakyatan Malaysia. Justeru, adalah amat malangnya sekali untuk negara ini jika masih ada dalam kalangan kita, walaupun seorang yang tidak boleh berbahasa Melayu. Di manakah kesetiaan mereka ini kepada negara dalam konteks isomorfi yang diperkata itu?




Penulis ialah Felo Penyelidik Utama, Institut Alam dan Tamadun Melayu, UKM




Teruskan membaca..

60,000 guru ijazah 2015




60,000 guru ijazah 2015


Oleh Rosniza Mohd Taha
yoniza@bharian.com.my
2010/12/22


40,000 dijangka ikuti program pensiswazahan mulai Mac tahun depan



KEMENTERIAN Pelajaran mempergiat usaha meningkatkan tahap kelulusan akademik pendidik pada Rancangan Malaysia Ke-10 (RMKe-10) menerusi memperuntukkan RM1.4 bilion bagi Program Pensiswazahan Guru (PPG).



Pengarah Bahagian Pendidikan Guru (BPG), Datuk Mohd Ghazali Ab Rahman, berkata program bertujuan mencapai sasaran 60,000 guru sekolah rendah dan menengah memiliki ijazah menjelang 2015.



Beliau berkata, sekurang-kurangnya 40,000 guru dijangka mengikuti PPG di institut pendidikan guru dan institusi pengajian tinggi seluruh negara mulai Mac. Mereka akan mengikuti pelbagai mata pelajaran dalam tempoh tiga setengah hingga empat tahun pengajian.



Guru yang mengikuti PPG katanya, diberi biasiswa kerajaan dengan kontrak perkhidmatan bagi mengikuti program Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) supaya mereka kekal berkhidmat pada sesi persekolahan.



“PPG yang dilaksana pada RMKe-10 adalah penerus kepada dasar latihan keguruan yang dirancang sebelum ini bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang dipelajari untuk dilaksanakan pada sesi pengajaran.



“Program ini sejajar hasrat kerajaan meningkatkan jumlah guru berijazah di sekolah menengah daripada 89 peratus kini kepada 90 peratus menjelang 2015. Bagi sekolah rendah pula, kadar semasa 28 peratus ditingkatkan kepada 60 peratus bagi tempoh sama.


“PPG diiklankan sejak 21 November lalu dan sambutan menggalakkan. Setakat ini, kira-kira 20,000 permohonan diterima sepanjang tempoh sebulan,” katanya kepada Berita Harian di Putrajaya, baru-baru ini.



Mohd Ghazali berkata, lima syarat utama ditetapkan iaitu pemegang status warganegara, Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Bukan Siswazah yang disahkan dalam jawatan.



Katanya, kakitangan dalam perkhidmatan di Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri (JPN), Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), sekolah rendah, sekolah menengah serta sekolah bantuan kerajaan kelolaan kementerian, juga layak memohon.



Umur pemohon tidak melebihi 45 tahun pada 1 Mac tahun depan selain memiliki Diploma Pendidikan/Perguruan atau Sijil Perguruan. Pemohon juga tidak berdaftar dengan mana-mana universiti sebagai pelajar sepenuh masa atau sambilan menerusi tajaan Kementerian Pelajaran.



Katanya, permohonan PPG secara dalam talian menerusi laman web www.moe.gov.my dan menggunakan e-perkhidmatan Kementerian Pelajaran.



Bagi guru di kawasan pedalaman, kementerian memberi kelonggaran dengan membenarkan mereka mereka mendaftar secara manual menerusi JPN atau PPD berhampiran.



“Permohonan secara dalam talian masih dibuka hingga hari ini (22 Disember ini). Urusan sokongan Pengetua/Guru Besar pada 25 Disember hingga 7 Januari depan dan pengesahan daripada JPN pada 8 Januari hingga 14 Januari depan.



“Pemohon boleh menyemak keputusan permohonan pada 15 Februari sebelum mendaftar pada 12 Mac,” katanya.







Teruskan membaca..

Artritis turut serang kanak-kanak





Artritis turut serang kanak-kanak









Keadaan lutut seorang kanak-kanak berusia enam tahun
yang bengkak dan bengkok kerana masalah artritis. - Gambar hiasan



PENYAKIT artritis di kalangan kanak-kanak jarang diketahui ramai kerana radang sendi yang menyebabkan kemerahan, bengkak dan kesakitan berpanjangan itu lazimnya dikaitkan dengan golongan berusia.



