Photobucket

Sahabat Maya :

Saturday, November 6, 2010

Cerita Tempayanku Retak




[motivational_posters_04.jpg]


Tempayanku Retak

[motivational_posters_15.jpg]

Seorang tukang air

memiliki dua buah tempayan besar.

Masing-masing bergantung pada

kedua ujung sebuah pikulan

yang dibawa menyilang pada bahunya.

Satu dari tempayan itu retak,

sedangkan tempayan satunya lagi tidak.

Tempayan yang tidak retak itu

selalu dapat membawa air penuh,

walaupun perjalanan yang panjang dari

mata air ke rumah majikannya.

Tempayan retak itu

hanya dapat membawa air

setengah penuh.

Hal ini terjadi setiap hari

selama dua tahun.

Si tukang air hanya dapat membawa

satu setengah tempayan air

ke rumah majikannya.

Tentu saja

si tempayan yang tidak retak itu

merasa bangga

akan prestasinya kerana

dapat menunaikan tugas

dengan sempurna.

Di pihak lain,

si tempayan retak

merasa malu sekali

akan ketidaksempurnaannya

dan merasa sedih

sebab ia hanya dapat

memberikan setengah

dari apa yang sepatutnya

ia dapat berikan

kepada majikannya.


[motivational_posters_21.jpg]

[motivational_posters_19.jpg]



Setiap Orang Memiliki kekurangan


Setelah dua tahun

tertekan oleh kegagalan pahit ini,

tempayan retak berkata

kepada si tukang air,

“Saya sungguh malu

kepada diri saya sendiri

dan saya mohon maaf

yang sebesar-besarnya”

“Mengapa?” tanya si tukang air.

"Mengapa kamu merasa malu ?”

"Saya hanya mampu.................

selama dua tahun ini,

membawa setengah kandungan air

dari yang seharusnya dapat saya bawa.

Adanya retakan pada sisi saya

telah membuat air yang saya bawa bocor

sepanjang jalan menuju rumah majikan kita.

Kerana cacatku itu,

saya telah

membuatmu rugi.”

Si tukang air merasa kasihan

kepada si tempayan retak,

dan dalam belas

kasihannya, ia menjawab,

” Jika kita kembali ke rumah majikan esok,

aku ingin

kamu memperhatikan bunga-bunga indah

di sepanjang jalan.”


Benar.

Ketika mereka naik ke bukit,

si tempayan retak memperhatikan

dan baru


menyedari bahwa ada bunga-bunga indah

di sepanjang sisi jalan dan itu

membuatnya sedikit terhibur.

Namun pada akhir perjalanan,

ia kembali merasa sedih kerana

separuh air yang dibawanya telah bocor

dan kembali tempayan retak itu

meminta maaf kepada si tukang air

atas kegagalannya.

Si tukang air berkata kepada tempayan itu,

“Apakah kamu tidak memperhatikan

adanya bunga-bunga di sepanjang jalan di sisimu ?

Tapi, tidak ada bunga

di sepanjang jalan di sisi tempayan lain

yang tidak retak itu ?”

Itu kerana

aku selalu menyedari akan

cacatmu dan aku memanfaatkannya.

Aku telah menanam benih-benih bunga di

sepanjang jalan di sisimu dan setiap hari

jika kita berjalan pulang dari mata air,

kamu mengairi benih-benih itu.

Selama dua tahun ini,

aku telah dapat

memetik bunga-bunga indah itu

untuk dapat menghias meja majikan kita.

Tanpa adanya kamu ,

majikan kita tidak akan dapat

menghias rumahnya

seindah sekarang.”



p/s : Setiap orang memiliki cacat dan kelemahan sendiri.

Kita semua adalah tempayan retak,

namun jika kita mahu,

Tuhan akan menggunakan kekurangan kita

untuk maksud tertentu.

Dimata Tuhan yang bijaksana,

tidak ada yang terbuang percuma.

Jangan takut akan kekurangan.

Kenalilah kelemahan dan kita dapat menjadi

sarana keindahan Tuhan.

Ketahuilah dalam kelemahan kita.......

kita menemukan kekuatan kita!!!!!!!!!!!


[motivational_posters_18.jpg]



Teruskan membaca..

Friday, November 5, 2010

Cerita Duit Syiling 1 sen




"Cerita Duit Syiling 1 sen"






Setiap kita boleh diumpamakan seperti syiling 1 SEN.




Bawalah ke mana-mana, apa pun tidak dapat dibeli.




Tetapi...................




kalau 1 SEN itu adalah syiling yang ke 100,




ia dapat mengubah 99 Sen yang lain menjadi RM 1.”






“Sendirian tidak penting,





berkumpulan atau berpasukan





mampu mengubah segala.”






Kita mempunyai pilihan sama ada menjadi:






1 sen sekeping @ 1 sen pelengkap ?


http://adagiago.files.wordpress.com/2007/06/hey-yo-mick.jpg


Teruskan membaca..

Hak Kanak-Kanak Dalam Islam





Hak Kanak-Kanak Dalam Islam







Islam sangat memandang berat soal pendidikan kanak-kanak dan memberi hak-hak yang sepatutnya kepada mereka. Islam telah menggariskan panduan yang tertentu serta cara dalam mendidik anak-anak sejak ia di dalam kandungan ibunya lagi malahan lebih awal daripada itu.Islam menggalakkan umatnya apabila memilih suami atau isteri hendaklah seorang yang mempunyai keperibadian yang mulia.Anak merupakan nikmat yang dikurniakan oleh Allah dan merupakan perhiasan dalam kehidupan manusia. Orang yang telah diberi nikmat ini sudah tentu memelihara dan mendidik dengan pendidikan Islam sebagai mensyukuri nikmat tersebut.



