Photobucket

Sahabat Maya :

Friday, February 26, 2010

Anugerah Perdana Tokoh Maulidur Rasul Kebangsaan






Mahmood Zuhdi penerima Anugerah Perdana Tokoh Maulidur Rasul Kebangsaan



PUTRAJAYA 26 Feb. - Ahli akademik Islam, Prof. Datuk Dr. Mahmood Zuhdi Ab. Majid diumumkan sebagai penerima Anugerah Perdana Tokoh Maulidur Rasul peringkat kebangsaan 2010 masehi / 1431 Hijrah.

Beliau menerima anugerah tersebut daripada Timbalan Yang diPertuan Agong yang menyempurnakan majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat kebangsaan di Dewan Solat Utama, Masjid Putra di sini pagi ini.

Hadir sama, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalan beliau, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta isteri masing-masing.

Turut serta beberapa menteri kabinet termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom. - Utusan



=================


Berusaha amal sunnah Nabi SAW


Perarakan melibatkan pelbagai lapisan umur masyarakat adalah antara aktiviti yang sering dilakukan semasa sambutan Maulidur Rasul. - Gambar hiasan


SABAN tahun apabila menjelang tarikh 12 Rabiulawal, umat Islam akan menyambut peristiwa kelahiran Nabi Muhammad SAW, insan mulia yang membawa rahmat kepada sekelian alam.

Malangnya, tidak ramai di kalangan kita yang benar-benar menghayati sirah baginda SAW. Seterusnya menterjemahkannya dalam kehidupan seharian.

Sebabnya, belum wujud perasaan kasih dan sayang yang tinggi terhadap nabi yang terakhir walaupun baginda disenaraikan sebagai The 100 A Ranking Of The Most Influential People in History tulisan Michael Hart.

Itulah yang ditekankan oleh Pegawai Agama Islam Daerah yang juga Kadi Daerah Kuala Selangor, Zainal Abidin Sulaiman dalam kuliah subuh bertajuk 'Menghayati Sirah Nabi Muhammad SAW'.

Kuliah itu disampaikan di Masjid An-Nur, Saujana Utama, Sungai Buloh, Selangor sempena sambutan Maulidur Rasul pada 26 Februari ini.

Antara kehebatan Nabi SAW adalah kelahiran baginda telah diceritakan menerusi kitab Taurat dan Injil.

Namun, golongan Yahudi dan Nasrani sengaja menyembunyikan fakta tersebut kerana dengki disebabkan nabi akhir zaman bukanlah daripada kalangan mereka. Nabi akhir zaman adalah dari kalangan orang Arab.

Kata Zainal, dalam al-Quran memang banyak diceritakan dengan kelahiran Nabi SAW sebagai pembawa rahmat ke atas sekelian alam.

Antaranya, firman Allah yang bermaksud: Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekelian alam. (al-Anbiya': 107).

* Dan ketika Nabi Isa ibni Maryam berkata: Wahai Bani Israel, sesungguhnya aku ini Pesuruh Allah kepada kamu, mengesahkan kebenaran Kitab yang diturunkan sebelumku, iaitu Kitab Taurat, dan memberikan berita gembira dengan seorang Rasul yang akan datang kemudian daripadaku bernama Ahmad. Maka tatkala ia datang kepada mereka membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata, mereka berkata: Ini ialah sihir yang jelas nyata! (as-Saff: 6)

Menurut Zainal, dengan memahami sirah nabi SAW, umat Islam akan berdiri untuk melaksanakannya. Ini kerana di dalamnya terkandung ayat al-Quran dan hadis dalam lapangan hidup yang pelbagai.

Katanya, hal ini penting supaya kita mendapat syafaat baginda di akhirat kelak.

"Kita nak ikut atau mencontohi Nabi SAW bukan maksud mengikut tempat di Arab tetapi berdasarkan keadaan tempat kita sebagai mana diterangkan dalam kitab Bahrul Mazi (lautan madu)," katanya.

Antara yang boleh kita amalkan adalah sunat mengucup hujung jari selepas makan. Ini supaya umat Islam dilihat sebagai yang menitik beratkan kebersihan.

Kata Zainal, Nabi Muhammad SAW walaupun semasa makan roti kering, baginda tetap mengucup hujung jari sebab ada keberkatan.

Menurutnya, dalam hidup seharian, kita boleh amalkan membaca doa sebelum dan apabila bangun tidur, masuk tandas dengan kaki kiri dan berdoa, keluar tandas dengan kaki kanan dan berdoa.

"Itu sekurang-kurangnya yang boleh kita lakukan dalam seharian. Jangan langsung tidak mencontohi sunnah Nabi SAW.

"Apabila kita melaksanakan perkara-perkara begini, akan datang rasa tenang dan gembira dalam hati yang tidak dapat diterjemahkan dengan perkataan," jelasnya.

Bagi pasangan suami isteri pula, kata Zainal, antara sunnah baginda adalah mandi bersama untuk menyemarakkan lagi kasih sayang.

Namun, katanya, tidak ramai pasangan suami isteri yang mengamalkannya.

"Malah ada pasangan yang apabila ditanya tentang perkara itu menjawab, mana boleh suami isteri mandi bersama," jelas beliau.

Dalam satu kisah, kata Zainal, bagi membuktikan Nabi SAW sebagai utusan Allah kepada sekelian makhluk telah bertemu dengan seekor kijang yang terjerat.

Katanya, kijang itu merayu kepada baginda agar dilepaskan kerana sudah tiba masa untuknya menyusukan anak.

"Kijang itu kemudiannya berbaiah dengan Nabi SAW yang ia akan kembali semula ke jerat itu selepas selesai menyusukan anaknya.

"Benarlah selepas selesai, kijang itu masuk semula dalam jerat itu dan baginda pun mencari tuan punya jerat untuk membeli kijang tersebut.

"Akhirnya pemilik jerat itu menghadiahkan kijang itu kepada Nabi SAW dan baginda pun melepaskan haiwan tersebut," kata beliau.

Sejarah ringkas Nabi SAW

Nabi Muhammad telah diputerakan di Mekah, pada Isnin, 12 Rabiulawal (20 April 571M). Ibu baginda, Aminah binti Wahb, adalah anak perempuan Wahb bin Abdul Manaf dari keluarga Zahrah.