Presiden Persatuan Artritis Malaysia, Dr. Amir Azlan Zain berkata, serangan artritis sebenarnya boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tidak kira kanak-kanak ataupun golongan dewasa.



Katanya, sebagaimana dideritai oleh orang tua, penyakit artritis yang menyerang kanak-kanak dan golongan muda turut menjejaskan kualiti kehidupan harian mereka.



''Artritis adalah gangguan pada sistem ketahanan badan yang berfungsi melindungi badan daripada jangkitan penyakit.



"Bagaimanapun bagi penghidap artritis sistem ini menyebabkan masalah kesihatan, terutama pada sendi,'' katanya ketika ditemui di kliniknya baru-baru ini.



Menurutnya, terdapat beberapa jenis artritis di kalangan kanak-kanak dan ia sukar dikesan kerana sesetengahnya tidak menunjukkan simptom yang jelas.



''Radang sendi kanak-kanak lebih dikenali sebagai Juvenile Idiopathic Arthritis (JIA) dan boleh menyerang seawal umur enam tahun hingga remaja berusia 17 tahun.



"Malah jenis serangan JIA juga berbeza antara individu dan ia berkait rapat dengan faktor umur," katanya.



Beliau yang juga Perunding Rheumatologi di Pusat Perubatan Sunway menjelaskan, kesan terhadap JIA bergantung kepada sistem imunisasi kanak-kanak tersebut.



''Ada sesetengah kes yang akan sembuh sepenuhnya apabila meningkat usia 15 tahun ke atas.



"Bagaimanapun ada juga kes yang sekadar mampu bertahan sahaja,'' ujarnya.



Dr. Amir berkata, sebenarnya artritis bukan penyakit luar biasa, ia berlaku pada nisbah satu bagi 1,000 orang di seluruh dunia.



Dari segi jantina katanya, kanak-kanak perempuan mempunyai risiko yang lebih tinggi berbanding kanak-kanak lelaki.



Secara umumnya kira-kira 70 peratus pesakit JIA adalah kanak-kanak perempuan yang berumur antara dua hingga enam tahun.



Ditanya mengenai jenis serangan JIA, Dr. Amir memberitahu, ia ditentukan melalui jumlah sendi yang terbabit.



Katanya, terdapat lebih 100 jenis artritis termasuklah osteoartritis, artritis reumatoid, ankylosing spondylitis dan sebagainya.



Bagaimanapun artritis jenis oligoartritis adalah yang paling lazim dihidapi di kalangan kanak-kanak di bawah umur lima tahun dan serangan biasanya tertumpu pada lutut dan buku lali.



''Ini adalah serangan artritis paling ringan. Tetapi ia memberi kesan jangka panjang, terutama pada mata hingga boleh menyebabkan buta jika tidak dikesan pada peringkat awal.



''Oleh itu, rawatan awal penting dalam mengurangkan risiko penyakit itu berterusan,'' tegasnya.



Katanya, ibu bapa juga perlu peka terhadap perubahan pada anak kecil terutama bagi JIA yang tidak menunjukkan kesan ketara.



Tanpa rawatan dan pengesanan awal JIA boleh membantutkan tumbesaran kanak-kanak.



Ditanya mengenai rawatan yang boleh diberikan, Dr. Amir berkata, terdapat beberapa kaedah untuk merawat JIA, antaranya penggunaan ubat seperti antiradang bukan steroid (NSAIDs) untuk mengurangkan kesakitan, kejang dan bengkak yang perlu diambil secara teratur.



Selain itu, penghidap JIA digalakkan menjalani fisioterapi dan senaman bagi mengurangkan rasa sakit, sekali gus membantu pesakit menjalani kehidupan seharian yang lebih bertenaga.



''Oleh itu, ibu bapa disarankan untuk mengambil tindakan yang serius dengan melakukan pemeriksaan doktor sekiranya mendapati anak mereka ada simptom-simptom berkenan," katanya.

Sumber : www.utusan.com.my










Teruskan membaca..

Telur Tiruan.
















Salam Semua...






Manufacturing fake eggs


IN China there are fake schools and classes that teach a variety of blatant fraud technology, even eggs can be modulated by chemical materials, but also be able to fry cook, is currently the most popular False course.


Step 1 modulation of raw materials
Using 7 kinds of chemical materials, see pic below



Fake egg was made from calcium carbonate, starch, resin, gelatin, alum and other chemical products.


