Sahabat Maya :

Friday, November 16, 2012

MSDN penghubung saintis Malaysia seluruh dunia

MSDN penghubung 

saintis Malaysia seluruh dunia

Muhyiddin beramah mesra dengan saintis dan pelajar Malaysia di Gold Coast, semalam. - Foto BERNAMAcaption image 
 Muhyiddin beramah mesra dengan saintis dan pelajar Malaysia di Gold Coast, semalam. - Foto BERNAMAcaption image
 
 
Laporan Bank Dunia menunjukkan kira-kira sejuta rakyat Malaysia tinggal dan bekerja di luar negara termasuk satu pertiga berusia lebih 25 tahun dan memiliki ijazah.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata kira-kira 46 peratus daripada jumlah itu tinggal dan bekerja di Singapura, Australia (12 peratus), Brunei (sembilan peratus), Amerika Syarikat dan Britain (lapan peratus) serta Kanada (tiga peratus).

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, mereka bertugas sebagai profesional dalam sektor ekonomi seperti perbankan, pembinaan, kejuruteraan, perubatan, undang-undang dan teknologi komunikasi maklumat, sebahagian lagi pensyarah atau penyelidik di universiti, manakala selebihnya membuka perniagaan sendiri.


Daripada satu juta diaspora kita di luar negara, kira-kira 120,000 berada di Australia. Kita mahu memanfaatkan kebolehan mereka untuk kepentingan negara, katanya ketika melancarkan Rangkaian Diaspora Saintifik Malaysia (MSDN), di sini, semalam.


Majlis dihadiri kira-kira 100 rakyat Malaysia yang bekerja dan mengikuti pengajian pasca siswazah di Queensland. Hadir sama Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Australia, Datuk Salman Ahmad dan Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Tinggi, Prof Datuk Dr Mohd Rujhan Mustafa.


Muhyiddin berkata, MSDN menjadi medan menghubungkan saintis Malaysia seluruh dunia bagi menggalakkan penyelidikan bersama untuk manfaat negara, berbincang kajian masing-masing dan memberi idea meningkatkan penyelidikan dan pembangunan (R&D) tanah air.


MSDN juga boleh membantu penyelidik muda di dalam dan luar negara kita, menghubungkan penyelidik Malaysia di Australia, penyelidik bukan rakyat kita yang bekerja di Australia dan berminat untuk bekerjasama dengan penyelidik di Malaysia serta penyelidik kita dan bukan rakyat Malaysia yang bekerja di negara kita, katanya.


Sementara itu, Khaled berkata, Malaysia menghantar sejumlah besar rakyat melanjutkan pengajian peringkat pasca siswazah di universiti terkemuka luar negara , sekali gus mendorong penubuhan MSDN oleh kementeriannya bagi membolehkan saintis negara bekerjasama dengan penyelidik seluruh dunia. 
 
Sumber

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...