Sahabat Maya :

Wednesday, November 21, 2012

Kucing merah ditemui di Baram

Kucing merah ditemui di Baram
Imej kucing merah yang dirakam di kawasan konsesi pembalakan di Hulu Baram. Gambar kecil kucing merah. 
Imej kucing merah yang dirakam di kawasan konsesi pembalakan
 di Hulu Baram. Gambar kecil kucing merah.
 
 
Kuching: Kucing merah atau nama saintifiknya, `pardofelis badia’ yang jarang ditemui di dunia berjaya direkodkan penemuannya di kawasan konsesi pembalakan di Hulu Baram, pedalaman Sarawak.

Imej haiwan liar yang turut dikenali `bay cat’ itu dirakam di kawasan Unit Pengurusan Hutan (FMU) Sela'an Linau yang keluasannya melebihi 56,000 hektar berhampiran Taman Negara Pulong Tau yang turut menjadi Jantung Borneo, membabitkan Malaysia, Kalimantan, Indonesia dan Brunei.

Pengarah Institut Biodiversiti dan Pemuliharaan Alam Sekitar (IBEC), Universiti Malaysia Sarawak, Prof Dr Andrew Alek Tuen, berkata kehadiran haiwan liar itu berjaya dirakam berhampiran banjaran Gunung Murud Kecil yang turut dikenali sebagai kawasan penting bagi hidupan liar di Borneo.


Haiwan terancam


"Imej kucing merah yang turut menjadi endemik di Borneo dirakam di dua lokasi di Gunung Murud Kecil iaitu pada September dan Oktober lalu oleh penyelidik di bawah kendalian IBEC.


"Kucing merah diklasifikasi sebagai terancam oleh Kesatuan Konservasi Dunia (IUCN) dan dilindungi sepenuhnya di Sarawak mengikut Ordinan Perlindungan Hidupan Liar, 1998," katanya dalam satu emel yang dihantar ke BH, semalam.


Alek berkata, memandangkan hanya beberapa kawasan hutan di kawasan berkenaan menjadi habitat lima spesies kucing liar termasuk `hose's civet diplogale hosei’ yang dianggap endemik di Borneo, ia perlu dilindungi.

 
 
“Kita bimbang banjaran gunung berkenaan yang jadikan zon perlindungan bagi tujuan pemuliharaan oleh syarikat Samling yang mendapat konsesi pembalakan. Ia tidak diwartakan oleh kerajaan negeri, jadi ia tidak dilindungi mengikut undang-undang,” katanya. 
 
 
Sumber



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...