Menurut ahli Psikologi, kehidupan manusia ini terbahagi kepada dua peringkat.Peringkat pertama iaitu sejak ia lahir hingga berusia 18 tahun atau 20 tahun.Peringkat kedua iaitu berusia 20 tahun sehingga meninggal dunia.Pada peringkat pertama tadi, ia terbahagi kepada tiga bahagian iantu sejak lahir sehingga mengjangkau umur enam tahun,ketika berusia tahun sehingga berusia tiga belas tahun manakala bahagian ketiga ketika berusia 13 tahun sehingga berusia 18 atau 20 tahun.





Kanak-kanak memerlukan kasih sayang.




Kanak-kanak memerlukan kasih sayang daripada ibu bapa sepertimana ia berhajat kepada makanan dan minuman.Kasih sayang kepada anak-anak adalah merupakan sebahagian daripada pendidikan pertama yang sepatutnya diberi perhatian oleh ibubapa.Menurut ahli psikologi,kanak-kanak memerlukan kasih sayang disebabkan kepada tiga faktor utama iaitu:



Pertama: Kanak-kanak memerlukan kebahagian dan ketenangan dalam hidupnya. Melalui kasih sayang kepada kanak-kanak ,ia dapat merasai ketenangan dan kebahagiaan kerana mereka dilahirkan dalam keadaan lemah dan memerlukan pertolongan dan pergantungan kepada orang lain.






Kedua:Pembentukan dari segi pemikiran .Kanak-kanak yang terbentuk dari suasana kasih sayang yang sepenuhnya ,maka ia dapat membentuk pemikiran yang kreatif dan bernas.Di samping itu,kanak-kanak tersebut mempunyai daya ingatan yang kuat dan perangai yang baik.






Ketiga:Pembentukan dari segi masyarakat .Kanak-kanak yang diberikan kasih sayang sejak kecil lagi dapat menyesuaikan diri dengan masyarakat dan mempunyai kasih sayang kepada masyarakat sekelilingnya.






Hak kanak-kanak sebelum dilahirkan




Antara keistimewaan syariat islam ialah ia telah menggariskan hak kanak-kanak sebelum kanak-kanak itu dilahirkan di dunia ini lagi.Antara hak-hak tersebut ialah:




1. Ikatan perkahwinan suami isteri yang sah.Islam melarang keras perhubungan diantara lelaki dan perempuan tanpa ada ikatan perkahwinan yag sah.Adalah menjadi hak kanak-kanak supaya ikatan ibubapanya merupakan ikatan yang sah dari segi syarak supaya keturunannya terpelihara





2. Akidah ibubapa yang sama. Islam melarang seseorang muslim berkahwin dengan orang kafir kecuali ia memeluk agama islam.Seseorang lelaki yang hendak berkahwin hendaklah mencari perempuan yang solehah.Saidina Umar r.a pernah ditanya ; hendaklah seorang bapa memilih isterinya yang solehah, hendaklah menamakan anak-anaknya dengan nama yang baik dan hendaklah ia mengajarkan al-Quran.





3. Dilarang membunuh kanak-kanak dan membenci anak perempuan. Dalam masyarakat Jahiliah dahulu mereka membunuh kanak-kanak perempuan kerana menganggap ia boleh membawa malapetaka kepada keluarga. Oleh demikian semasa kedatangan Islam, Islam telah membawa sinar baru dalam kehidupan wanita serta mengangkat martabat mereka.

Islam juga melarang membunuh kanak-kanak disebabkan takut kepada kemiskinan. Firman Allah yang bermaksud:



"Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana khuatirkan kealpaan dan kemiskinan. Kamilah yang akan memberi rezeki kepada mereka dan kepada kamu. Sesungguhnya membunuh mereka itu adalah satu dosa yang besar.





4. Ibubapa perlu menyediakan persiapan untuk kanak-kanak yang bakal dilahirkan. Ibubapa hendaklah bersedia untuk mendidik anak-anak tersebut sehingga besar dengan didikan nilai-nilai murni dan mulia. Persiapan ini termasuk dari segi material dan kerohanian.





Hak kanak-kanak selepas lahir ke dunia.




1. Azan di telinga kanan dan iqamat di telinga seorang bayi sebaik sahaja ia lahir ke dunia .Antara rahsia dan hikmah azan ini ialah supaya kalimat yang mula-mula sekali didengar ialah kalimat tauhid, kalimah mengesakan Allah, kalimah syahadah ,mengajak menunaikan solat dan menuju kejayaan.


Diriwayatkan dari Abu Daud dan al-Turmizi dari Abu Rafie bahawa Rasulullah mengazankan di telinga Hassan bin Ali sebaik sahaja dilahirkan oleh Fatimah. Di samping itu juga ia bertujuan untuk menghambat syaitan yang sentiasa menjadi musuh kepada manusia dan bersedia menggodanya.


Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:


"Siapa yang mendapat anak lalu ia azan di telinga kanannya dan diiqamatkan di telinga kirinya nescaya syaitan tidak dapat memudharatkan.”






2. Melakukan Tahnik, mencukur rambut dan Akikah. Tahnik bayi bererti menggosok-gosok langit-langit bayi dengan sedikit buah tamar yang telah dilecek atau dimamah supaya lembut. Disunatkan ketika memberikannya itu, kanak-kanak itu didoakan agar hidupnya sentiasa dalam keberkatan. Seeloknya orang yang hendak melakukan tahnik ini terdiri daripada orang yang soleh dan bertaqwa.





3. Mencukur rambut bayi ini dilakukan sebelum akikah dan sebaik-sebaiknya pada hari yang ketujuh dari kelahiran bayi. Ia merupakan sebagai lambang ibadat dan kesyukuran kepada Allah. Akikah ialah kenduri kesyukuran dengan menyembelih binatang sempena kelahiran bayi. Bagi kanak-kanak lelaki ialah dua ekor kambing manakala kanak-kanak perempuan satu ekor kambing.Walaubagaimanapun harus menyembelih seekor sahaja untuk anak lelaki kerana Rasulullah SAW pernah melakukan dengan menyembelih akikah seekor untuk Hassan dan seekor untuk Husain.





