Photobucket

Sahabat Maya :

Sunday, October 19, 2014

APLIKASI KOMPUTER DALAM BAHASA MELAYU (Esei Ilmiah & Forum UPSI)






PPG PJJ 
SEMESTER 1 SESI 2014/2015






 APLIKASI KOMPUTER DALAM BAHASA MELAYU


Forum - 10%


1.   Peranan komputer dalam bidang pengajaran dan pembelajaran BM.



2.   Jelaskan ‘papan cerita’ sebagai panduan dalam pembangunan perisian penagajaran dan pembelajaran BM.



3.   Bagaimanakah multimedia menarik perhatian murid dalam pembelajaran?



4.   Jelaskan fungsi pihak pengurusan sekolah untuk menggiatkan penggunaan komputer dalam pengajaran.



5.   Kurikulum pendidikan Bahasa Melayu perlu diselaraskan dengan aspek TMK. Berikan pandangan anda tentang tatacara kurikulum tersebut boleh diselaraskan dengan aspek TMK. 










ARAHAN DAN PERATURAN

 TUGASAN INDIVIDU 20%




VIDEO ‘SET INDUKSI’ 
UNTUK PENGAJARAN PENULISAN KARANGAN 







  1. BANGUNKAN VIDEO ‘SET INDUKSI’ PENGAJARAN PENULISAN KARANGAN JENIS PENDAPAT ATAU FAKTA.



  1. MASA MINIMUM TAYANGAN VIDEO SET INDUKSI IALAH 4 (EMPAT) MINIT.



  1. MASA MAKSIMUM TAYANGAN VIDEO SET INDUKSI IALAH 5 (LIMA) MINIT.



  1. VIDEO SET INDUKSI MESTI BERASASKAN RAKAMAN ASLI OLEH PEMBANGUN.



  1. PENILAIAN VIDEO SET INDUKSI ADALAH PADA ASPEK KREATIF DAN INOVATIF.



  1. SILA BURN CD VIDEO SET INDUKSI.



  1. SILA LABELKAN CD DENGAN MENGGUNAKAN LABEL BERPELEKAT YANG STANDARD YANG BOLEH DIDAPATI DARIPADA PEKEDAI KOMPUTER. JANGAN GUNA LABEL TIDAK STANDARD.



  1. POTONGAN 10% MARKAH JIKA CD TIDAK DILABELKAN ATAU LABEL YANG DIGUNAKAN TIDAK MENGIKUT STANDARD YANG DIKEHENDAKI.



  1. VIDEO SET INDUKSI MESTI DIHANTAR SECARA POS MENGIKUT TARIKH YANG DITETAPKAN OLEH PENYELARAS - RUJUK PENGUMUMAN.



  • Rujuk rubrik tentang aspek Kreatif dan Inovatif dalam portal.
  • Markah 10% ditolak jika masa tayangan video kurang 4 minit.











PENYERAHAN DAN PENILAIAN
 TUGASAN INDIVIDU 30%


              


ARAHAN KEPADA PELAJAR



1.   Tugasan individu ini dibahagikan kepada DUA (2), iaitu Tugasan Bahagian A (10%) dan Tugasan Bahagian B (20%). Jumlah markah ialah 30%.

2.   Tugasan anda mesti ditaip dengan menggunakan saiz fon 12 Times New Roman dan jarak langkau baris ialah 1.5.

3.   Tugasan A perlu ditulis 1500 patah perkataan (maksimum) tidak termasuk rujukan. Tugasan B pula perlu ditulis 2000 patah perkataan (maksimum), juga tidak termasuk rujukan. Bilangan perkataan MESTI dipaparkan di hujung setiap bahagian. Jangan salin soalan dan arahan tugasan dalam jawapan anda.

4.  Anda dikehendaki menghantarkan tugasan SECARA DALAM TALIAN (ON-LINE). Sila rujuk dari semasa ke semasa pada portal tentang arahan serta prosedur penghantaran tugasan anda secara dalam talian (on-line). Anda dinasihatkan supaya menyimpan softcopy tugasan yang diserahkan untuk rujukan sendiri.

