Sahabat Maya :

Friday, December 17, 2010

Enggan Pindah?




100 guru enggan pindah




16/12/2010 2:08pm



KUALA LUMPUR - Seramai 100 orang guru di Selangor yang terlibat dalam penyusunan semula tidak mahu berpindah ke daerah lain, kata Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim Adnan.



Mereka terdiri 84 guru opsyen Bahasa Inggeris dan 16 orang guru opsyen Bahasa Melayu yang digerakkan dari satu daerah ke daerah yang lain, katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.



Katanya, faktor-faktor berlakunya penyusunan semula itu adalah kerana kekurangan guru Bahasa Inggeris di kawasan luar bandar berikutan pelaksanaan Program Memartabatkan Bahasa Malaysia Dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBM MBI) untuk guru-guru Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris Sekolah Rendah Dan Menengah 2009–2010.



Hashim berkata, berdasarkan pengalaman beliau, tindakan menukar guru berkenaan akan menimbulkan lebih banyak masalah daripada menyelesaikan masalah sedia ada.



Katanya, kementerian perlu mengambil kira faktor usia, penyakit serta masalah keluarga dalam menimbang rayuan oleh kesemua 100 guru yang diarah pindah daerah. - Bernama


Kosmo!Online





2 comments:

  1. Salam...

    Jadi masalah juga tu ya! Apakah tindakan seterusnya..

    ReplyDelete
  2. Menambah guru bahasa inggeris utk ditempatkan di luar bandar. Rasanya di mana-mana pun kekurangan guru bahasa inggeris. Jika ingin pindahkan guru yang sedia ada perlu kaji banyak faktor. Memberi tekanan kepada guru adalah masalah yg lagi besar.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...