Step 2 egg production
Raw egg into the mold to 2 / 3 full, put calcium chloride, colouring die,
the egg appears on the film been announced.



The 'yolk' is shaped in the round mould. 'Magic water' containing calcium chloride is used.
By adding a yellow pigment and become raw egg yolk.



Step 3 fake egg shape
In the mold into 1 / 3 raw egg white, like the first package, like dumplings into the egg yolk, egg white into another, into the magic water, a shell eggs will come slowly. Naked egg shape to 1 hour to dry after washing with water, at shells ready.




Step 4
Sewing lines through the use of eggs, immersed in paraffin wax, calcium carbonate, such as modulation of the eggshell into a solution, repeated several times until the shell a little dry, immersion in cold water pumping line shape, this point, the egg has been put on a false cloak , You're done.





Hard shells are formed by soaking in paraffin wax onto the egg, which are then left to dry.
Oh yeah The Egg is ready. The artificial egg shell is very fragile and break easily but who cares!!


Look so real



Many small bubbles is formed during frying the egg but not many people can tell the difference.
The egg look exactly the same, and the eggs taste better than real but you are adding to the
statistic of food poisoning person.




Why make fake eggs ?
Because of money.



The cost of fake egg is only 0.55 Yuan/kg, while the true eggs’
market price is 5.6 Yuan/kg.



Cases of problem foods and food poisoning are widely reported in Mainland China over the last few years. In 2001, there were 185 cases of food poisoning, affecting about 15,715 people and causing 146 deaths. The cases doubled in 2002. In 2003, the number of reported cases was ten times more than that in 2001, and the number of people suffered was as high as 29,660, including 262 deaths Now In Sept 2008 Nearly 53,000 Chinese children sick from contaminated milk; 4 have DIED.






Teruskan membaca..

Saturday, December 18, 2010

Muhasabah










Perbezaan antara mereka yang berjaya

dengan yang lain bukanlah kerana

kekurangan kekuatan atau ilmu,

tetapi lebih kepada

kekurangan kesungguhan dan kemahuan !








Teruskan membaca..

Doa Nabi Nuh untuk anaknya




Doa Nabi Nuh untuk anaknya




ALLAH SWT mengutuskan Nabi Nuh untuk menyeru kaumnya supaya beriman kepada-Nya. Akan tetapi mereka enggan menurut seruan Nabi Nuh termasuklah keluarganya sendiri. Hanya sebilangan sahaja yang menerima seruan Nabi Nuh dan beriman kepada Allah SWT.



Pada suatu hari Nabi Nuh berkata kepada anaknya Kan'an: "Wahai anakku, berimanlah kamu kepada Allah SWT. Sesungguhnya Dia sahaja yang berhak disembah."



"Aku tidak akan menyembah Tuhanmu," jawab anaknya.



Nabi Nuh tidak berputus asa dan terus menjalankan dakwahnya namun tetap tidak diterima oleh kaum dan keluarganya. Sehinggalah suatu ketika, Nabi Nuh berdoa kepada Allah SWT supaya tidak meninggalkan seorang pun daripada azab Allah.



Sekiranya mereka terus hidup, pasti mereka akan terus melakukan kemungkaran dan menyesatkan hamba-hamba Allah SWT yang lain.



Maka Allah SWT memakbulkan doa Nabi Nuh dan memerintahkan Nabi Nuh agar membuat sebuah kapal. Dengan segera Nabi Nuh membuat kapal dengan menggunakan kayu dan paku. Nabi Nuh dan pengikut-pengikutnya membuat kapal itu sehingga siap dan sempurna.



Setelah kapal itu siap, Allah SWT memerintahkan Nabi Nuh dan pengikut-pengikutnya naik ke atas kapal itu dan membawa bersama binatang-binatang ternakan. Kemudian turunlah hujan yang sangat lebat.



Dalam masa yang singkat, air memenuhi negeri mereka sehingga tenggelam rumah-rumah dan bukit-bukit. Sedangkan ketika itu Nabi Nuh bersama pengikut-pengikutnya sudahpun berada di atas kapal.



Ketika Nabi Nuh berdiri tinggi di atas kapal, baginda terpandang anaknya terkapai-kapai di dalam banjir yang besar itu. Oleh kerana belas kasihan, Nabi Nuh pun memanggil anaknya itu: "Wahai anakku, marilah naik kapal bersama-sama kami, janganlah kamu kufur dan mengingkari perintah Allah SWT lagi. Janganlah kamu mengikut orang-orang yang ingkar itu."