Ayahnya, Abdullah, ialah anak Abdul Mutalib. Keturunannya bersusur galur dari Ismail, anak kepada Ibrahim kira-kira dalam keturunan ke-40.

Ayahnya meninggal sebelum kelahiran baginda. Sementara ibunya meninggal ketika baginda berusia kira-kira enam tahun, menjadikannya seorang anak yatim.

Menurut tradisi keluarga atasan Mekah, baginda telah dipelihara oleh seorang ibu angkat (ibu susu:-wanita yang menyusukan baginda) yang bernama Halimahtus Saadiah di kampung halamannya di pergunungan selama beberapa tahun. Dalam tahun-tahun itu, baginda dibawa ke Mekah mengunjungi ibunya. Setelah ibunya meninggal, baginda dijaga oleh datuknya, Abdul Mutalib.

Selepas datuknya meninggal, baginda dijaga oleh bapa saudaranya, Abu Talib. Ketika inilah baginda sering kali membantu mengembala kambing-kambing bapa saudaranya di sekitar Mekah dan kerap menemani bapa saudaranya dalam urusan perdagangan ke Syam (Syria).

Sejak kecil, baginda tidak pernah menyembah berhala dan tidak pernah terlibat dengan kehidupan sosial arab jahiliah yang merosakkan dan penuh kekufuran.

Pada usia remajanya, Muhammad percaya sepenuhnya dengan keesaan Allah. Baginda hidup dengan cara amat sederhana dan membenci sifat-sifat angkuh dan bongkak.

Baginda menyayangi orang-orang miskin, para janda dan anak-anak yatim serta berkongsi penderitaan mereka dengan berusaha menolong mereka.

Baginda juga menghindari semua kejahatan yang menjadi amalan biasa di kalangan para belia pada masa itu seperti berjudi, meminum minuman keras, berkelakuan kasar dan lain-lain, sehingga beliau dikenali sebagai As Saadiq (yang benar) dan Al Amin (yang amanah).

Baginda sentiasa dipercayai sebagai orang tengah kepada dua pihak yang bertelingkah di kampung halamannya di Mekah.





Teruskan membaca..

Thursday, February 25, 2010

Hotnya!!!!!












Saidina Umar Al-khattab, Amirul Mukminin pertama orang Islam " Kamu tidak akan berasa gundah walau sekali jika kamu tahu apa yang kamu cari"...






Teruskan membaca..

Wednesday, February 24, 2010

Cutenya aku!





[arnab1]

[arnab1]


[arnab2]

[arnab3]

[arnab3]

[arnab4]













Teruskan membaca..

Budaya Berfikir Kreatif Dan Inovatif

Transformasi kurikulum sekolah


MUHYIDDIN Yassin melihat R.Mitra melayari laman sesawang MyIdeas pada Majlis Pelancaran MyIdeas@Schools di SK Lenga Pagoh, Muar, Johor, semalam.


MUAR 23 Feb. - Kementerian Pelajaran akan melakukan perubahan dalam kurikulum sekolah bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih menyeronokkan dan tidak hanya berorientasikan peperiksaan.

Untuk itu, aspek penerokaan ilmu akan diberi penekanan dengan lebih banyak tumpuan kepada pelajar dan bilik darjah, bukan lagi dominasi oleh guru.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, perubahan yang dilakukan dari semasa ke semasa itu bertujuan menerapkan budaya berfikir yang kreatif dan inovatif dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

"Proses pembelajaran ini akan lebih mementingkan interaksi di antara murid, guru dan rakan sekelas yang diharapkan dapat membantu percambahan idea yang kreatif dan inovatif.

"Di samping itu, budaya kreativiti dan inovasi juga boleh dipupuk melalui aktiviti kokurikulum seperti bengkel, seminar dan pertandingan," katanya semasa melancarkan program MyIdeas@Schools di Sekolah Kebangsaan Lenga, Pagoh dekat sini hari ini.

Turut hadir Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili; Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran, Tan Sri Dr. Zulkurnain Awang dan Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran percaya kunci pemupukan budaya inovasi adalah kurikulum yang seimbang dari aspek penyampaian ilmu dan penjanaan budaya berfikir.

Katanya, kerjasama kementeriannya dengan Yayasan Inovasi Malaysia serta Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC) bagi menjayakan MyIdeas@Schools adalah inisiatif yang dapat melahirkan masyarakat berilmu pengetahuan dan berkemahiran tinggi.

"Kementerian Pelajaran dengan kerjasama MDeC telah melatih seramai 42 guru dari 21 sekolah bestari luar bandar dalam fasa pertama program ini.

"Latihan ini bertujuan memastikan guru-guru mempunyai kemahiran yang diperlukan bagi membimbing murid-murid menggunakan portal MyIdeas@Schools dan melaksanakan strategi berkesan bagi menggalakkan murid menghasilkan idea yang kreatif dan inovatif," katanya.

Beliau berharap ia akan menjadi landasan menghimpunkan idea-idea inovatif murid-murid supaya dapat diperluaskan ke semua sekolah di seluruh negara secara berperingkat-peringkat.

"Saya percaya, dalam usaha kita untuk menjadi negara maju, kita perlu memiliki teknologi tempatan yang dihasilkan oleh anak watan.

"Contoh terbaik ciptaan satelit RazakSAT yang dihasilkan anak tempatan dan kini mengelilingi garisan Khatulistiwa," katanya.


UTUSAN MALAYSIA

Teruskan membaca..

Tuesday, February 23, 2010

Adik Memang Berbakat.







Sudut imaginasi budak 7 tahun




KETIKA ramai kanak-kanak lain sebaya dengannya mungkin sedang sibuk bermain permainan video atau perisian komputer di dalam rumah, ataupun menghabiskan waktu berkejar-kejaran di padang, si cilik ini sudah ada aktiviti eksklusifnya tersendiri.


Bertemankan gajet yang bersaiz dan seberat kira-kira satu per 20 daripada statistik tubuhnya, pandangan mata Danial Fitri Md. Yusoff Othman, 7, sudah menjangkau ke sudut yang paling seni dan mungkin sering diabai kanak-kanak biasa.