4. Memberi nama yang baik. Ibubapa bertanggungjawab memberi nama yang baik kepada anaknya .Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:"Di antara hak anak yang mesti ditunaikan oleh bapa tiga perkara:mengelokkan namanya bila ia lahir ,mengajarkannya al-Quran apabila ia matang dan mengahwinkannya apabila ia baligh".Para ulama menyebutkan bahawa harus menukar nama daripada nama yang buruk maknanya kepada nama yang lebih baik maknanya.Pada hari qiamat nanti semua manusia akan dipanggil dengan nama-namanya di dunia ini.





5. Hak Menyusu. Ibubapa bertanggungjawab menyusukan anaknya terutama dalam dua tahun pertama.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

"Dan ibu itu wajib menyusui anak-anak mereka dalam tempoh dua tahun sempurna bagi mereka yang ingin menyempurnakan susuan tersebut".(al-baqarah 233)






6. Mengkhatannya.Berkhatan adalah satu amalan fitrah.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :

"Amalan fitrah ada lima perkara:mencukur bulu ari-ari, berkhatan,mengunting misaim,mencabut bulu ketiak dan mengerat kuku.






Menurut para ulama hokum khatan ini adalah sunat bagi bayi lelaki dan merupakan kemuliaan bagi bayi perempuan.Walaupun begitu terdapat perbezaan ulama tentang hukumnya iaitu ada tiga pendapat:





i. Wajib khatan bagi kanak-kanak lelaki dan perempuan.Ini merupakan pendapat Imam Ahmad,Ataa',Ibn Suraih, Rabiah, dan Awza'iy.


ii. Sunat muakkad bagi kanak-kanak lelaki dan perempuan.


iii. Wajib bagi kanak-kanak lelaki dan sunat bagi kanak-kanak perempuan iaitu pendapat setengah dari golongan ulama al-Syafieyyah.(Kitab Majmuk oleh Imam al-Nawawi,jil 1,hal 365 dan fathul Bari jil 10.hal 340)




Pendapat yang ketiga ini lebih sesuai dengan jamhur ulama yang mengatakan bahawa khatan adalah sunat muakkad bagi kanak-kanak perempuan.Mereka berdalilkan bahawa ia adalah "millah Abina Ibrahim"(mengikut jalan bapa kami nabi Ibrahim) yang telah diperintahkan oleh Allah SWT supaya berkhatan.Bagi kanak-kanak perempuan ,khatan ini dikenali sebagai "khifaadah" dalam bahasa Arab iaitu memotong sedikit dari sebahagian daging antara permukaan atas faraj.mengikut jamhur ulama ia merupakan kemuliaan bagi kaum wanita.Ini menolak dakwaan yang menyebutkan perkara tersebut merupakan amalan buruk. Rasulullulah SAW telah menyuruh serta menggalakkan kanak-kanak perempuan dikhatan dengan cara-cara tertentu dan jangan berlebihan semasa memotongnya sepertimana dilakukan oleh orang jahiliah.





Memberi Pendidikan dan Ilmu Pengetahuan




Setiap ibubapa bertanggungjawab mendidik anak-anak dengan pendidikan agama supaya anak-anak tersebut menjadi anak yang soleh.Ibubapa perlu menjaga diri kanak-kanak dari perkara yang boleh merosakkan dirinya sama ada dari segi pemikiran dan fizikal.Penekanan kepada pendidikan agama harus diberikan perhatian yang serius dalam pembentukan sahsiah mereka.Islam telah menggariskan panduan dalam mendidik kanak-kanak.

Antaranya ialah:





i. Mengajar mengenali sifat-sifat ketuhanan.
Islam menyuruh ibubapa mengajar kanak-kanak supaya mengenali sifat-sifat ketuhanan.Ia merupakan pendidikan awal dan asas dalam pembentukan pemikiran kanak-kanak dan pembinaan akidah yang mantap sejak kecil lagi. Sifat wajib yang kedua puluh tersebut mestilah diajar dengan kefahaman yang mendalam.Kanak-kanak telah dilahirkan dalam keaadan fitrah putih bersih,ibubapanya yang bertanggungjawab sepenuhnya dalam membentuk indentiti agamanya.




ii. Mengajar cara-cara sembahyang
Ibubapa wajib mendidik anak-anaknya cara bersembahyang sejak kecil lagi.Sabda Rasululluah SAW yang bermaksud :"Ajarlah anak-anak kamu bersembahyang ketika berusia tujuh tahun dan pukul mereka ketika berusia sepuluh tahun dan asingkan antara mereka dalam tempat tidur.”




iii. Mengajar ilmu pengetahuan
Ibubapa bertanggungjawab mendidik serta memberi pendidikan ilmu pengetahuan yang baik kepada anak-anak .Ibubapa perlu menyemaikan minat untuk mereka membaca,dan cintakan ilmu pengetahuan .Ilmu pengetahuan ini meliputi segala ilmu yang manfaat kepada mereka dalam menghadapi cabaran hidup.Pada zaman sekarang ,ilmu-ilmu multimedia ,sains dan teknologi perlu dikuasai oleh mereka untuk menghadapi cabaran masa depan.




iv. Mengajar al-Quran
Rasulullah SAW sangat menekankan kepada ibubapa agar mengajarkan al-Quran kepada anak-anak .Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Tabrani yang bermaksud :"Didiklah anak-anak kanu dengan tiga perkara iaitu cintakan nabi kamu, cintakan keluarga nabi kamu dan mengajarkan al-Quran kerana orang yang mendampingi al-Quran akan dinaungi oleh arash Allah pada hari yang tidak ada naungan selian darinya bersama para nabi-nabi dan pembantunya."




v. Mendidik mengenali kejadian ala mini
Ibubapa seharusnya mendidik anak-anak supaya mengenali kejadian ala mini serta mengambil iktibar daripadanya.Manusia perlu memahami hubungannya dengan alam sekeliling yang telah dijadikan oleh Allah untuk manfaat manusia.