"Aku akan mendaki gunung yang tinggi itu sehingga aku terlepas daripada banjir besar ini," jawab anaknya.



"Sesungguhnya hari ini tidak ada seorang pun yang akan selamat kecuali yang mengikuti aku dan mereka yang dirahmati Allah SWT sahaja," kata Nabi Nuh lagi.



Selepas Nabi Nuh berkata-kata, anaknya pun lenyap daripada pandangan baginda. Anaknya telah ditenggelami banjir.



"Ya Allah, bukankah Kan'an itu anak aku dan daripada keluarga aku sendiri," rintih Nabi Nuh. Baginda merayu kepada Tuhannya dengan berkata: "Wahai Tuhanku! Sesungguhnya anakku itu daripada keluargaku sendiri dan bahawa janji-janji-Mu adalah benar dan Engkaulah sebijak-bijak hakim yang menghukum dengan seadil-adilnya."



Dengan itu Allah SWT menurunkan wahyu kepada Nabi Nuh bahawa Allah SWT hanya memberi pertolongan kepada orang-orang beriman sahaja.



Allah berfirman: Wahai Nuh! Sesungguhnya anakmu bukanlah daripada keluargamu (kerana dia telah memutuskan hubungan denganmu disebabkan kekufurannya), sesungguhnya amalannya bukanlah soleh, maka janganlah kamu memohon kepada-Ku sesuatu yang engkau tidak tahu mengenainya. Sebenarnya Aku memperingatkan kepadamu supaya kamu tidak termasuk orang-orang yang tidak berpengetahuan. (Nuh: 46)



Nabi Nuh insaf dan memohon ampun kepada Allah SWT. Kaumnya tidak dapat diselamatkan lagi. Mereka yang ingkar itu telah tenggelam dalam banjir besar tersebut.



Teruskan membaca..

Sakit Belakang









Aduh aduh sakit belakang






APA yang anda lakukan bila mengalami sakit belakang? Adakah cukup sekadar mengambil ubat penahan sakit, berurut, mendapatkan rawatan pakar atau mencuba rawatan alternatif?


Apa pun jawapannya, jangan ambil mudah kerana sakit belakang kronik juga boleh mengundang gangguan fungsi seksual terutama kepada kaum lelaki.



Pakar Reumatologi dan Sakit Kronik, Dr. Anwar Samhari Md. Arshad berkata, sakit belakang kronik yang berterusan boleh menjejaskan keupayaan seks lelaki secara langsung atau tidak.



“Ia berlaku apabila sakit belakang berada di tahap kedua dan ketiga di mana kesakitan dirasakan berterusan walaupun selepas pengambilan ubat penahan sakit.



“Kesakitan tersebut menekan atau menghimpit saraf sakrum menyebabkan ia menekan terus saraf pelvik lalu mengganggu keupayaan seksual termasuk mati pucuk,” kata pakar dari Pusat Perubatan KPJ Pulau Pinang itu.



Selain itu kata beliau, pesakit juga boleh mengalami gangguan fungsi seksual secara tidak langsung akibat pengambilan ubat terapeutik dan juga disebabkan kemurungan, stres dan gangguan psikologi.



Semua itu kata beliau berpunca daripada kesakitan biasa yang dipandang ringan oleh pesakit dan dibiarkan tanpa melakukan sebarang rawatan.



Apa itu sakit belakang?



Dr. Anwar berkata, rasa sakit di bahagian tengkuk, tulang belakang dan punggung yang berpanjangan lebih daripada enam minggu hingga tiga bulan boleh ditafsirkan sebagai sakit belakang kronik.



“Jika bercakap tentang sakit belakang, hampir semua orang mengalami sakit belakang. Tapi bila diambil paracetamol atau ubat tahan sakit dan berehat, lama kelamaan kesakitan itu akan hilang,” katanya.



Jelas beliau sakit belakang berpunca daripada kecederaan di bahagian otot, saraf, tulang, sendi atau struktur lain pada tulang belakang.



Kecederaan itu, katanya, disebabkan pekerjaan atau perbuatan berterusan hingga menjejaskan kesihatan tulang belakang. Biasanya ia berlaku kepada mereka yang melakukan sesuatu kerja untuk tempoh yang lama seperti pemandu lori, mengangkat bebanan berat dan juga tidak mempraktikkan kesihatan ergonomik dalam perbuatan seharian.