Minat mendalam yang ditunjukkan Danial itulah yang membawa Kosmo! ke Galeri Shah Alam, Selangor baru-baru ini. Perasaan asyik dan kagum mengisi ruang pameran fotografi itu tatkala menikmati 30 persembahan foto hasil kreativiti Danial dan gajetnya, kamera Nikon D100.


Dalam pameran bertema Bicara Alam itu, judul-judul bagi karya Daniel begitu unik. Ada yang diberi nama Hantu dan Gajah, Burung di Atas Elektrik, Burung Diri Jauh, Rumah Terbakar dan Monyet Menung. Lebih istimewa, semua judul itu adalah ciptaan murid darjah satu itu sendiri.


Sejak bakatnya dalam skil fotografi mula diasah dari usia 4 tahun, Danial kini sudah memiliki ratusan koleksi gambar yang kebanyakannya bertema haiwan dan alam sekitar.


"Gambar yang paling saya suka ialah Gajah dan Hantu. Yang ini gajah dan yang ini hantu," kata Danial kepada penulis sambil menunjukkan rakaman bayang manusia dan bongkah batu.


Pada mulanya seseorang mungkin tidak dapat membayangkan gajah dan hantu apabila melihat gambar tersebut. Namun, apabila diterangkan sedemikian oleh Daniel, barulah imaginasi mengambil alih lantas batu itu menyerupai seekor gajah sementara bayang manusia pula kelihatan seperti apa yang dipercayai sebagai hantu.


Ternyata si kecil dengan ketinggian 104 sentimeter itu bukan sahaja memiliki bakat mengambil gambar tetapi juga memiliki pandangan luar biasa terhadap apa yang diambilnya.


Teruja dengan kunjungan Kosmo!, Danial berlari mendapatkan kameranya dan menunjukkan aksi-aksinya mengambil gambar. Tangan dan jari-jemari Danial yang kecil tidak menghalangnya untuk mengangkat dan mengendalikan kamera itu laksana seorang jurugambar berpengalaman.


Walaupun lagak dan gayanya mengambil gambar belum mirip jurugambar profesional, namun hasil yang terakam daripada petikan butang kamera itu cukup mengagumkan. Secara tidak langsung ia mencermin peribadi Danial yang gemar memerhati dan mempunyai sifat ingin tahu yang mendalam.



BERSAMA kamera Nikon D100, Danial sudah bijak berkarya menghasilkan foto-foto yang di luar kotak minda seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun.


Berkenaan pameran tersebut, Danial mengatakan dia senang apabila melihat begitu ramai orang yang berkunjung untuk melihat hasil fotonya.


"Tapi kenapa yang datang semuanya orang dewasa, bukan kanak-kanak seperti saya?" Tanya Danial yang mengundang rasa lucu dan senyuman di bibir yang mendengarnya.


Daniel memberitahu, dia menunggu peluang untuk mengunjungi kawasan berdekatan tasik kerana menurutnya di situ terdapat banyak ikan dan burung. Pemandangan di tasik juga cantik, katanya.


Menurut ibu Danial, Azmatul Hazrin Zaman, 33, anaknya itu sudah menunjukkan minat dalam fotografi sejak berusia empat tahun.


"Jika saya dan suami mengambil gambar, kami sentiasa membawa Danial bersama. Pernah sekali sebelum Danial pandai mengambil gambar, dia tanya pada saya 'apa yang mama sedang buat?'


"Danial juga pernah mengambil kamera saya dan cuba mengambil gambar. Mulanya saya risau dia akan merosakkan kamera tersebut. Namun, apa yang berlaku, Danial pandai mengambil gambar dan hasilnya juga cantik.


"Selepas dia menunjukkan minat, saya dan suami tidak jemu mengajarnya," ujar Azmatul yang turut mewakili perasaan bangga suaminya, Md. Yusoff Othman, 61.


Mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Demikian juga Danial yang mewarisi bakat mengambil gambar dalam bidang fotografi. Azmatul sendiri merupakan seorang jurugambar berpengalaman sementara Md. Yusoff pula ialah bekas pensyarah bidang fotografi Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam.



Inilah foto bertajuk Gajah dan Hantu cetusan minda kreatif Danial.


Malah sebelum ini, Azmatul dan Md. Yusoff sudah banyak kali melakukan pameran solo yang menghimpunkan hasil-hasil hebat rakaman lensa mereka.


Sementara itu, pameran fotografi yang dilancarkan oleh Ketua Pengarah Pendidikan, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom pada hari itu boleh diibaratkan pameran sekeluarga.


Bicara Alam turut mempersembahkan karya fotografi Azmatul dan Md. Yusoff.


Menjadikan alam sebagai inspirasi, haluan seni dalam setiap foto yang dipamerkan banyak bermain dengan aspek seni melalui penggunaan motif, ikon dan metafora.


Md. Yusoff memberitahu, kebiasaannya Kampung Sekinchan, Selangor menjadi tempat mereka membawa Danial mengambil gambar.


"Di situ banyak burung-burung dan sawah padi. Selain itu, saya akan bawa Danial ambil gambar dekat kampung saya iaitu Kampung Sri Kendong, Negeri Sembilan," katanya yang juga memiliki seorang anak lelaki yang juga gemar mengambil gambar iaitu Darius Feroz, 2.


Tetapi dakwa Md. Yusoff, Darius masih belum pandai mengambil gambar yang cantik. Si bapa ini berseloroh, buat masa ini Darius tahu mengangkat dan menekan punat kamera sahaja.


Danial yang sememangnya petah bercakap pernah bertanya dengan Azmatul kenapa kadangkala gambar yang diambilnya tidak cantik. Dia memberitahu kameranya sudah rosak. Walhal, gambar yang diambilnya itu kabur gara-gara getaran tangan.


Akhirnya, Azmatul membeli Danial tripod untuk memudahkannya mengambil gambar. Azmatul menambah, kini Danial sudah pandai menentukan aperture dan kelajuan shutter dengan sendiri.



ALIMUDDIN (kanan) melahirkan rasa kagum dengan daya kreativiti kanak-kanak berusia tujuh tahun itu.