vi. Mendidik dengan akhlak yang mulia.
Setiap ibubapa bertanggungjawab mendidik anak-anaknya dengan akhlak yang mulia seperti bersifat amanah, jujur,ikhlas,menghormati orang tua,menunaikan haji,bercakap benar,beradab ketika makan dan minum,memilih makanan yang halal,suka kepada perbuatan kebajikan dan ma'aruf,sentiasa mencari kebenaran dan keadilan,benci sifat keji,kezaliman dan kerosakan harta benda.Islam juga menyeru ibubapa supaya mengajar anak-anak meminta izin sebelum memasuki bilik ibubapa dalam waktu-waktu yang tertentu.Selain dari itu,ibubapa haruslah menunjukkan contoh tauladan yang baik kepada anak-anak.




vii. Pembentukan tubuh badan yang sihat dan kuat.
Islam menggalakkan kanak-kanak dilatih sejak kecil lagi dengan latihan jasmani supaya kanak-kanak tersebut menjadi sihat dan kuat.Pepatah arab ada menyebutkan :


"akal yang baik lahir dari tubuh badan yang sihat".






Hukum Penggunaan Tabung Uji



Penggunaan tabung uji bermaksud melakukan proses persenyawaan air mani lelaki ke dalam rahim perempuan bukan dengan cara hubungan jenis.Para ulama berpendapat seperti berikut:




1. Jika penggunaan tabung uji ini berlaku antara suami dengan isteri yang sah maka adalah harus dan jika berlaku selain dari suaminya maka adalah haram sama ada ia bersetuju atau tidak.




2. Jika air mani suami isteri itu diletakkan ke dalam rahim perempuan yang lain, maka adalah haram juga kerana bercampur nasab sama ada hendak dinasabkan kepada suami isteri tersebut atau kepada orang yang mengandungkannya.(ibu tumpang)





Hukum menggugurkan kandungan Janin.



Para ulama golongan shafie telah bersepakat bahawa peguguran kandungan janin adalah diharamkan apabila janin itu telah ditiupkan roh iaitu selepas 120 hari atau lebih dari 4 bulan.Jika sebelum ditiupkan roh,maka terdapat dua pandapat ulama iaitu:pendapat pertama menyebutkan bahawa haran sejak percampuran air mani lelaki dan perempuan sama ada sebelum ditiupkan roh atau selepasnya.


Sementara pendapat kedua menyebutkan bahawa harus sebelum ditiupkan roh dan haram secara mutlak selepas ditiupkan roh.(Ittihaf al-Sadah al-Muttaqin oleh Zabidi,jil 6,hal 188 dan Ihya'Ulmuddin oleh Imam al-Ghazali,jil. 2 hal. 47)





Imam al-Ramli membuat kesimpulan di dalam kitabnya "Nihayatul Muhtaj" selepas mengambil pendapat Imam al-Ghazali yang mengharamkan pengguguran kandungan dengan menyatakan bahawa pendapat yang rajah (yang palinh sesuai ) ialah haram secara mutlak selepas ditiupkan roh dan harus sebelum itu.(Nihayul Muhtaj oleh Imam al-Ramli ,jil.8,hal.416.Dipetik dari kitab Darurat fi Syariat Islamiyyah oleh Mahmud Muhammad Abdul Aziz,hal.172)





Penulis bersetuju dengan pandangan diatas dan harus menggugurkan kandungan tersebut selepas 4 bulan sekiranya janin tersebut boleh mendatangkan kemudaratan kepada ibu yang mengandungkannya dan perkara ini mesti disahkan oleh doctor yang berwibawa dan dipercayai kebenarannya.




Ibu juga bertanggungjawab memelihara
janinnya dari keguguran dan diharuskannya berbuka puasa jika dikhuatirkan boleh membawa mudarat terhadap diri dan janinnya.Islam juga tidak membenarkan melakukan qisas (hukuman bunuh) dan lain-lain hukuman dalam keadaan seseorang ibu yang mengandung .Jika ibu tersebut itu mati sementara janinnya itu hidup ,maka harus dikeluarkan janin tersebut.






Anak Yatim





Anak yatim adalah anak yang kematian ibubapa atau salah seorang daripadanya semasa ia kecil atau belum baligh atau anak yang kematian bapanya sebelum ia menjakau umur baligh.Islam mewasiatkan kepada umat manusia supaya melakukan hubungan baik dengan anak yatim,memberi perlindungan dan pengajaran ynag rapi serta memberi hak-hak mereka.


Firman allah SWT yang bermaksud:


"Oleh sebab itu ,maka anak yatim janganlah kamu hinakan."(al-Dhuha 9)" Tahukah engkau orang yang mendustakan agama?Iaitu orang yang menengking anak yatim."(al-Ma'un 1-2).


Islam juga menegah sama sekali memakan harta anak yatim dengan cara zalim seperti yang dinyatakan oleh Allah dalam surah al-Nisa' ayat 6.






Kesimpulan




Peranan masyarakat
amat penting dalam mendidik kanak-kanak supaya mencorak masa depan mereka.Mereka merupakan aset yang terpenting demi kesinambungan generasi kini.Gejala-gejala yang berlaku seperti penderaan kanak-kanak,lari dari rumah ,gadis be;asan tahun dijadikan pelacur,kanak-kanak terpaksa menjadi tenaga buruh,seks bebas dikalangan remaja dan harus dibendung dengan segera.Ia memerlukan kepada peranan seluruh masyarakat ,badan-badan sukarelawan ,badan-badan dakwah ,pertubuhan-pertubuhan NGO dan pihak pemerintah bagi mengatasi perkara ini.





Untuk mengatasi masalah ini disarankan:




1. Memberi kefahaman kepada ibubapa mengenai pentingnya pendidikan agama dalam institusi keluarga dengan memupuk nilai-nilai murni dan sejagat.




2. Badan-badan dakwah dan sukarelawan ,pertubuhan-pertubuhan NGO harus mempergiatkan aktiviti bersama para remaja dengan memberi panduan dalam membina masa depan mereka.




