Sahabat Maya :

Saturday, November 3, 2012

Laksana amanah pupuk integriti

 
Thanks Google :)

Laksana amanah pupuk integriti

Akhlak mulia
 permudah tunai tangggungjawab


Minggu lalu kita berkongsi mengenai iktibar pengorbanan yang boleh dikutip daripada peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim AS, kefarduan haji serta kelebihan ibadat dalam bulan Zulhijah. Semuanya dijadikan sumber pembakar semangat dan alat penggerak dalam setiap tindakan.




Namun, perlu juga diingatkan bahawa pengorbanan itu mestilah bertitik tolak daripada satu ciri akhlak yang unggul iaitu amanah, perkataan yang sangat mendalam maknanya, banyak manfaatnya kepada manusia serta tinggi keistimewaannya di sisi Islam.




Firman Allah SWT:




“Sesungguhnya Allah
menyuruh kamu menyampaikan 
amanah kepada yang berhak menerimanya, 
dan (menyuruh kamu) apabila 
menetapkan hukum di antara 
manusia supaya kamu
menetapkan dengan adil. 
Sesungguhnya Allah 
memberi pengajaran yang 
sebaik-baiknya kepadamu. 
Sesungguhnya Allah 
Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” 
(Surah An-Nisa, ayat 58)

 

 
Ia meliputi sikap 
bertanggungjawab dalam melaksanakan
 apa yang diamanahkan untuk
 diri dan orang lain yang boleh
 menimbulkan kepercayaan serta keyakinan. 
Ia juga tidak terhenti amanah 
kepada manusia tetapi
 amanah kepada Pencipta.




Justeru, ia datang dalam pelbagai
 bentuk tuntutan yang terkandung 
dalam al-Quran antaranya 
 firman Allah SWT:
 
 
 
 
 “Sesungguhnya Allah
 
 menyuruh kamu menyampaikan
 
 amanah kepada yang 

berhak menerimanya, dan
 
 (menyuruh kamu) apabila
 
 menetapkan hukum di antara 

manusia supaya kamu 

menetapkan dengan adil.
 
 Sesungguhnya Allah
 
 memberi pengajaran yang 

sebaik-baiknya kepadamu.
 
 Sesungguhnya Allah
 
 Maha Mendengar lagi Maha Melihat.”
 
 (Surah An-Nisa, ayat 58)


Teras dalam perkhidmatan


Sifat amanah sudah dikenal pasti sebagai nilai teras dalam perkhidmatan dan jaminan kepada pemupukan integriti iaitu melakukan pekerjaan dengan benar, jujur, mengikut spesifikasi, peraturan, piawaian, berkualiti dan profesional.



Amanahnya Rasulullah SAW 
sehingga mendapat jolokan al-Amin
 termasuk dalam kalangan masyarakat
 kafir Quraisy perlu kita jadikan 
 teladan dan tekad memperbaiki diri
 dalam pekerjaan.



Beberapa langkah mudah boleh diambil untuk membentuk sifat beramanah di tempat kerja. Pertama, letakkan niat yang baik dan tekad yang kuat setiap hari untuk melaksanakan amanah kerja. Kedua, senaraikan tugasan yang perlu disiapkan mengikut keutamaannya.



Nilai hasil tugasan

 


Ketiga, rancang 
dengan menyediakan jadual kerja 
yang munasabah dan tidak memudaratkan
 diri serta orang lain.



Keempat, buat senarai semak 
untuk mengenal pasti tugasan 
yang sudah dan belum dilaksanakan.

 


Kelima, kenal pasti 
cara yang mudah dan berkesan 
untuk melaksanakannya.

 


Keenam, laksanakan amanah 
mengikut keutamaan dengan
 ikhlas dan berhemah iaitu 
dengan mengambil kira keperluan,
 spesifikasi dan peraturan berkaitan.




Ketujuh, menilai hasil tugasan
 yang lalu untuk penambahbaikan 
cara bekerja.


Kelapan, elakkan pecah amanah, penipuan, 
rasuah dan lain-lain perkara bertentangan 
syarak dan kesembilan, tingkatkan munajat 
kepada Allah SWT melalui solat, zikir
 dan berdoa dan akhirnya bertawakal.


Dalam merealisasikan
 kerja beramanah, kita juga perlu berhati-hati
 dengan keinginan untuk menambah beban tanggungjawab tanpa memikirkan
 keperluannya, kemampuan, 
keupayaan diri dan pekerja.

 


Kegagalan atau kecuaian 
melaksanakannya dengan sengaja 
akan memudaratkan orang lain 
dan menjerumuskan diri kepada kemurkaan
 Allah SWT seperti gambaran yang diperlihatkan 
kepada Rasulullah SAW dalam 
peristiwa Israk dan Mikraj.

 


Sekumpulan manusia yang terus menerus
 menambah bebanan di bahunya walaupun
 ia tidak berdaya untuk memikul bebanan itu. 
 Bertolak daripada realiti inilah 
Rasulullah SAW menolak permintaan 
Abu Zar al-Ghifari, dengan sabdanya: 
 
 
 
“Wahai Abu Zar! 

Engkau sebenarnya lemah,

jawatan itu adalah amanah,
 
 sesungguhnya ia membawa kepada
 
 kehinaan dan penyesalan pada Hari Kiamat,
 
 kecuali mereka yang mengambilnya 

dengan hak kewajaran serta menunaikan 

hak atasnya.”
 
 (Riwayat Muslim)

Penulis Prof Madya
 di Jabatan Siasah Syariyyah, 
Akademi Pengajian Islam, 
Universiti Malaya (UM)
 
 
 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...