Memetik kata Alimuddin yang berharap Danial akan menjadi inspirasi kepada pelajar lain melalui pameran fotografi tersebut, banyak yang boleh disimpulkan.


Bukan sahaja contoh buat kanak-kanak, malah ia menjadi iktibar kepada golongan ibu bapa. Pemupukan intelek, bakat dan minat terhadap aktiviti yang berfaedah memang perlu dimulakan pada usia muda.


"Satu hari nanti saya nak jadi jurugambar yang hebat," kata Danial yang nyata memandang jauh soal impian dan cita-cita.



Kosmo!



============================


Lawak la pulak







Teruskan membaca..

Monday, February 22, 2010

Pentingnya Ilmu Pengetahuan






KEUTAMAAN ILMU PENGETAHUAN




Di dalam al-Quran al-Karim terdapat banyak sekali ayat-ayat yang menunjukkan kepada keutamaannya ilmu pengetahuan itu. Di antaranya ialah: “Allah telah menyaksikan bahawasanya tiada Tuhan melainkan Dia jua, begitu pula para Malaikat dan para ahli ilmu pengetahuan turut menyaksikan sama, iaitu Tuhan yang berdiri di atas keadilan.” (QS Ali-Imran: 18)



Perhatikanlah pada ayat yang tersebut di atas itu, bagaimana Allah SWT telah memulakan penyaksian itu dengan diriNya sendiri, keduanya dengan para Malaikat dan sesudah itu dengan para ahli ilmu pengetahuan. Itu saja sudah cukup untuk membuktikan, betapa tingginya keutamaan ilmu pengetahuan dan kelebihannya.



Allah berfirman pula: “Allah telah mengangkat orang-orang yang beriman dari golongan kamu, dan begitu pula orang-orang yang dikurniai ilmu pengetahuan beberapa darjat.” (QS Al-Mujadalah: 11)



Katakanlah: Tiada serupa orang-orang yang berilmu pengetahuan dengan orang-orang yang tiada berilmu pengetahuan.” (QS Az-Zumar: 9)



Hanyasanya orang yang takut kepada Allah dari golongan hamba-hambaNya itu, ialah orang-orang yang berilmu pengetahuan.” (QS Fatir: 28)



Andaikata mereka mengembalikannya (berita itu) kepada Rasul dan kepada orang-orang yang memegang urusan pemerintahan diantara mereka, tentulah halnya telah dimengerti oleh orang-orang yang menelitinya dalam golongan mereka itu”. (QS An-Nisa’: 83).



Jadi hukum mengenai perkara-perkara yang berlaku itu harus dikembalikan kepada kebijaksanaan orang-orang yang berilmu pengetahuan, kerana martabat mereka ditingkatkan dengan martabat para Nabi dalam menyingkap hukum-hukum Allah s.w.t.



Adapun Hadis-hadis yang berkenaan dengan keutamaan ilmu pengetahuan ada banyak juga, seperti: "Siapa yang dikehendaki baik oleh Allah s.w.t., maka Allah akan meluaskan pengetahuannya dalam hukum-hukum agama dan akan diilhamkanNya petunjuk di dalamnya."




Para ulama itu adalah warisan para Nabi”. Tentulah tiada martabat yang lebih tinggi dari martabat kenabian, dan tiada kemuliaan yang lebih utama dari kemuliaan mewarisi martabat itu. Rasulullah SAW bersabda: “Apabila datang kepadaku satu hari, sedang pada hari itu aku tiada bertambah ilmu pengetahuan untuk mendekatkan diriku kepada Allah azzawajalla, maka tiada akan diberkati bagiku terbitnya matahari hari itu.”



Sabda Rasulullah SAW dalam menentukan kelebihan ilmu pengetahuan atas segala rupa ibadat dan penyaksian, katanya: “Keutamaan seorang yang berilmu pengetahuan ke atas seorang yang banyak ibadatnya, laksana keutamaanku ke atas serendah-rendah orang dari golongan sahabatku.”



Cubalah perhatikan, betapa itmu pengetahuan itu dipersamakan seiring dengan darjat kenabian, dan betapa pula direndahkan martabat sesuatu amalan yang sunyi dari ilmu pengetahuan, sekalipun orang yang beribadat itu cukup mengetahui dengan ibadat yang ia lakukan itu sehari-harian, kerana kiranya ibadat itu ditunaikan tanpa ilmu pengetahuan, tentulah ianya tidak boleh dinamakan ibadat.



Rasulullah SAW bersabda lagi: “Kelebihan seorang alim atas seorang 'abid, laksana kelebihan bulan purnama ke atas seluruh bintang-gemintang.”



Di antara wasiat Luqman al-Hakim terhadap anaknya ialah: "Wahai anakku! Pergauilah para alim-ulama dan rapatilah mereka dengan kedua lututmu, sebab Allah SWT menghidupkan hati dengan nur (cahaya) hikmat, sebagaimana Dia menghidupkan bumi dengan hujan lebat dari langit."



KEUTAMAAN BELAJAR


Adapun ayat-ayat al-Quran yang berhubung dengan keutamaan belajar itu, di antaranya ialah: “Mengapa tidak ada sekelompok pun dari setiap golongan mereka itu yang berangkat untuk menambah ilmu pengetahuan agama.” (QS At-Taubah: 122)



Maka tanyakanlah para ahli ilmu pengetahuan, kiranya kamu tiada mengerti.” (QS An-Nahl: 43)



Sabda Rasulullah SAW: “Barangsiapa menempuh suatu jalan untuk menuntut ilmu pengetahuan, maka Allah SWT akan melorongkan baginya jalan ke syurga.”



Andaikata anda berangkat untuk mempelajari suatu bab dari ilmu pemgetahuan, adalah lebih utama dari anda bersembahyang seratus rakaat.”



Menuntut ilmu adalah wajib di atas setiap orang Muslim.”



Abu Darda’ berkata: "Kiranya saya dapat mempelajari suatu masalah, itu adalah lebih saya cinta daripada saya bangun beribadat sepanjang malam." "Orang alim dan orang yang menuntut ilmu itu, adalah dua orang yang berkongsi dalam kebaikan. Sementara orang-orang selain keduanya adalah sesia belaka. Tiada bangun sama sekali."