3. Seluruh masyarakat seharusnya bermuafakat bagi membentuk auasana harmonis,kasih sayang dan aktif dalam proses pembinaan diri kanak-kanak.




Kita merasa hairan kepada orang yang ingin memperjuangkan hak kanak-kanak tetapi mereka menghalalkan "hubungan perzinaan" kerana untuk melahirkan kanak-kanak yang mantap seharusnya bermula dari ikatan perkahwinan yang sah.Begitu juga institusi kekeluargaan yang kukuh merupakan amanah dari Allah Yang Maha Kuasa dan anak yang soleh itu akan memberi kebahagiaan untuk ibubapanya di dunia dan di akhirat.


Di negara umat Islam terdapat kanak-kanak yang buta huruf, menjadi buruh kasar dan tidak ada perlindungan yang khas bagi mereka.Adalah menjadi tanggungjawab umat Islam untuk memastikan kesinambungan kekuatan zuriat-zuriat mereka dalam menempuh alaf baru.


rahsia-anak-pintar


FAKTA: Rahsia pemakanan ilmuwan Islam



1. Madu Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktiraf ia ‘shifa’ iaitu penyembuh penyakit. Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit dan boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat. Ia perlu diambil dua sudu teh (gunakan sudu plastik) pada waktu pagi dan malam.


2. Kismis – Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Adab memakannya ialah dengan mengadap Kiblat, membaca Bismillah dan selawat tiga kali diikuti doa penerang hati. Ia perlu dimakan seperti memakan gula-gula kerana dikatakan tidak berkesan jika dikunyah dan diambil satu persatu sebanyak 21 biji setiap hari.



3.Susu segar
– Susu berguna untuk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semula jadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri – biri dan lembu yang segar. Ia diminum segelas pada sebelah pagi dan malam.




4.Telur
– Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli – ahli kesihatan mengakui ia adalah makanan yang lengkap dan berkhasiat. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.




5.Halia
– Ia sangat mujarab untuk menghindar masalah lupa. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halwa. Halwa ialah halia yang dijadikan Dimakan sedikit saja pada waktu pagi.




6.Buah Delima
– Mujarab untuk penerang hati seperti sabda Nabi Muhammad SAW: “Sesiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari.”



Teruskan membaca..

School Calendar For 2011



Takwim Persekolahan 2011








Teruskan membaca..

Sunday, October 31, 2010

Kelantan juara baru



Kelantan juara baru


KETUA pasukan Kelantan, Indra Putra Mahayuddin bersama rakan sepasukan menjulang Piala Malaysia selepas mengalahkan Negeri Sembilan di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam tadi. Turut kelihatan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan (kiri), Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah serta Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek (kanan). – MINGGUAN/IDZHAM JAAFAR


KUALA LUMPUR – Sejarah tercipta dan dendam terbalas, malah temasya besar berhak dirayakan oleh Kelantan apabila menjulang anugerah berprestij bola sepak negara, Piala Malaysia buat kali pertama setelah menewaskan Negeri Sembilan 2-1 dalam perlawanan akhir edisi ke-44, semalam.

Malah Wira Merah mengakhiri penantian yang sekian lama selepas dihampakan dalam perlawanan akhir 1955, 1970 dan tahun lalu sekali gus mengekori Perak, Selangor, Pulau Pinang, Pahang, Johor, Kuala Lumpur, Kedah, Terengganu, Perlis dan Negeri Sembilan sebagai 11 negeri pemilik Piala Malaysia sejak 1967.

Gegak gempita sorakan serta dentuman mercun melanda Stadium Nasional, Bukit Jalil yang menyambut kejayaan skuad bimbingan B. Sathianathan menebus kehampaan 3-1 kepada lawan dan di gelanggang sama tahun lalu, hasil jaringan Hairuddin Omar dan Badri Radzi.

Sebaliknya Negeri Sembilan terlepas peluang untuk merangkul gelaran berganda musim ini selepas Piala FA, April lalu biarpun mengejutkan lawan dengan sepakan penalti penyerang bidan terjun, Shahurain Abu Samah pada babak pertama.

Malah mereka mampu mendahului lebih awal andainya penyerangnya, Idris Karim lebih kuat menyepak umpanan lambung S. Kunanlan dari sebelah kanan, ketika cuma berdepan Khairul Fahmi Che Mat, yang sempat menyambut tolakannya pada minit keenam.

Dalam satu serangan balas pantas yang dilancarkan Kunanlan minit ke-12, Kelantan tergamam sehingga penjaga golnya, Khairul Fahmi terpaksa membentes sayap kanan Negeri Sembilan dan menghadiahkan sepakan penalti buat juara bertahan.

Biarpun diarahkan pengadil Subkhiddin Salleh supaya mengambil semula sepakan penalti yang berjaya disudahi, Shahurain Abu Samah tetap tenang menolak ke kiri gawang Kelantan untuk mencipta gol pembukaan Si Rusa, seminit kemudian.

Namun, Si Kijang masih tidak mahu mengalah, setelah rembatan jauh Zairul Fitree Ishak tersasar tinggi pada minit ke-11, Badri Radzi pula terlepas menyamakan kedudukan apabila rembatannya sempat disekat bek tengah lawan, Shukor Adan pada minit ke-35.

Enam minit kemudian menyaksikan kehampaan berterusan Idris gara-gara dipersalahkan pengadil ketika cuba menyambut umpanan lambung Ching Hong Aik dengan tandukan walaupun, hanya perlu mengatasi Khairul Fahmi yang sempat mendakap bola.

Tiga minit masa kecederaan turut merakamkan kegagalan percubaan sayap kanan Wira Merah, Nor Farhan Muhammad dalam kotak penalti sementara rembatan jauh ketua pasukan Indra Putra Mahayuddin pula berjaya ditepis penjaga gol Si Rusa, Sani Anuar Kamsani.