5.   Pastikan kedua-dua tugasan dihantar dalam dalam SATU fail softcopy sahaja yang terdiri daripada Bahagian A dan Bahagian B.

6.   Sila rujuk portal tentang tarikh akhir penghantaran tugasan. Serahan selepas tarikh yang ditetapkan TIDAK akan diterima.

7.   Tugasan mesti disiapkan secara individu. Anda dilarang sama sekali meniru atau memplagiat tugasan orang lain sebagai hasil kerja sendiri.







SOALAN TUGASAN BAHAGIAN A (10%)



Bidang multimedia telah banyak berfungsi dalam kurikulum pendidikan negara, apatah lagi yang berkait rapat dengan aspek pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Bidang ini turut mempunyai pelbagai manfaat dalam kurikulum pendidikan negara.  

Daripada pernyataan di atas, berikan pendapat anda tentang perkara-perkara berikut:

i.      TIGA fungsi multimedia dalam kurikulum pendidikan negara.

ii.     TIGA manfaat multimedia dalam kurikulum pendidikan negara. 

Catatan:

i.          Gunakan rujukan yang relevan dan cukup.

ii.          Gunakan bibliografi yang berpandukan gaya APA.


 

PENILAIAN TUGASAN BAHAGIAN A 



Tugasan ini akan menyumbangkan 10% markah kepada kursus tersebut dan akan dinilai dengan berpandukan Rubrik.




PLAGIARISME:

 POTONGAN MARKAH BAGI TUGASAN BAHAGIAN A 


     
Amaran:

Tugasan yang diserahkan secara automatik akan disemak untuk persamaan. Jika plagiarisme dikesan, markah akan dipotong seperti berikut: 

o   Tugasan dengan kandungan 4% - 10% yang sama dengan yang lain: 6% potongan daripada jumlah markah yang diperoleh.

o   Tugasan melebihi kandungan 15% yang sama dengan lain: Markah 0 akan diberikan.
               





SOALAN TUGASAN BAHAGIAN B (20%)


Pada era digital ini, usaha guru mengaplikasikan video dalam pengajaran Bahasa Melayu dianggap sesuatu yang kreatif dan berinovasi. Selaras dengan aspirasi pihak sekolah untuk meningkatkan pencapaian murid dalam Bahasa Melayu, guru wajar dirangsang untuk mengaplikasikan video dalam pengajaran. Usaha ini turut meninggalkan beberapa impak kepada murid daripada pengaplikasian video.  

Daripada pernyataan di atas, anda dikehendaki: 

i.      menjelaskan TIGA cara untuk merangsang guru mengaplikasikan video dalam pengajaran; dan

ii.     menghuraikan TIGA impak kepada murid daripada pengaplikasian video. 

Catatan:

i.          Gunakan rujukan yang sesuai dan cukup.

ii.          Gunakan bibliografi yang berpandukan gaya APA.


PENILAIAN TUGASAN BAHAGIAN B 


Tugasan ini akan menyumbangkan 20% markah kepada kursus tersebut dan akan dinilai dengan berdasarkan Rubrik.




PLAGIARISME:


 POTONGAN MARKAH TUGASAN BAHAGIAN B 


     
Amaran:

 

Tugasan yang diserahkan secara automatik akan disemak untuk persamaan. Jika plagiarisme dikesan, markah akan dipotong seperti berikut: 

o   Tugasan dengan kandungan 6% - 20% yang sama dengan yang lain: 12% potongan daripada jumlah markah yang diperoleh.

o   Tugasan melebihi kandungan 20% yang sama dengan lain: Markah 0 akan diberikan.


Lecture : Khairul Azam Bin Bahari



Penilaian kursus :

 


Penilaian

Markah

Forum Menerusi Portal

10

Pembangunan Video ‘Set Induksi’

20

Penulisan Esei

30

Peperiksaan Akhir

40

Jumlah

100




SELAMAT BERJAYA








                                          








No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...