Imam Syafi’i r.a. berkata pula: "Menuntut ilmu itu lebih utama dari sembahyang sunnat."



Berkata Fatah al-Maushili rahimahullah: "Bukankah si pesakit itu bila tidak diberikan makan atau minum ubat, ia akan mati!" Orang ramai menjawab: "Benar katamu!" Dia berkata pula: "Demikian pulalah sifatnya hati, kiranya ia tidak diberikan hikmat dan ilmu pengetahuan selama tiga hari saja, akan matilah ia."



Sungguh tepat sekali ucapan Fatah al-Maushili itu, kerana makanan hati ialah ilmu pengetahuan dan hikmat, dan dengan kedua benda itulah ia boleh hidup, sebagaimana tubuh badan itu hidup dengan makanan, Seorang yang tiada mempunyai ilmu pengetahuan, hatinya menjadi sakit dan kematiannya sudah pasti. Akan tetapi ia tidak akan merasakan yang demikian itu, kerana kecintaannya kepada dunia dan kesibukannya tentang dunia itu akan melenyapkan perasaannya. Kita berlindung dengan Allah pada hari di mana segala tabir akan tersingkap. Sesungguhnya manusia itu sedang nyenyak dalam tidurnya, nanti ia bila mati akan tersedar.



Berkata Ibnu Mas’ud r.a.: "Hendaklah kamu mencari ilmu pengetahuan sebelum ianya terangkat, dan terangkatnya ilmu pengetahuan itu dengan kematian ahli-ahlinya. Seseorang kamu tiada dilahirkan sebagai orang yang sudah pandai. Jadi ilmu pengetahuan itu akan dicapai hanya dengan belajar."



KEUTAMAAN MENGAJAR


Ayat-ayat al-Quran mengenai keutamaan mengajar ini, ialah di antaranya firman Allah Ta’ala: “Hendaklah mereka memberikan peringatan kepada kaumnya, apabila telah kembali kepada mereka nanti, moga-moga mereka berhati-hati.” (QS At-Taubah: 122) Maksudnya ialah memperingatkan mereka itu dengan pelajaran dan petunjuk yang diperolehinya.



Dan di waktu Tuhan mengambil janji orang-orang yang diberikan olehnya kitab; iaitu hendaklah kamu sekalian menerangkan perkara-perkara yang tersebut di dalam kitab itu, dan jangan sampai kamu menyembunyikannya.” (QS Ali-Imran: 187) Maksudnya ialah mewajibkan orang yang berilmu itu menyebarkan ilmunya dengan mengajar.



Ada sebahagian dari mereka itu yang menyembunyikan kebenaran, sedangkan mereka itu mengetahui (hukumnya).” (al-Baqarah: 146) Maksudnya menghukumkan salah atau haram orang yang menyembunyikan ilmu pengetahuanya, sebagaimana dihukumkan haram pula orang yang menyembunyikan penyaksiannya.



Firman Allah Ta’ala: “Barangsiapa menyembunyikannya (penyaksian), maka berdosalah hatinya.” (QS Al-Baqarah: 283)



Siapakah orang yang lebih baik ucapannya daripada orang yang menyeru kepada Allah dan berbuat kebaikan.” (QS Fushshilat: 32)



Allah berfirman lagi: “Serulah ke jalan Tuhanmu dengan kebijaksanaan dan nasihat yang baik.” (QS An-Nahl: 125)



Dan dia mengajarkan kepada mereka (kandungan) kitab dan kebijaksanaan.” (QS Al-Baqarah: 151)



Adapun Hadis-hadis yang menunjukkan tentang keutamaan mengajar, umpamanya pesanan baginda Rasulullah SAW ketika mengirim Mu’az ke Yaman, bunyinya: “Andaikata Allah SWT memberikan hidayat kepada seorang dari hasil usahamu, adalah lebih baik bagimu dari dunia dan seisinya.”



Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa yang mengetahui sesuatu ilmu lalu disembunyikannya, niscaya di Hari Kiamat nanti, ia akan dikekang oleh Allah s.w.t. dengan tali kekang dari api neraka.”



Sesungguhnya Allah SWT dan para MalaikatNya, begitu juga penghuni langit dan buminya, sehingga semut yang berada di lubangnya dan ikan yang di lautan, semuanya memohon rahmat bagi orang yang mengajarkan kebaikan kepada orang ramai.”



Apabila seorang anak Adam meninggal dunia, maka terputuslah amalannya melainkan dalam tiga perkara: iaitu sedekah jariah (yang berterusan), ilmu yang dimanfaatkan dan anak yang saleh yang mendoakan baginya.”



Orang yang menunjuk ke jalan kebaikan sama seperti mengerjakan baginya.”



Ada satu sabda lagi berbunyi: "Moga-moga Allah mencucurkan rahmatNya ke atas Khalifah-khalifahku." Baginda lalu ditanya: "Siapakah mereka khalifah-khalifahmu?" Rasulullah SAW bersabda lagi: "Mereka itu adalah orang-orang yang menghidupkan sunnatku serta mengajarkannya kepada hamba-hamba Allah."



Dari atsar pula, apa yang diriwayatkan dari Mua’z, katanya: "Pelajarilah ilmu pengetahuan, sebab mempelajarinya kerana Allah adalah tanda takut kepadaNya, menuntutnya adalah ibadat, menelaahnya adalah tasbih, mencarinya adalah jihad, mengajarkannya kepada orang yang belum mengetahui adalah sedekah, memberikannya kepada ahlinya adalah kebaktian. Dialah kawan dalam masa kesepian dan teman dalam masa kesunyian. Dialah petunjuk jalan kepada agama, dan pendorong kesabaran dalam masa kepayahan dan kesempatan."



Allah mengangkat setengah-setengah kamu kerana ilmu pengetahuannya, maka dijadikannya pemimpin, penghulu dan penunjuk jalan kebaikan yang diikut oleh orang ramai. Orang yang berilmu pengetahuan itu juga menjadi model utama dalam amalan kebajikan, dicontohi segala jejak-langkahnya, dan dituruti segala kelakuannya.