Dalam dua minit babak kedua bersambung, Kelantan kian garang memburu gol penyamaan, namun kedua-dua percubaan Badri dan Hairuddin Omar sekadar mencemaskan Sani Anuar tetapi belum dapat menembusi kubu terakhir pasukan bimbingan Wan Jamak Wan Hassan itu.

Gol penyamaan idaman Wira Merah tiba juga pada minit ke-57 hasil umpanan lambung Norshahrul Idlan Talaha dari sebelah kanan yang cukup tepat disudahi dengan tandukan kencang Hairuddin tanpa mampu digapai Sani Anuar lagi.

Bersemangat tinggi dengan gol itu, Kelantan mengasak lagi, lalu Badri menggembirakan dan menghadiahkan majoriti hadirin Stadium Nasional yang membentuk Lautan Merah dengan jaringan kedua minit ke-64 setelah mendapat lorongan Nor Farhan dari belakangnya.

Wira Merah beroleh satu lagi peluang keemasan setelah penyerang gantian, Akmal Rizal Rakhli dikasari Alif Shamsuddin tetapi sepakan bebas Indra Putra menghampakan pasukan dan peminat mereka kerana melewati palang gol pada minit ke-83.

KELANTAN: Khairul Fahmi Che Mat, Daudsu Jamaludin (Akmal Rizal Rakhli), Farisham Ismail, Rizal Fahmi Rosid, Zairul Fitree Ishak, Nor Farhan Muhammad, Badri Radzi, Shakir Shaari (Khairan Eroza Razali), Indra Putra Mahayuddin, Norshahrul Idlan Talaha (S. Chanturu), Hairuddin Omar.

NEGERI SEMBILAN: Sani Anuar Kamsani, Tengku Qayyum Ubaidillah Tengku Ahmad, Shukor Adan, Aidil Zafuan Radzak (Firdaus Azizul), Ching Hong Aik (Asyraf Al Japri), Alif Shamsuddin, Idris Karim, Halim Zainal, S. Kunanlan, Shahurain Abu Samah, Qhairul Anwar Roslaini (Shaffik Rahman).

==================



Semangat pemain julang Red Warriors


PARA pemain Kelantan meraikan kejayaan menjulang trofi Piala Malaysia selepas menewaskan Negeri Sembilan 2-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi.


KESUNGGUHAN para pemain untuk muncul juara dianggap jurulatih Kelantan, B. Sathianathan sebagai kunci utama kejayaan skuad Red Warriors itu menundukkan Negeri Sembilan 2-1 malam tadi.

Kata-kata Sathianathan di bilik persalinan ketika waktu rehat separuh masa pertama nyata membuatkan para pemain tidak patah semangat biarpun mereka ketinggalan 0-1 menerusi sepakan penalti Shahurain Abu Samah pada minit ke-13.

Read More Kosmo!

===============


Negeri Sembilan terlepas gelaran


PARA pemain Negeri Sembilan tidak dapat menahan kecewa selepas tewas 1-2 kepada Kelantan pada final Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi.


KELANTAN akhirnya berjaya mencipta sejarah baru apabila muncul selaku juara Piala Malaysia buat julung kalinya sejak 89 tahun lalu.

Kejayaan itu dicatat selepas menang tipis 2-1 ke atas juara bertahan, Negeri Sembilan pada aksi final edisi ke-84 di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi.

Disaksikan kira-kira 75,000 penonton kedua-dua pasukan, Kelantan menamatkan penantian untuk menjadi pasukan ke-14 berjaya menjuarai kejohanan berprestij yang mula diperkenalkan pada tahun 1921 itu.

Selepas tiga kali gagal di pentas final iaitu pada tahun 1955, 1970 dan 2009, kejayaan itu turut dianggap hadiah paling istimewa buat Sultan Muhammed Ke-V yang baru saja ditabalkan sebagai Sultan Kelantan yang baru pada 13 September lalu.

Bagi Negeri Sembilan pula, mereka kempunan untuk mempertahankan kejuaraan yang dimenangi tahun lalu, sekali gus gagal untuk muncul juara buat kali ketiga setelah kali pertama melakukannya pada tahun 1948.

Read More Kosmo!


==================



Sejarah tercipta

pix_gal0
The Red Warriors tamat badi 40 tahun

The Red Warriors tamat badi 40 tahun

PEMAIN Kelantan me­­lutut dan berdoa tan­­da syukur sejurus wisel penamat apabila mencipta bangga muncul juara baru Piala Malaysia menewaskan Negeri Sembilan 2-1 dalam final di Stadium Nasional, Bukit Jalil, ma­­lam tadi.

Dua gol menerusi tandukan padu Hairuddin Omar pada minit ke-57 dan Mohd Badhri Mohd Radzi, m-65 berjaya mengikis jari­­ngan awal lawan menerusi sepakan penalti oleh Shahurain Abu Samah (m-13) - sekali gus menamatkan badi 40 tahun yang diiri­­ngi dentuman mercun me­­ngiringi kejayaan manis The Red Warriors.
Kejayaan ini memboleh­­kan Kelantan meletakkan diri dalam kumpulan unik yang kini bertambah kepada 14 pasukan yang pernah menjulang piala keagungan bola sepak tanah air itu termasuk sebelum ini yang dikenali Piala HMS Malaya dan Piala Malaya.

Namun, skrip itu tidak kelihatan begitu pada awal saingan babak pertama apabila Shahurain yang dinaikkan kepada posisi serangan berikutan ke­­tandusan penye­­rang akibat kecederaan yang menimpa Zaquan Adha Abd Radzak me­­ngulangi jaringan awal ke atas lawan sama, apabila mudah menyempurnakan penalti mengatasi Khairul Fahmi Che Mat selepas penjaga gol itu menjatuhkan S Kunalan dalam ko­­­­tak penalti.

Shahurain yang mele­­dakkan gol cantik dalam laluan kejayaan 3-1 musim lalu berjaya mengelirukan penjaga gol itu yang semakin meningkat naik dalam skuad kebangsaan pada percubaan kedua selepas pengadil, Sub­­khiddin Mohd Salleh me­­ngarahkannya diambil semula.

