Sahabat Maya :

Saturday, November 17, 2012

Anugerah Merdeka untuk pelajar Malaysia

Anugerah Merdeka untuk pelajar Malaysia

Majlis Perniagaan Australia-Malaysia bersetuju mewujudkan anugerah khas untuk pelajar yang melanjutkan pengajian ke Australia.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata panel anugerah akan memilih pelajar Malaysia yang bukan saja cemerlang dalam akademik, malah sahsiah seimbang.

Beliau berkata, untuk permulaan anugerah itu dikhaskan untuk pelajar ijazah sarjana muda di Victoria.


Ia diperluas ke negeri lain menerusi kerjasama cawangan Majlis Perniagaan Australia-Malaysia seperti negeri New South Wales, Queensland dan Australia Barat.


Pemenang peringkat negeri akan dipilih memenangi anugerah peringkat kebangsaan. Mereka bercadang menamakan hadiah ini sebagai Anugerah Merdeka, katanya.


Muhyiddin dalam lawatan kerja sembilan hari ke Melbourne, Brisbane dan Gold Coast hingga esok


Katanya, Majlis Perniagaan Australia-Malaysia belum menetapkan sama ada anugerah berkenaan dalam bentuk wang tunai atau hadiah bersama sijil.

Beliau berkata, mereka boleh bekerjasama dengan Education Malaysia cawangan Australia untuk menubuhkan panel penilai dan mendapatkan senarai pelajar cemerlang.

Sementara itu, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Australia, Datuk Salman Ahmad, berkata ada hampir 9,000 pelajar negara di Victoria.


Katanya, antara institusi popular di negeri berkenaan ialah Melbourne University, Monash University, Swinburne University dan Royal Melbourne Institute of Technology. 
 
 
 
Sumber

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...