Dengan ilmu pengetahuan seorang hamba itu akan sampai ke peringkat orang-orang yang terpuji ketaatannya dan tertinggi kedudukannya. Memikirkan perihal ilmu pengetahuan setanding pahalanya dengan berpuasa, dan menelaahnya setanding pahalanya dengan bangun beribadat di tengah malam. Dengan ilmu pengetahuanlah manusia mentaati Allah Azzawajalla, memperhambakan diri kepadaNya, MengEsakanNya dan membesarkanNya..



Dengan ilmu pengetahuan juga manusia boleh mencapai darjat kewajiban kewara’an, dan dengannya pula manusia menyambung silaturrahim. Dengan ilmu pengetahuan juga, ia akan mengenal yang halal dan yang haram. Ilmu pengetahuan itu adalah diumpamakan sebagai pembimbing, manakala amalan pula menjadi pengikutnya, dan berbahagialah orang yang menerima ilham dari ilmu pengetahuan, dan celakalah orang yang terhalang dari ilmu pengetahuan.



Berkata al-Hasan r.a.: "Kalaulah tidak kerana para ulama, niscayalah manusia sekaliannya sama seperti binatang." Maksudnya dengan adanya para ulama yang mengajar manusia terkeluarlah mereka dari peringkat-peringkat kebinatangan dan memasuki peringkat kemanusiaan.



ILMU YANG FARDHU 'AIN


Bersabda Rasulullah SAW: “Menuntut ilmu itu adalah wajib atas setiap Muslim.”



1. Ilmu Tauhid


Termasuk ilmu yang dikatakan fardhu ‘ain itu, ialah ilmu pengetahuan yang bakal mengenalkan asas tauhid (MengEsakan Allah) yang dengannya pula dapat diketahui Zat Allah Ta’ala dan sifat-sifatNya.



2. Ilmu Feqah


Termasuk fardhu ‘ain juga ilmu pengetahuan yang dengannya dapat dituntut cara-cara beribadat, dibedakan antara yang halal dan yang haram, dan mana satu yang dilarang oleh agama, dan mana yang pula yang dibolehkan dalam urusan agama, dan mana pula yang dibolehkan dalam urusan hidup sehari-hari.



3. Ilmu Tasauf


Termasuk juga ilmu yang fardhu ‘ain ialah ilmu yang mengenalkan hal-ehwal hati, mengenai sifat-sifatnya yang terpuji, seperti bersabar, bersyukur, bermurah hati, berakhlak tinggi, bergaul baik, berkata benar dan ikhlas. Begitu juga dengan sifat-sifatnya yang terkeji, seperti balas-dendam, dengki, menipu, meninggi diri, riya’, marah berseteru, membenci dan kikir. Maka mengetahui apa-apa yang harus dilakukan dari sifat-sifat yang pertama dan apa-apa yang harus ditinggalkan dari sifat-sifat yang kedua itu adalah fardhu ‘ain. Seperti mana hukumnya membersihkan hal-hal mengenai kepercayaan, ibadat atau mu’amalat.





(Petikan: Kitab 'Bimbingan Mukmin' oleh Hujjatul Islam, Imam Al-Ghazali)





Teruskan membaca..

JANGAN MEMBELAKANGKAN IBU BAPA



"KUALA LUMPUR: Ghairah mahu menikmati hidup bersuami isteri selepas bertemu kekasih ketika sama-sama menuntut di menara gading, namun pada masa sama tidak mahu perbuatan itu diketahui ibu bapa mendorong segelintir pelajar di sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) ternama di pinggir ibu negara terjerumus dengan amalan ‘pernikahan dalam dorm (asrama)’.
Perkahwinan adalah fitrah manusia, namun amalan di kalangan mahasiswa terbabit nyata meragukan apabila upacara pernikahan pasangan pengantin terbabit hanya disempurnakan sesama rakan sekuliah selaku kadi, wali dan saksi - tidak ubah seperti pernikahan koboi. Seperti pasangan normal, kumpulan terbabit juga mempunyai kadi yang menikahkan pasangan berkenaan secara berjabat tangan dengan pengantin lelaki sebelum diperakui sebagai sah oleh saksi. Cuma yang berbeza ia dilakukan pada waktu malam dan semua yang hadir hanya rakan sekuliah.

Sehingga kini, tujuh pasangan di IPTA berkenaan dikesan melangsungkan pernikahan yang didakwa mereka sah dan halal mengikut mazhab dianuti, sedangkan umat Islam di negara ini berpegang kepada Mazhab Syafie yang mengamalkan cara pernikahan berbeza.

Selepas berlangsung majlis akad nikah di asrama lelaki dalam kampus IPTA berkenaan, ‘pasangan pengantin’ baru dibenarkan menjalani kehidupan sebagaimana suami isteri yang diijabkabulkan mengikut amalan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Bagaimanapun, kegiatan songsang itu akhirnya terbongkar apabila satu daripada pasangan yang bernikah mengikut kaedah meragukan itu menemui Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Sahabat Insan dan Iman Malaysia (Sidim), Hanafi Abdul Malek, untuk mendapatkan pandangan.


Sarat mengandung bayi hasil pernikahan itu, gadis berusia 23 tahun berkenaan serta pasangannya berusia sebaya menemui Hanafi kerana tidak sanggup lagi menyorokkan perkahwinan mereka daripada pengetahuan ibu bapa.

“Saya didatangi pasangan terbabit baru-baru ini. Saya ingatkan mereka mungkin datang kerana terjebak masalah sosial, tapi alangkah terkejut apabila mereka mendakwa berkahwin di asrama lelaki IPTA berkenaan.

“Kadi, wali, saksi dan tetamu semuanya terdiri pelajar. Mereka mendakwa menganut mazhab yang membenarkan perkahwinan dengan cara sedemikian.

“Semua kes pernikahan itu tidak diketahui ibu bapa pasangan terbabit. Pelajar berkenaan yakin pernikahan itu sah semata-mata dengan alasan mereka mempelajari segala hukum-hakam dalam mazhab berkenaan yang membolehkan upacara pernikahan pelik itu dijalankan,” kata Hanafi ketika ditemui di pejabatnya di sini, baru-baru ini.