Pada masa kecederaan babak pertama, gerakan pantas Mohd Badri Mohd Radzi dengan Indra Putra Mahayuddin hampir menjelmakan gol penyamaan, tetapi tendangan lencong kapten Kelantan itu berjaya ditumbuk penjaga gol, Sani Anuar Kamsani.
Hairuddin menceriakan pasukan apabila berjaya mengelakkan diri daripada kawalan pertahanan untuk menghalakan han­­taran lintang Norshahrul dengan jaringan penya­­maan menerusi tandukan untuk menghidupkan api perjuangan the Red Warriors dan hampir 60,000 penyokong mereka.

Momentum beralih arah kepada Kelantan yang mengambil alih tam­­puk penguasaan de­­ngan Mohd Badri men­­cetuskan dentuman mer­­cun oleh penyokong hasil gol kemenangan buat mencipta sejarah baru mereka.



Read More Berita Harian On Line
Teruskan membaca..

Saturday, October 30, 2010

Otak Perlu Dijaga!






TABIAT YANG MENYEBABKAN KEROSAKAN OTAK


Antaranya :-





1. Tidak mengambil sarapan pagi

- Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.



2. Terlebih makan

- Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.



3. Perokok

- Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit 'Alzheimer'.



4. Penggunaan gula yang berlebihan

- Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.



5. Pencemaran udara

- Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.



6. Terlebih tidur

- Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.



7. Menutup muka ketika tidur

- Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.



8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat.

- Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.


9. Kurang berimiginasi

- Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.


10. Jarang berfikir

- Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.



p/s : Justeru itu, perlulah kita aktifkan minda kita
supaya kita boleh berfikir secara kreatif , kritis dan berinovasi.
Jauhkan diri daripada perkara
yang boleh membuatkan otak kita
tumpul dan kurang daya fikir.
Berdoa supaya Allah swt sentiasa
cerdaskan minda kita ke arah
yang positif.


~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~




Kotter's 8-Step Change Model

Step One:
Create Urgency

Step Two:
Form a Powerful Coalition

Step Three:
Create a Vision for Change

Step Four:
Communicate the Vision

Step Five:
Remove Obstacles

Step Six:
Create Short-term Wins

Step Seven:
Build on the Change

Step Eight:
Anchor the Changes in Corporate Culture
Teruskan membaca..

Friday, October 29, 2010

Sekolah Amanah

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiXfUyk_BjuiVgDekQv1ItbLw5JtwenMbXyHqix4_yHYVRf4CgAc40ahSWZXH6awrrHdDdqiWn7o7nSuFk0DsW0ZlOotCbSunbNAw5s-q8oSkVC6U2Z4k3LDsGyVrwy06FGawjAygtgtnJj/s1600/khansa.jpg

5 dipilih sertai Sekolah Amanah

KUCHING 28 Okt. - Sebanyak lima buah sekolah di negeri ini akan dipilih untuk menyertai program Sekolah Amanah untuk penambahbaikan serta peningkatan prestasi yang akan dilaksanakan mulai tahun depan.

Menteri di Pejabat Ketua Menteri, Datin Fatimah Abdullah berkata, pemilihan sekolah berkenaan dilaksanakan berdasarkan beberapa kriteria yang telah ditetapkan oleh Khazanah Nasional Berhad dengan kerjasama Kementerian Pelajaran.

Menurutnya, Jabatan Pelajaran negeri telah menghantar senarai sekolah yang bakal menyertai program itu kepada Kementerian Pelajaran dan Khazanah Nasional Berhad untuk dipilih.

''Pada masa ini, proses pemilihan sekolah-sekolah yang sesuai untuk program tersebut sedang dilakukan.

''Relevan pemilihan sekolah tersebut dilakukan adalah untuk menambah baik serta meningkatkan prestasinya sejajar dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan modal insan berkualiti serta cemerlang pada masa depan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menerima Kunjungan Hormat dan Taklimat daripada Khazanah Nasional Berhad di pejabatnya di Wisma Bapa Malaysia di sini semalam.

Fatimah berkata, proses pemilihan sekolah yang layak bukan berdasarkan kepada prestasi semasa kerana mana-mana sekolah boleh terpilih untuk menyertai program berkenaan.

Katanya, sekolah-sekolah yang akan terpilih bagi mengikuti program berkenaan akan diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak lama lagi.

Tambahnya, selain Sarawak, lima sekolah di Johor turut terbabit dalam program tersebut dengan programnya akan dilaksanakan selama lima tahun iaitu mulai tahun 2011 hingga 2015.

''Program yang dilaksanakan selama lima tahun itu adalah sebahagian usaha Khazanah Nasional Berhad untuk melaksanakan tanggungjawab sosial korporatnya.

''Program ini merupakan perkongsian dalam pelbagai bidang untuk jangka panjang antara pengurusan sekolah, ibu bapa serta para pelajar dalam usaha membawa perubahan kepada sekolah masing-masing terutamanya dalam meningkat bidang akademik dan sealiran dengannya," ujar beliau.

Fatimah menambah, dalam memastikan program tersebut memberi kesan positif, Khazanah Nasional Berhad akan menetapkan sasaran Petunjuk Prestasi Utama (KPI) di dalam sesuatu programnya.


Teruskan membaca..

Orang muda buta sejarah!



Orang muda buta sejarah!






KUALA LUMPUR 28 Okt. - Pasti ramai terkejut dengan hakikat bahawa remaja hari ini tidak tahu siapa Perdana Menteri Malaysia yang pertama.

Tidak cukup dengan itu, bayangkan bagaimanalah tahap patriotisme remaja masa kini kalau tarikh Hari Kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957 yang disambut pada setiap tahun, pun boleh dilupakan.

Dalam satu soal selidik oleh Unit Khas Utusan Malaysia baru-baru ini, ada remaja menjawab Tun Razak Hussein sebagai Perdana Menteri pertama.

