Sahabat Maya :

Monday, November 19, 2012

Jaga Adab Ini - Jika Engkau Seorang Murid



Dalam Fasal ketiga, 
Imam al Ghazali ada menulis berkenaan
 Adab-Adab Seorang Murid Terhadap Gurunya.

 
Berkata Imam Al-Ghazali:
“Jika engkau seorang murid maka  beradablah kepada gurumu dengan adab yang mulia:

  1. Apabila menemui gurunya maka hendaklah ia memberi salam kepadanya terlebih dahulu
  2. Jangan membanyakkan bercakap-cakap di hadapan gurunya
  3. Jangan ia bercakap-cakap sebelum gurunya bertanya kepadanya.
  4. Jangan ia bertanya kepada gurunya sebelum ia meminta izin.
  5. Jangan ia menyangkal (menunjukkan rasa tidak puas hati) terhadap perkataan gurunya seperti ia berkata sipulan itu menyalahi akan yang engkau kata itu.
  6. Jangan ia mengisyaratkan kepada gurunya dengan menyalahi pendapatnya maka ia menyangka bahawa ia lebih mengetahui daripada gurunya.
  7. Jangan ia berbisik dengan orang yang duduk ditepinya ketika gurunya memberikan pelajaran.
  8. Jangan ia berpaling ke kiri dan ke kanan di hadapan gurunya tetapi hendaklah ia menundukkan kepalanya dengan penuh tenang lagi beradab seolah-olah dia sedang sembahyang.
  9. Jangan ia membanyakkan soalan kepada gurunya ketika ia letih.
  10. Apabila gurunya berdiri hendaklah ia berdiri untuk menghormatinya.
  11. Jangan mengikuti gurunya dengan perkataan atau soalan ketika ia bangkit dari majlisnya.
  12. Jangan bertanya kepada gurunya di tengah jalan sehingga ia sampai ke rumahnya atau ke tempat duduknya.
  13. Jangan jahat sangka terhadap gurunya apabila ia melihat gurunya mengerjakan sesuatu pekerjaan yang pada zahirnya menyalahi ilmunya (bukan menyalahi agama) maka gurunya itu adalah lebih mengetahui dengan rahsia segala perbuatannya. Dalam hal ini hedaklah ia mengingati akan perkataan nabi Musa A.S. bagi Nabi Khidhir A.S. seperti yang disebutkan dalam  Surah Al-Kahfi, ayat 71 yang maksudnya:


“Berkata (Nabi Musa kepada Nabi Khidhir): 
 Apakah engkau rosakkan kapal ini
 untuk engkau menenggelamkan semua penumpangnya. Sesungguhnya engkau 
telah melakukan satu
 perbuatan yang mungkar.”


Maka hendaklah ia mengingati bahawa 
sebenarnya dia yang tersalah pada 
keingkaran itu kerana ia hanya memandang
 hukum yang zahir pada sisinya sahaja.
Demikian nasihat Imam al Ghazali
tentang adab murid terhadap gurunya.

:):):):):):):):):):)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...