Menurutnya, berdasarkan pengakuan pasangan terbabit, mereka yang mendakwa sudah ‘sah’ sebagai suami isteri menyewa tempat tinggal sama ada rumah atau bilik di luar kampus universiti sejurus majlis akad nikah disempurnakan bagi mengelakkan pernikahan diketahui pihak pentadbiran universiti.

Katanya, pasangan berkenaan memaklumkan, setakat ini tujuh pasangan ‘suami isteri’ di kalangan pelajar yang bernikah mengikut amalan mazhab berkenaan, menyewa kediaman yang diubah suai dan dipecahkan menjadi beberapa bilik di kawasan penempatan tidak jauh dari universiti itu.

“Kemungkinan jumlah pasangan yang melakukan pernikahan pelik di asrama lelaki di universiti itu lebih daripada yang diketahui.

“Malah, mungkin juga fahaman yang dipegang mereka turut membabitkan pelajar universiti lain di negara ini,” katanya.

Hanafi berkata, kegiatan yang semakin mendapat sambutan itu perlu dibanteras segera bagi mengelak lebih ramai pelajar pusat pengajian tinggi mengambil jalan mudah untuk merasai dunia bersuami isteri dengan mengenepikan hukum syarak dan pihak keluarga.

“Lebih memburukkan keadaan jika kegiatan mereka tersebar kepada pelajar yang cetek ilmu agama. Pemikiran golongan pelajar ini lebih mudah dipengaruhi walaupun secara terang-terangan ‘pernikahan mahzab lain’ menyalahi hukum.

Menurutnya, Sidim mengadakan sesi kaunseling kepada pasangan terbabit dengan menasihatkan mereka tidak membelakangkan ibu bapa dalam segala hal terutama membabitkan pemilihan pasangan hidup.

“Saya nasihatkan remaja khususnya pelajar universiti tidak membuat keputusan terburu-buru dan terjebak dengan pujukan segelintir rakan mereka yang kononnya dianggap bijak. Ingatlah keredaan Ilahi bersangkut paut dengan keredaan ibu bapa,” katanya.

Sumber :
http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=News&file=article&sid=2651
Teruskan membaca..

Sunday, February 21, 2010

Setiap pelajar wajib sertai satu jenis sukan


[clown_1.gif]
[clown_2.gif]

BANDAR JENGKA, 21 Feb. — Semua pelajar sekolah rendah dan menengah akan diwajibkan menyertai satu jenis sukan mulai tahun depan, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, sebuah jawatankuasa sementara juga akan ditubuhkan bagi mengkaji untuk memberikan kredit kepada pelajar yang menyertai sukan.

Kajian untuk memberikan kredit atau markah kepada pelajar yang terbabit sukan adalah bagi mengubah persepsi ibu bapa yang sebelum ini melihat aktiviti sukan tidak memberi makna, sebaliknya lebih menekankan pencapaian akademik anak-anak mereka, katanya.

"Efektif tahun depan, tahun ini kita akan buat apa yang patut dahulu, sebab pihak sekolah perlu menyusun kembali jadual sedia ada,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan penutupan Konvensyen Umno Pahang di sini, hari ini.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran menjelaskan, sebenarnya penyertaan pelajar dalam sukan telah diwajibkan dalam kokurikulum sebelum ini cuma tidak diberikan penekanan. - Bernama

====================

Majulah Sukan Untuk Negara

Kegemilangan Sukan Sekolah Akan Dikembalikan, Kata Muhyiddin


(Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu kegemilangan sukan dikembalikan ke sekolah-sekolah memandangkan ia adalah institusi utama mengembangkan bakat sukan di peringkat akar umbi.

"Sudah hampir 10 atau 20 tahun sukan di sekolah tidak diutamakan, apa sebabnya tidak diketahui. Sehinggakan di sekolah-sekolah, sukan bukan sesuatu yang dibanggakan berbanding zaman saya muda dulu.


"Ketika itu, sukan suatu yang kita pandang sebagai acara yang menceriakan dan menyeronokkan. Saya telah buat keputusan untuk kembalikan semula kegemilangan sukan di sekolah kerana pembangunan sukan negara bermula di sekolah," katanya.


Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyampaikan Anugerah SAM-100Plus 2009 anjuran Persatuan Penulis-penulis Sukan Malaysia (SAM) di sini, Sabtu.


Sehubungan itu, Muhyiddin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Mengenai Sukan, menggariskan lima unsur penting untuk dilaksanakan bagi merealisasikan hasrat tersebut.


Antaranya, beliau telah mengarahkan Bahagian Seni, Sukan dan Ko- Kurikulum di Kementerian Pelajaran supaya dirombak dan meletakkan sukan berasingan daripada yang lain.


"Kita akan wujudkan pegawai atau pengarah tertentu yang akan ditetapkan untuk menjaga pembangunan sukan di sekolah," katanya.


Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata kurikulum berhubung sukan juga perlu dikaji semula bagi menyesuaikan waktu ia dilaksanakan supaya tidak menjejaskan pembangunan akademik pelajar.


"Apa yang ada sekarang ini, sukan ialah untuk beberapa bulan sahaja terutama dua tiga bulan pertama sesi persekolahan dan selepas itu tidak ada lagi. Adakalanya, ibu bapa sendiri pun tidak mengetahui bahawa sukan sekolah sudahpun dijalankan. Ini bukan caranya," katanya.


Selain itu, Muhyiddin berkata guru terlatih dalam bidang sukan juga akan diperbanyakkan serta pembangunan infrastruktur juga akan diberikan perhatian. "Kita perlukan tenaga pelatih yang terlatih. Ini (guru terlatih) boleh dikatakan tidak banyak... ada guru biasa pun dilantik sebagai guru sukan," katanya.


Beliau berkata peruntukan Kementerian Pelajaran berjumlah RM89 juta untuk aktiviti sukan dan kokurikulum di sekolah-sekolah yang diumumkan pada 4 Feb lepas masih belum mencukupi untuk merealisasikan program yang dirancang.


"Jumlah itu mungkin kita akan tetapkan semula. Untuk RMK-10, saya sudah beritahu sebelum ini, kita akan perkukuhkan Bahagian Sukan dan kita tambah peruntukan untuk lima tahun akan datang. Jumlahnya belum kita tetapkan lagi, masih dalam peringkat perancangan," katanya.