Rasa sakit itu kata Dr. Anwar, mungkin seperti dicucuk-cucuk, rasa sengal atau berdenyut, mungkin untuk tempoh yang panjang atau sekali sekala.



Ia juga mungkin dirasai pada satu tempat atau merebak dari satu kawasan ke kawasan yang lain.



Kata beliau lagi, jenis sakit belakang yang kerap menyerang lelaki berusia antara 30 hingga 40 tahun adalah sakit sendi dan slipped disc atau disc tergelincir.



“Bagi mereka yang berusia antara 40 hingga 50 pula kerap mengalami sakit sendi faset. Manakala bagi lelaki berusia 60 hingga 70 tahun pula biasa mengalami spinal stenosis,” katanya.



Simptom umum:




Menurut Dr. Anwar berkata, tanda-tanda utama sakit belakang adalah rasa sakit di bahagian pinggang yang menjalar ke punggung, paha dan seterusnya ke betis. Ada juga pesakit yang rasa sakit dan kebas mencucuk hingga bahagian betis, paha dan kaki.



Kaki pesakit juga katanya, berasa lemah. Pada peringkat permulaan ia lebih bersifat mekanikal di mana bagi individu yang melakukan kerja berat akan mengalami rasa sakit. Selepas mengambil paracetamol atau ubat penahan sakit dan berehat, sakit itu akan beransur hilang.



“Pada peringkat kedua, setiap hari pesakit akan merasa sakit. Walaupun berehat dan mengambil penahan sakit, kesakitan masih dirasai,” katanya.



Sakit itu berlanjutan hingga menekan saraf sakrum dan menjejaskan keupayaan seksual. Bukan setakat itu, ia juga menjejaskan fungsi pundi kencing menyebabkan pesakit gagal mengawal pembuangan air kencing dan juga besar.



“Jika keadaan ini berlaku pesakit memerlukan rawatan segera,” katanya.



Jenis-jenis sakit belakang:




1. Slipped disc - disc tergelincir adalah masalah kecederaan pada tulang lembut (disc) yang juga dikenali sebagai disc intervertebral. Dalam istilah perubatan ia disebut spinal disc herniated/ prolapsed. Disc intervertebral boleh diumpamakan sekeping tulang lembut di antara tulang vertebra. Ia terdiri daripada satu tisu yang kuat (annulus fibrosus) di mana di dalamnya terkandung sejenis bahan yang lembut (nucleus polposus). Jelasnya, kecederaan pada disc intervertebral menyebabkan kerosakan pada annulus fibrosus. Akibatnya, ia menjadi bengkak dan seringkali juga pecah pada disc intervertebral.



2. Ankilosing spondilytis - merupakan sejenis artritis yang menjejaskan tulang belakang. Simptom termasuk kesakitan daripada leher hingga ke bahagian tulang bawah. Sakit tulang belakang jenis ini menjejaskan hingga 0.1 hingga 0.5 peratus orang dewasa. Biasanya kerap berlaku di kalangan lelaki berusia antara 20 hingga 30an. Ia jarang berlaku di kalangan wanita dan jika ada sekali pun, tidak begitu serius.



3. Sakit sendi faset- Adalah masalah yang jarang berlaku dan ia boleh menjejaskan bahagian bawah serta leher. Boleh menyebabkan simptom serius dan mengundang kecacatan kekal kepada pesakit. Bagaimanapun, masalah sendi faset jarang melibatkan saraf tulang belakang.



4. Spinal stenosis - Keadaan dimana saluran spinal mengecil dan menekan saraf spinal. Ini biasanya melibatkan kemerosotan spinal disebabkan penuaan. Kadangkala ia juga berpunca daripada disc tergelincir, osteoporosis atau tumor. Spinal stenosis boleh melibatkan kawasan cervical (tengkuk), torasik atau lumbar spinal. Jika ia berlaku di kawasan lumbar boleh menyebabkan kesakitan di bahagian bawah juga rasa kelainan di bahagian kaki, paha, tapak kaki atau punggung. Kadang kala ia juga boleh menjejaskan kawalan pundi kencing dan usus.



5. Sindrom myofasial - Berlaku kesakitan kronik dan bagi sesetengah kes, sakit yang teramat sangat dirasai. Ia diikuti sakit pada bahagian tertentu yang menyucuk.