Hari Kemerdekaan pula dijawab dengan pelbagai tarikh oleh sekelompok responden. Antaranya 10 Ogos 1956, 31 Ogos 1943 dan 16 September 1957.

Walaupun keseluruhan responden berumur dari 16 hingga 51 tahun, namun mereka yang buta sejarah ini menjurus kepada kelompok usia di bawah 30 tahun, khususnya antara 16 dan 20 tahun.

Daripada situ, ia menjadi bukti bahawa ramai remaja generasi kini dan segelintir orang dewasa bukan saja buta sejarah malah bersikap tidak ambil tahu dan memandang remeh fakta-fakta penting bangsa dan negara.

Sudah pasti mereka selalu mendengar nama dan melihat wajah Tunku Abdul Rahman dan Tun Razak yang kerap diulang tayang di televisyen atau disiar di akhbar-akhbar.

Namun, apabila ada sikap tidak ambil peduli dan tidak berminat, jika hari-hari pun mereka diajar bahawa Tunku Abdul Rahman itu adalah Perdana Menteri pertama, mereka tetap tidak akan ingat.

Begitu juga dengan Hari Kemerdekaan, sungguhpun tarikh itu terdapat dalam lagu dan diuar-uarkan secara meluas malah dicetak dalam setiap kalendar tahunan, mereka 'tidak ambil pusing' semua itu.

Kalau jumlah yang tidak mengetahui nama Perdana Menteri pertama itu adalah sembilan peratus, tidak hairanlah kalau 49 peratus daripada 200 responden itu tidak mengetahui bila tarikh penubuhan Malaysia.

Mereka yang tidak mengetahui tarikh Hari Kemerdekaan pula seramai 17 responden atau 8.5 peratus.

Begitulah realitinya generasi masa kini. Siapa yang salah? Ibu bapa, generasi terdahulu atau sistem pendidikan? Ataupun, sikap orang muda yang memang tidak berminat dengan sejarah negara?

Soal selidik ini bukan untuk mencari salah sesiapa tetapi sekadar mendedahkan tentang suatu fenomena yang berlaku dalam masyarakat pada masa ini iaitu tentang ramainya anak muda yang buta sejarah.

Hasilnya, daripada 10 soalan yang diajukan, tiada seorang pun di kalangan responden kelompok di bawah 30 tahun yang berjaya menjawab kesemua soalan itu.

Kajian soal selidik tersebut berkisar tentang pengetahuan umum dan sejarah negara.

Bagi kelompok umur 31 hingga melebihi 51 tahun termasuk seorang responden berusia 55 tahun, semua berjaya dijawab kecuali bagi tiga soalan iaitu tarikh Hari Malaysia, cogan kata negara dan prinsip ketiga Rukun Negara.

Seramai 141 responden atau 70.5 peratus daripadanya tidak mengetahui tema sambutan Hari Kemerdekaan tahun ini.

Tiada alasan untuk melupakan tema '1Malaysia Menjana Transformasi' kerana Bulan Kemerdekaan negara baru saja diraikan.

Ketika ditanya tentang tarikh penubuhan Malaysia diajukan, hanya 102 responden yang menjawab dengan tepat sedangkan hari tersebut telah diumumkan sebagai cuti umum di negara ini.

Amat mengejutkan juga apabila sebahagian responden mempersoalkan tentang benarkah wujud cogan kata negara. Hakikatnya ia dilihat di mana-mana termasuk pada kulit belakang buku latihan sekolah.

Lantas, disebabkan tidak tahu, mereka menjawab cincai. Seramai 126 responden menyenaraikan jawapan yang tidak masuk akal seperti 'Hip Hip Hooray'. Selain itu adalah Malaysia Boleh, Berkhidmat untuk Negara, Majulah Sukan untuk Negara.

Menurut mereka, ketika diajukan soalan itu adalah kali pertama mendengar tentang cogan kata sebenar iaitu 'Bersekutu, Bertambah Mutu'.

Reaksi sama diterima berhubung nama bendera kebangsaan Malaysia. Biarpun Jalur Gemilang berkibar megah di mana-mana namun sukar dipercayai, 15 responden atau 7.5 peratus tidak mengetahui nama bendera kebangsaan itu.

Tambah memalukan, ada yang tergamak menamakan Jalur Gemilang sebagai 'Belang'. Ini sekali gus menggambarkan rendahnya moral golongan muda di negara ini yang boleh mempersenda bendera negara sendiri.

Nasib baiklah nama lagu kebangsaan, Negaraku diingati hampir semua responden kecuali empat orang.

Kajian tersebut turut mendapati, 40 responden tidak mengetahui bilangan negeri di Malaysia sehingga ada yang meneka Malaysia terdiri daripada 23, 17 dan 12 negeri.

Bagi soalan prinsip ketiga Rukun Negara dan juga nama Perdana Menteri keenam, iaitu perdana menteri sekarang, masing-masing 29 dan 19 responden gagal menjawab dengan tepat.

Sekali lagi diulangi dan ditegaskan, kebanyakan yang gagal menjawab soalan-soalan berkaitan sejarah dan pengetahuan am ini adalah mereka berusia di bawah 30 tahun serta kebanyakannya antara 16 dan 20 tahun.

Walaupun pelbagai kempen diadakan serta sukatan baru diperkenalkan dalam mata pelajaran Sejarah di sekolah namun masalah ini nampaknya terus berlaku.

Kesimpulan daripada kajian dan soal selidik ini adalah:

- Remaja masa kini buta sejarah.

- Remaja masa kini tidak minat mengingati peristiwa lalu.

- Remaja masa kini tidak peduli soal-soal kenegaraan.

- Remaja masa kini tidak suka ilmu pengetahuan am.

- Remaja masa kini ambil mudah patriotisme.

- Remaja masa kini terlalu memandang ke depan.

- Remaja masa kini tidak dipupuk penghayatan, sebaliknya menghafal sejarah.


Teruskan membaca..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...