Muhyiddin berkata usaha yang hendak dilaksanakan itu memerlukan masa untuk direalisasikan dan hasilnya tidak dapat dituai dalam masa terdekat.


-- BERNAMA

====================

'Jangan terlalu mengejar prestij'


MUHYIDDIN (tengah) menyampaikan replika cek kepada jurulatih skuad bola sepak kebangsaan, K. Rajagobal (dua dari kiri) pada majlis Anugerah SAM-100Plus 2009 di Hotel Hilton, Petaling Jaya semalam. Skuad bola sepak negara meraih anugerah khas hasil kejayaan memenangi pingat emas pada Sukan SEA 2009 di Laos.


PEMIMPIN persatuan sukan diingat supaya tidak terlalu mengejar prestij sehingga mengabaikan pembangunan sukan dan atlet.

Peringatan itu dikeluarkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada sidang media selepas menyampaikan Anugerah SAM-100Plus 2009 anjuran Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) di Hotel Hilton, Petaling Jaya semalam.

"Sesetengah pemimpin sukan melihat kedudukan mereka dalam persatuan-persatuan sukan tertentu sebagai batu loncatan dan mengharapkan faedah untuk diri sendiri... dapat pergi makan angin, dapat duduk di hadapan sebagai presiden.

"Tetapi jangan sampai bila kita mahukan prestij itu dan kedudukan kita dihormati, kita langgar prinsip-prinsip semangat kesukanan dan akhirnya yang rugi ialah sukan negara," tegas beliau.

Beliau juga meminta amalan politiking dalam persatuan perlu dihentikan segera kerana pembangunan sukan yang dirancang akan terus dikaburi dengan permasalahan yang timbul.

"Masalah politik dalam persatuan sukan sudah wujud sejak lama dulu. Zaman saya dulu pun (ketika menjadi Menteri Belia dan Sukan), saya banyak berhadapan dengan banyak persatuan sukan yang menghadapi masalah kepimpinan.

"Kalau soal pokok ialah bukan masalah kepimpinan tetapi persoalan untuk memajukan sukan, maka tak perlu ada perebutan jawatan," katanya.

Muhyiddin berkata, Akta Pembangunan Sukan sedia ada sekarang tidak dapat menyelesaikan semua permasalahan berhubung isu sukan selagi pemimpin persatuan masih lagi wujud amalan politiking.

"Apa yang kita lihat sekarang yang menjadi mangsa ialah sukan dan atlet. Soal pokok kini ialah pemimpin perlu ada disiplin, nilai kepimpinan, akhlak, persefahaman dan bertolak ansur," katanya.

Akibat daripada itu, beliau berkata, banyak bakat baru sukan tidak dapat diketengahkan.

Terdahulu, dalam ucapannya Muhyiddin berkata, pemimpin sukan perlu mengurangkan amalan politiking dalam persatuan, sebaliknya memberi tumpuan penuh kepada usaha memaksimumkan peningkatan tahap atlet supaya mampu menggegar pentas dunia.

KOSMO!


Teruskan membaca..

Jika Kita Ingat Kita Susah, Ada Orang Yang Lebih Susah Dari Kita. Jika Kita Ingat Kita Senang, Ada Orang Yang Lebih Senang Dari Kita.




Benar .. Tuhan itu Maha Adil .. Maha Bijaksana ... Maha Penyayang .... oleh itu warga Indonesia seharuslah menjalani muhasabah diri serta insaf - malah disarankan juga menghindarkan diri daripada perbuatan yang mendatangkan AMARAH kepada Tuhan/ALLAH.

Itulah resolusi setelah saya menatap beberapa cerita dan kesedihan yang dialami oleh warga Indonesia .. moga anda terus bersabar menghadapi dugaan ini ...

CIAMIS,(PRLM).- Pertama kali melihat Eso Karso (56) warga Dusun Karangpucung RT 15 Rw 6 Desa/Kec. Cijeungjing, Kab. Ciamis pasti kaget dan ngeri. Seluruh tubuhnya dipenuhi benjolan, mulai dari bagian dada, telapak tangan, punggung, kepala, kaki dan wajahnya tertutup oleh benjolan yang sangat mengerikan.

Bagian mata sebelah kanan juga sudah tertutup benjolan, sehingga sejak beberapa tahun yang lalu suami dari Onah (55) sudah tidak bisa lagi melihat. Eso mengungkapkan benjolan dengan berbagai ukuran tersebut sering terasa gatal dan senut-senut. Tidak tahan dengan gatal dan rasa sakit, dia menggaruk keras benjolan hingga mengeluarkan darah.

"Rasana senut-senut, lebih sering gatal. Kalau digaruk keras, bahkan sampai berdarah serta kulitnya terkelupas mirip kulit bawang. Terus terang saya hanya bisa pasrah. Mungkin hanya keajaiban saja yang bisa menyembuhkan," ungkap Eso ketika ditemui di rumahnya yang sederhana.

Eso yang ayah dari dua anak yakni Kholis (24) yang sekarang menjadikuli bangunan di Tangerang dan Rina bekerja di sebuah rumah makan, mengungkapkan seluruh hartanya sudah habis untuk biaya pengobatan. Untuk memenuhi kehidupan sehari-hari, dia hanya mengandalkan pemberian putrinya.

Dengan kondisinya yang menyeramkan itu, Eso juga mengaku pasrah dan tidak bisa lagi bekerja. Bahkan dia hanya sesekali keluar rumah apabila perlu. Sedangkan sebagian besar hidupnya ada di dalam rumah.

"Untuk berjalan kadang juga susah, badan rasanya berat sekali. Jadi ya sekarang tidak bekerja. Saya juga menyadari keadaan yang saya idap ini," katanya seraya memperlihatkan benjolan besar di bawah sikunya.


Sumber : http://mejabulatku.blogspot.com/2010/02/kenapa-warga-indonesia-sering-dilanda.html





p/s : Jika Kita Ingat Kita Susah, Ada Orang Yang Lebih Susah Dari Kita. Jika Kita Ingat Kita Senang, Ada Orang Yang Lebih Senang Dari Kita.

Justeru itu,

BERSYUKURLAH APA YANG ADA PADA KITA HARI INI.




Teruskan membaca..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...