Sahabat Maya :

Saturday, January 4, 2014

..apa yang saya baca hari ini..:)



http://4.bp.blogspot.com/-gnpHLXmgJgM/UAwB-UoqcMI/AAAAAAAADes/4sBa-_k8nFk/s1600/muslimah+4.jpg









    Kemahiran pemujukan merupakan salah satu komponen yang terkandung dalam kemahiran antara perorangan.  Antara kemahiran perorangan ialah kemahiran memujuk,kemahiran membimbing serta kemahiran membimbing.







 







    Peranan Kemahiran Memujuk kepada kita amat penting kerana  pemujukan mampu untuk mempengaruhi orang lain untuk mempercayai kita.  Kita seringkali mendengar kemahiran pemujukan ( persuasif ) ini terutamanya yang melibatkan urusan jual beli.









Antara lain ialah iklan itu sendiri sudah menunjukkan cubaan penjual untuk mempengaruhi pengguna.Tujuan utama pemujukan ialah untuk mempengaruhi pendapat dan reaksi seseorang.Selain melalui lisan,kemahiran pemujukan boleh dilakukan dalam pelbagai bentuk seperti dalam blog,facebook mahupun e-mail.













Dalam kemahiran pemujukan ini,suasana persekitaran amatlah penting,oleh sebab itulah seseorang yang ingin menggunakan kemahiran pemujukan perlu melihat keadaan samada sesuai atau tidak kita menggunakan kaedah ini.






Secara mudahnya,kemahiran pemujukan jarang memberi implikasi negatif sekiranya penggunaanya dilakukan secara betul.Contoh kemahiran pemujukan ialah,apabila seseorang penceramah memberikan penerangan tentang dadah maka itu adalah penerangan tetapi apabila penceramah meminta untuk kita menjauhi dadah maka itu adalah pemujukan.


 



   Teknik pemujukan ini berlaku hampir di semua bidang samada dalam bidang pengiklanan,rumah tangga,mahupun dalam bidang politik.






Dalam bidang pengiklanan sebagaimana yang dijelaskan tadi,ia bertujuan untuk mendorong pengguna untuk membeli barangann yang diiklankan.Dalam proses pengiklanan ini,tidak semua barangan yang ditawar sama sebagaimana yang diiklan kerana tujuan pemujukan melalui iklan ini hanyalah untuk melariskan jualan semata-mata.
















Manakala kemahiran pemujukan dalam intitusi kekeluargaan pula berlaku apabila anak atau isteri merajuk.Biasanya si ibu akan menggunakan kemahiran pemujukan bagi memujuk anak yang sedang menangis.











Biasanya bagi kemahiran pemujukan ini,banyak kata-kata manis ditabur bagi menyedapkan hati.Begitulah juga si suami akan menggunaakn kemahiran pemujukan apabila si isteri merajuk.  Dalam kaedah ini juga, si pemujuk biasanya tidak akan menggunakan kata-kata yang kasar kerana ini boleh menyebabkan semakin kuat merajuk.  





Pemujukan ini boleh berlaku dalam kaedah memujuk ataupun dalam kaedah mengancam.  Contohnya jika isteri merajuk  bagi memujuknya ada sesetengah suami mengugut untuk berkahwin lain yang semestinya akan menyebabkan si isteri tadi berhenti dari merajuk. 





 




 Bagi ahli politik pula,kemahiran memujuk amat penting.  Ini kerana kaedah memujuk ini akan menarik sokongan kepada ahli politik berkenaan.  Kemahiran Pemujukan dalam kalangan ahli politik banyak berlaku semasa pilihanraya.  Banyak janji-janji manis ditabur kepada pengundi dengan hanya satu tujuan yang nyata iaitu bagi menarik sokongan pengundi untuk mengundinya.







 








    Kaedah pemujukan amat penting
 
 dalam kehidupan bermasyarakat.  

Pelbagai laras bahasa digunakan 

dalam kaedah pemujukan ini. 
 
  Kemahiran pemujukan ini 

dikatakan berkait rapat dengan 

Bidang komunikasi dan juga 

Linguistik.

Bahasa yang baik dan dengan
 
 cara yang betul penggunaanya
 
 akan mampu  untuk diakui oleh dunia. 
 
 Selain perkara yang dinyatakan di atas, 
 
 pemujukan juga bertujuan untuk
 
 memujuk pembaca, pendengar atau penerima
 
 komunikasi untuk berbuat sesuatu
 
 yang diharapkan oleh pemujuk.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...