Sahabat Maya :

Friday, October 29, 2010

Sekolah Amanah

http://2.bp.blogspot.com/_n7moQqUpNH4/TMgiDX2e5RI/AAAAAAAABNs/xyhX4sCpTeQ/s1600/khansa.jpg

5 dipilih sertai Sekolah Amanah

KUCHING 28 Okt. - Sebanyak lima buah sekolah di negeri ini akan dipilih untuk menyertai program Sekolah Amanah untuk penambahbaikan serta peningkatan prestasi yang akan dilaksanakan mulai tahun depan.

Menteri di Pejabat Ketua Menteri, Datin Fatimah Abdullah berkata, pemilihan sekolah berkenaan dilaksanakan berdasarkan beberapa kriteria yang telah ditetapkan oleh Khazanah Nasional Berhad dengan kerjasama Kementerian Pelajaran.

Menurutnya, Jabatan Pelajaran negeri telah menghantar senarai sekolah yang bakal menyertai program itu kepada Kementerian Pelajaran dan Khazanah Nasional Berhad untuk dipilih.

''Pada masa ini, proses pemilihan sekolah-sekolah yang sesuai untuk program tersebut sedang dilakukan.

''Relevan pemilihan sekolah tersebut dilakukan adalah untuk menambah baik serta meningkatkan prestasinya sejajar dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan modal insan berkualiti serta cemerlang pada masa depan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menerima Kunjungan Hormat dan Taklimat daripada Khazanah Nasional Berhad di pejabatnya di Wisma Bapa Malaysia di sini semalam.

Fatimah berkata, proses pemilihan sekolah yang layak bukan berdasarkan kepada prestasi semasa kerana mana-mana sekolah boleh terpilih untuk menyertai program berkenaan.

Katanya, sekolah-sekolah yang akan terpilih bagi mengikuti program berkenaan akan diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak lama lagi.

Tambahnya, selain Sarawak, lima sekolah di Johor turut terbabit dalam program tersebut dengan programnya akan dilaksanakan selama lima tahun iaitu mulai tahun 2011 hingga 2015.

''Program yang dilaksanakan selama lima tahun itu adalah sebahagian usaha Khazanah Nasional Berhad untuk melaksanakan tanggungjawab sosial korporatnya.

''Program ini merupakan perkongsian dalam pelbagai bidang untuk jangka panjang antara pengurusan sekolah, ibu bapa serta para pelajar dalam usaha membawa perubahan kepada sekolah masing-masing terutamanya dalam meningkat bidang akademik dan sealiran dengannya," ujar beliau.

Fatimah menambah, dalam memastikan program tersebut memberi kesan positif, Khazanah Nasional Berhad akan menetapkan sasaran Petunjuk Prestasi Utama (KPI) di dalam sesuatu programnya.


2 comments:

  1. Salam...

    Program yang baik untuk sekolah-sekolah yang prestasi akademik pelajarnya tidak memuaskan. Moga usaha ini menghasilkan kejayaan.

    Terima kasih ziarah blog saya..

    P/S : Nape blog satu lagi tu tak boleh nak komen

    ReplyDelete
  2. Salam.
    Terima kasih ziarah teratak maya saya.
    Bukan tak leh komen tapi no komen.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...