6. Sindrom kauda equana - Kesakitan di bahagian bawah termasuk punggung, paha dan kaki. Juga berlaku kesakitan kronik dan bagi sesetengah kes, sakit yang teramat sangat dirasa. Boleh melibatkan penekanan di bahagian kelamin, menjejaskan kawalan pundi kencing dan sistem usus.



Bagaimana diagnosis?




Biasanya pesakit perlu melalui ujian MRI di bahagian lumbar, pelvik dan torak. Ada juga sesetengah pesakit yang tidak dapat didiagnos menggunakan MRI perlu menjalani suntikan diagnostik blok.



Ujian darah dan air kencing juga diperlukan untuk mengenalpasti sakit belakang kronik.



Tidak seperti sakit belakang akut (akibat kemalangan), sakit belakang kronik tidak memerlukan ujian imbasan sinar-X.



Rawatan



Kata Dr. Anwar, sebanyak 70 hingga 80 peratus mereka yang mengalami sakit belakang tidak memerlukan pembedahan major.



“Biasanya mereka memerlukan rawatan multimodel peringkat demi peringkat,” katanya.



Rawatan tanpa pembedahan jelasnya memerlukan kaunseling, fisioterapi, rehat otot corticosteroid dan pengambilan ubat tahan sakit neuropatik.



Selain itu pemakaian alat sokongan tulang belakang juga membantu. Sekiranya rawatan tidak berkesan, doktor akan mengesyorkan suntikan minimalis seperti radio-frekuensi dan prosedur neurolysis.



Salah satu rawatan yang termaju adalah spinal cord stimulation. Stimulasi ini dilakukan dengan memasang implan pada saraf tunjang.



“Rawatan termoden ini sudah boleh didapati di dalam negara malah saya sendiri melakukannya. Walau bagaimanapun, ia memerlukan kos yang tinggi,” katanya.



Rawatan ini kata beliau dilakukan sekiranya lain-lain rawatan yang diberi tidak berkesan. Jelasnya, prosedur implan tersebut memerlukan generator dipasang di bahagian bawah kulit seperti pemasangan peacemaker pada jantung.



“Pesakit akan diberi alat kawalan di mana jika mereka berasa sakit akan menekan alat tersebut dan kesakitan berkurangan,” kata beliau.




http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1212&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_01.htm








Teruskan membaca..

Friday, December 17, 2010

Penempatan Semula Guru Kerana Kekurangan Kritikal Guru BI


Penempatan Semula Guru

Kerana

Kekurangan Kritikal Guru BI



KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran menjelaskan bahawa pelaksanaan penempatan semula guru-guru ke daerah Kuala Selangor dan Sabak Bernam, Selangor perlu dilakukan untuk menampung kekurangan guru BahasaInggeris (BI) yang amat kritikal di kedua-dua daerah.



Menurut kenyataan Kementerian Pelajaran, guru-guru yang ditempatkan semula itu adalah dari daerah yang terdapat lebihan guru Bahasa Inggeris dengan ketara seperti daerah Klang, Petaling Perdana, Petaling Utama dan Hulu Langat.



"Pengisian jawatan guru di sekolah-sekolah sepatutnya mengikut keperluan opsyen, tetapi didapati taburan guru tidak seimbang antara sekolah dalam daerah, begitu juga taburan guru antara daerah dalam negeri dan antara negeri.



"Pelaksanaan penempatan semula ini merupakan satu langkah proaktif untuk memastikan dasar Memperkasakan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) dapat dilaksanakan dan mencapai matlamatnya," menurut kenyataan itu.



Penempatan semula itu turut melibatkan guru-guru opsyen Bahasa Malaysia yang berlebihan di daerah seperti Sabak Bernam dan Kuala Langat yang perlu digerakkan ke daerah-daerah lain.



Menurut Kementerian Pelajaran, semua guru terlibat diberi peluang untuk membuat rayuan dan setiap rayuan yang dikemukakan diberi penelitian dan pertimbangan sewajarnya.



Dalam satu laporan media Khamis, 100 orang guru, terdiri daripada 84 guru BI dan 16 guru BM melahirkan rasa tidak puas hati akibat dipindahkan ke sekolah baru yang jauh dari tempat tinggal mereka.



Menurut Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), langkah penempatan semula ini dilihat membebankan guru-guru terbabit dan memohon agar kerajaan menimbangkan semula langkah daripada segi faktor jarak, keluarga dan kesihatan. - BERNAMA




Teruskan membaca..

