Photobucket

Sahabat Maya :

Saturday, September 7, 2013

Rombongan pertama jemaah haji Malaysia selamat tiba di Madinah



Rombongan pertama
 jemaah haji Malaysia selamat 
tiba di Madinah




MADINAH: Seramai 350 jemaah rombongan pertama jemaah haji Malaysia selamat tiba di lapangan terbang antarabangsa Putera Mohamed Abdul Aziz di sini kira-kira jam 7 pagi waktu tempatan (12 tengah hari waktu Malaysia). 


Selesai urusan pemeriksaan imigresen dan kastam yang mengambil masa kira-kira sejam, mereka dibawa dengan bas ke hotel penginapan Anwar Al-Madinah Movenpick di sini.
Ketibaan rombongan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur itu disambut oleh Duta Malaysia ke Arab Saudi, Datuk Syed Omar Syed Mohamad Al-Saggaf, Konsul Malaysia di Arab Saudi, Mohd Khalid Abbasi Abdul Razak; Timbalan Ketua Rombongan Haji, Tengku Aziz Raja Abdullah dan Ketua Muassasah Adila, Dr Yusof Ahmad Hawala.



Sementara itu, Syed Omar berkata, kerajaan Arab Saudi menghormati jemaah Malaysia kerana budi perkerti dan disiplin mereka.

"Saya sendiri pernah menghadap Raja Abdullah dan baginda ada memaklumkan jemaah dari Malaysia dihormati kerana akhlak yang baik dan saya ingin menasihatkan jemaah kita supaya terus menjaga nama baik negara dengan mematuhi  sebarang arahan dan peraturan kerajaan Arab Saudi," katanya kepada wartawan Malaysia.

Beliau berkata, jemaah haji kini tidak lagi perlu menunggu lama untuk urusan kastam dan imigresen berikutan pusat perkhidmatan di lapangan terbang di Madinah sudah dikemaskinikan oleh kerajaan Arab Saudi.


Seramai 22,320 jemaah haji dari Malaysia akan tiba secara berperingkat untuk mengerjakan ibadah haji musim ini dan jumlah itu berkurangan sebanyak 20 peratus berbanding tahun sebelumnya ekoran pengurangan kuota oleh kerajaan Arab  Saudi kepada seluruh negara di dunia. - BERNAMA



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...