Sahabat Maya :

Saturday, July 20, 2013

Mengurangkan kesibukan dunia



Mengurangkan kesibukan dunia



BULAN Ramadan merupakan
 waktu terbaik untuk kita mendidik diri
 ke arah kebaikan. Di bulan Ramadan
 kita bukan sahaja diwajibkan
 untuk berpuasa dan mengawal 
hawa nafsu, bahkan turut diseru
 untuk memperbanyakkan
 amalan-amalan sunat. 





Ini bertujuan
 membentuk hati dan rohani 
agar akrab kepada Allah SWT 
 di samping mengejar ganjaran 
yang telah disediakan
 di bulan Ramadan. 





Antara perkara yang
 digalakkan sepanjang Ramadan ialah:





1. Bersahur -
 termasuk salah satu perkara
 yang dituntut di dalam
 bulan Ramadan. Bangun pada
 waktu sahur dan bersahur itu 
merupakan perbuatan yang
 membezakan puasa umat Islam
 dengan puasa penganut agama lain.





Rasulullah SAW bersabda: 


" Sesungguhnya perbezaan 
puasa kita (umat Islam) 
dengan puasa ahli kitab 
(yahudi dan nasrani) 
ialah makan sahur. "



 (riwayat Muslim dan Abu Daud)




Sahur bukan sahaja
 memberikan tenaga untuk kita
 berpuasa di siang hari 
sebaliknya ia mengandungi
 keberkatan baik dari sudut 
waktu sahur dan juga 
perbuatan sahur itu sendiri.




Sabda Rasulullah SAW: 


" Bersahurlah kerana
 dalam sahur itu ada keberkatan."

 (riwayat Al-Bukhari dan Muslim)




2. Banyakkan bersedekah -
 Sedekah merupakan perkara
 yang amat dituntut kepada
 umat Islam. Ia merupakan 
ibadah yang besar ganjarannya 
 di akhirat kelak sebagaimana
 firman Allah SWT:




" Sesungguhnya
 orang-orang lelaki 
yang bersedekah dan
 orang-orang perempuan yang 
 bersedekah serta mereka 
memberikan pinjaman kepada
 Allah sebagai pinjaman
 yang baik (ikhlas), akan 
digandakan balasannya 
(dengan berganda-ganda banyaknya) 
dan mereka pula akan
 beroleh pahala yang mulia. "


(al-Hadid: 18)




Rasulullah SAW merupakan
 contoh terbaik dalam bersedekah.
 Beliau seorang yang begitu dermawan 
lebih-lebih lagi apabila tiba bulan Ramadan. 
Baginda memperbanyakkan sedekahnya
 melebihi bulan lain selain Ramadan.




Daripada Ibnu Abbas RA berkata:


" Rasulullah SAW adalah
 orang yang paling dermawan.
 Dan beliau lebih dermawan lagi
 di bulan Ramadan ketika
 beliau bertemu Jibril. 
Jibril menemuinya setiap malam
 untuk mengajarkan al-Quran. 
Dan kedermawanan Rasulullah SAW
 melebihi angin yang berhembus. "


 (riwayat al-Bukhari)





3. Membaca al-Quran - 
Bulan Ramadan merupakan 
bulan al-Quran. Pada bulan 
inilah al-Quran diturunkan
 kepada Rasulullah sSAW dan
 pada bulan Ramadan juga
 malaikat Jibril akan menemui 
Rasulullah untuk mengajarkan al-Quran.





Baginda akan membaca dan belajar
 al-Quran secara langsung dengan
 Malaikat Jibril pada bulan Ramadan.
 Ibnu Abbas berkata:  




"Jibril menemuinya
 setiap malam (di bulan Ramadan)
 untuk mengajarkan al-Quran. "


(riwayat al-Bukhari) 




Oleh itu, kita diseru
 memperbanyakkan bacaan al-Quran
 pada bulan Ramadan terutama
 pada malam hari kerana waktu itu
 merupakan waktu terbaik untuk 
beribadat di samping kurang
 kesibukan dunia ketika itu.





4. Memberi makan untuk berbuka - 
Selain daripada bersedekah,
 amalan memberi makanan
 kepada orang yang berpuasa untuk 
mereka berbuka puasa amat digalakkan. 
Amalan ini membolehkan pelakunya
 meraih ganjaran yang sama sebagaimana
 orang yang diberikan makanan itu.



Rasulullah SAW bersabda:



 "Barang siapa yang
 memberi makan orang
 yang berbuka, dia akan
 mendapat pahala seperti orang
 yang berpuasa tanpa mengurangi 
pahala orang yang berpuasa
 itu sedikitpun." 

(riwayat Al-Tirmizi dan Ibnu Majah)'




5. Solat di malam Ramadan -
 Solat merupakan medan yang
 menghubungkan seorang 
hamba kepada Allah SWT. 
Digalakkan kepada umat Islam
 untuk menghidupkan malam Ramadan
 dengan ibadah sunat terutama 
 solat malam seperti 
solat sunat terawih, solat taubat,
 qiamullail dan sebagainya. 



Daripada Abu Hurairah berkata; 



" Rasulullah SAW sangat 
menganjurkan untuk
 solat malam Ramadan tanpa
 mewajibkan dan bersabda: 
Barang siapa yang melakukan
 solat malam Ramadan kerana 
keimanan dan mengharap
 pahala daripada Allah, 
nescaya akan diampuni dosa-dosanya
 yang telah lalu. 


(riwayat Muslim dan Al-Tirmizi)



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...