Photobucket

Sahabat Maya :

Monday, November 4, 2013

470,395 calon duduki SPM tahun ini



470,395 calon 

duduki SPM tahun ini

 

KUALA LUMPUR 29 Okt. - Sebanyak 470,395 calon akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di 3,316 pusat peperiksaan di seluruh negara mulai 6 November hingga 5 Disember.



Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan dalam kenyataan hari ini memberitahu, sebanyak 415,509 calon dari sekolah kerajaan, 8,054 calon (sekolah di bawah agensi kerajaan selain kementerian) dan 8,325 calon (sekolah menengah agama negeri). 



Selain itu, kata kenyataan tersebut, turut menduduki peperiksaan tahun ini ialah 11,261 calon (sekolah swasta yang berdaftar dengan kementerian), 1,389 calon (sekolah menengah agama rakyat) dan 1,389 calon (persendirian).



"Sebanyak 30,863 petugas peperiksaan dilantik bagi memastikan peperiksaan berjalan lancar," kata kenyataan itu.



Lembaga Peperiksaan turut mengingatkan calon untuk merujuk jadual waktu peperiksaan tentang waktu peperiksaan serta arahan dan amaran yang perlu dipatuhi semasa peperiksaan.


 
"Jadual peperiksaan yang telah diedarkan ke sekolah-sekolah boleh dimuat turun melalui laman web Lembaga Peperiksaan di alamat http://www.moe.gov.my/lp.



"Calon turut diingatkan supaya membawa kad pengenalan masing-masing ke pusat peperiksaan bagi memastikan pengurusan dan pengendalian peperiksaan berjalan dengan lancar,'' kata kenyataan berkenaan.











No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...