Muhyiddin: History curriculum unchanged until 2017




Muhyiddin:



History curriculum





unchanged until 2017


KUALA LUMPUR: The History curriculum for the Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) will remain unchanged until 2017. That is because students who will use the new curriculum from Form One in 2014 will only sit for the SPM in 2018.


Deputy Prime Minister and Education Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin told Dewan Negara yesterday: “The new curriculum starts for Form One students in 2014 and they will become the first batch of students to sit for the exam under the new curriculum in 2018.


“The move is to give the ministry time to allow teachers to adjust to the new curriculum.”


He added that the ministry would also set up a committee to study the new History curriculum and textbooks to ensure a comprehensive coverage of history.


In October, the Government announced that apart from Bahasa Malaysia, History would also be a must-pass subject for SPM, starting 2013.


He also told Senator Datuk Dr Yeow Chai Thiam that History would be among the subjects offered to candidates sitting for their SPM Ulangan examination from 2014.


Muhyiddin said the decision was made to give students an opportunity to achieve better results in their SPM.


He said the format for examinations and appraisal on students would also be revised to provide additional motivation to students during History periods in class.


Later, during a press conference after chairing a meeting of the 2011 School Session Committee, Muhyiddin advised schools to adhere to the ministry’s circular on school supplementary fees and not burden parents with huge payments in the new school session.


“If schools felt that a small contribution from the parents was necessary, they could ask for it but with the agreement of the parent-teacher association (PTA),” he said, adding that the matter should be agreed on by the PTAs before forwarding it to the state education director for approval.


Muhyiddin said there would be 210 schooling days and 78 school term holidays in 2011, adding that 66 new schools would be opened next year.


He said that to ensure schools had enough teachers, the ministry had redeployed or transferred teachers to areas with a shortage. – Bernama



the star online




Teruskan membaca..

Enggan Pindah?




100 guru enggan pindah




16/12/2010 2:08pm



KUALA LUMPUR - Seramai 100 orang guru di Selangor yang terlibat dalam penyusunan semula tidak mahu berpindah ke daerah lain, kata Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim Adnan.



Mereka terdiri 84 guru opsyen Bahasa Inggeris dan 16 orang guru opsyen Bahasa Melayu yang digerakkan dari satu daerah ke daerah yang lain, katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.



Katanya, faktor-faktor berlakunya penyusunan semula itu adalah kerana kekurangan guru Bahasa Inggeris di kawasan luar bandar berikutan pelaksanaan Program Memartabatkan Bahasa Malaysia Dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBM MBI) untuk guru-guru Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris Sekolah Rendah Dan Menengah 2009–2010.



Hashim berkata, berdasarkan pengalaman beliau, tindakan menukar guru berkenaan akan menimbulkan lebih banyak masalah daripada menyelesaikan masalah sedia ada.



Katanya, kementerian perlu mengambil kira faktor usia, penyakit serta masalah keluarga dalam menimbang rayuan oleh kesemua 100 guru yang diarah pindah daerah. - Bernama


Kosmo!Online





Teruskan membaca..

Surah Najm (1-26) by Mishary Rashid.











Teruskan membaca..

Thursday, December 16, 2010

Info Mengenai Minuman Coca-Cola.




[drinking-coca-cola.jpg]

http://t0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcSFkQo0D6eZ_d_F46joaQbjwILKQ4AgCDV_WjER1sLyS5XwZZPq



Fakta seperti yang tersenarai di bawah adalah kajian santifik yang dibuat oleh ahli sains kesihatan/sosial di USA dan Britain serta laporan dari seluruh dunia mengenai minuman ringan Coke : Coca Cola.



Kebanyakan negeri di US , kereta peronda lebuhraya akan dimuatkan 2 gallon Coke untuk menghilaMacam pasukan SMART dan bomba kita tu, Harzadous Team. Cuba tanya Plus Ronda atau Polis Lebuhraya, adakah mereka guna? Anda di rumah diharap dapat mencuba kajian ini :



1. Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan hancur atau hilang sama sekali dalam masa 2 hari.
Elok untuk yang berniaga sup tulang!



2. Untuk mencuci tandas :
Masukkan setin air Coke dalam tandas dan biarkan selama 1 jam dan kemudian 'flush'. Kesan kotoran/hampas akan hilang dari tindakan 'citric asid' yang berada dalam Coke. Satu bahan gantian untuk mencuci kalau sabun dah habis! rasa-rasa buat sabun badan. Boleh tak?






3. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chrome :
Lap bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya karat hilang!



4. Untuk menghilangkan kesan 'corrosion' atau hakisan pada skru/nat bateri kereta :
Tuang saja setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta merta.



5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat :
Sekali lagi tuang setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.



6. Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian : Tambahkan setin Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa. Kesan minyak tu pasti hilang. Kemudian bolehlah minum air basuhan tadi berperisa coke.



7. Cermin kereta anda berdebu/kotor/ melekit ?
Celup tuala dengan Coke dan lap. Pasti bersih. Tak payah guna tin sembur cuci cermin macam jual di Yawata tu kerana ianya amat mahal! Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.8. Ia boleh meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari. Kilang Perwaja/besi mesti suka ni!



8. Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang lain dalam badan yang merupakan punca utama kearah penyakit osteoporosis.


Sila lihat lori yang membawa air sirap Coke dalam lori tangki, pasti dilengkapi dengan tanda amaran "Bahan Kimia Bahaya" atau"Bahan Penghakis : bahaya". Lori tangki itu juga diselaputi bahan penghakis hakisan untuk mengelak lori tu dihakis. .


Tolong jangan letak/parking kereta berhampiran lori tangki yang ada tanda amaran tu, silap-silap tengah bawa kereta, putus 2 sebab hakisan/karat. Para pengedar minuman Coke telah menggunakannya untuk mencuci bahagian enjin lori/trak mereka sejak 20 tahun. Wahh...mesti buat overhaul ni!



9. Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin Coke. Cuba bancuh kopi/teh dengan 18 sudu gula tu kat rumah dan minum mesti termuntah tapi tambahkan citric asid, mesti muka tersenyum. Tambah pula dengan ais!.


Wahh! rasa macam minum Coke berperisa kopi. Asid tersebut akan bertindak terhadap lidah untuk memberi signal kepada otak bahawa air yang diminum tidak berapa manis. Lidah dengan otakpun kena tipu.


Semua minuman ringan menggunakan asid yang sama. Tak kiralah Pepsi. 7-up, Drinho, Yeos, Milo ,F&dan dll. Sama saja! Anak bapak dan Keluarga 69.






Coke membawa maksud dadah Cocaine. Asal minuman Coke adalah dicipta untuk meghilangkan rasa letih dan mengkhayalkan untuk para pekerja buruh. macam candu masuk China dulu. Antara isi kandungannya adalah ekstrak dari daun coca dan kacang Cola. Tu yang mai perkataan CocaCola tu.



10. Cuba rendamkan gigi dalam satu mangkuk Coke, pasti gigi tu hilang/lebur dalamasa 24-49 jam. Yang mana sakit gigi, try cara ni, agaknya- agaknya gigi tu boleh hilang!



Kalau anda tak suka minum kopi tapi suka sangat minum Coke, sama saja! Anda minum Caffein, bahan yang sama dalam 2 minuman tersebut.



DiIndia, negeri Andhra Pradesh dan Chattisgarh secara spesifiknya, para peladangnya menggunakan Coke sebagai semburan untuk membunuh serangga perosak dalam ladang kapas dan cili mereka.


Jadi racun seranggalah pulak. Siapa ada tanam pokok cili kat rumah tu, semburlah Coke untuk bunuh serangga. Cili tu rasa pedas manis berperisa coke agaknya?


Cubalah! Syarikat Coke dimiliki oleh pelabur berbangsa Yahudi 100%. kat Mekah ada Mecca Cola. Betul ke? Yang pernah pergi Mekah boleh confirm agaknya?



Jadi, sambil-sambil kita minum Coke tu, bolehlah pada masa yang sama cuci cermin kereta, cuci baju, buka nat skru, cuci tandas, sembur serangga dan lain-lain.


Rupa-rupanya Coke ni boleh dibuat bahan gantian emergency jika bahan cuci/pelincir/ penghakis habis kat rumah. Semua fakta diatas anda boleh cuba sendiri di rumah jika tak percaya. Yang mana tak pass sains khasnya kimia dulu masa sekolah bolehlah buat eksperimen sains kimia ni kat rumah.














Di negara Amerika Latin produk ini di larang.



Coke menghina umat Islam!






Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.8. Ia boleh meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari. Kilang Perwaja besi mesti suka ni
Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang lain dalam badan yang merupakan punca utama kearah penyakit osteoporosis.






Teruskan membaca..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...