Sahabat Maya :

Wednesday, November 21, 2012

Jaga Hak Gurumu



Cahaya ilmu yang ada pada pelajar 
akan hilang jika sombong pada gurunya.

Imam Syafie sangat menghormati gurunya Imam Malik. Mereka berbeza pendapat tetapi Imam Syafie tetap menghormati gurunya. Contoh berbeza tentang Doa Qunut. Imam Syafie sangat menuntut untuk membaca Doa Qunut, tetapi semasa dia bersolat di sisi Makam gurunya, dia tidak membaca Qunut.

Hendaklah berterima kasih kepada guru yang pernah menyampaikan Ilmu kerana mereka adalah perantaraan  ilmu ALLAH kepada kita. Cara berterima kasih antaranya mendoakan selepas solat.

Guru jangan meletakkan nilai wang pada diri. Kerana akan hilang berkat doa dari seorang guru.

Jika dengar pandangan yang pelik-pelik dari seorang guru, dapatkan pandangan dari guru-guru yang lain. Ilmu ALLAH itu luas.



Saidina Ali pernah berkata : 
Semasa kita belajar, jagalah hak guru kita. 

Hak-hak itu ialah :-

1. Jangan banyak tanya kepada guru. 
Banyak bertanya, akan menyusahkan. Bani Israel diperintah oleh ALLAH untuk sembelih lembu, tapi banyak bertanya tentang lembu itu.

2. Jangan mendesak guru untuk memberi jawapan.
Mungkin kerana masa yang tak sesuai atau guru perlu rujuk dahulu jawapan yang lebih baik.

3. Jangan paksa menjawab jika guru dah penat untuk menjawab. Jangan berterusan bertanya.

4. Jangan menyentap baju guru. 
Maksudnya jika sudah berdiri, kamu bertanya lagi soalan sampai dia terpaksa duduk semula.

5. Jangan sebarkan aib guru kepada orang lain.
Guru pun manusia juga. Ada feel tersendiri. 

6. Jangan mengumpat guru bersama sahabat-sahabat.

7. Jangan mencari kesilapan guru.

8. Hendaklah memuliakan guru 


selagi dia patuh perintah ALLAH.

9. Jangan menghalangi guru.

10. Mendahului guru

11. Hendaklah menjaga diri sejak permulaan berguru.

1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...