Sahabat Maya :

Saturday, October 27, 2012

Perspektif IKIM

http://4.bp.blogspot.com/_-YC1LEqndgo/TIQ-GaW4PvI/AAAAAAAAAIY/1ORIx3nRWzY/s1600/amanah2.jpg

Perspektif IKIM: 

Pekerja amanah, jiwa tenang

 
 
Presiden Kesatuan PekerjaPekerja dalam Sektor Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman dilaporkan merungut kerana kirakira 15 hingga 18,000 daripada kalangan penjawat awam malas bekerja.

Walaupun bilangannya kecil berbanding 1.2 juta penjawat awam, namun ia akan menimbulkan ketidakcekapan dalam sektor awam. Beliau turut menyarankan tindakan boleh diambil majikan termasuk menghantar mereka menghadiri kursus motivasi, diberi amaran atau diminta bersara awal.
 
 
Sebenarnya, sifat malas, pecah amanah, rasuah, tiada integriti, memilih kerja, ponteng, mencuri tulang, hilang waktu pejabat, buat kerja sambilan waktu pejabat adalah cerminan kepada kejahilan.

Ramai masih belum faham kerja itu adalah ibadah, maka kenapa perlu dirosakkan ibadah kita dengan perkara yang tidak dibenarkan sehingga menjadikan ibadah tidak diterima Allah SWT. Kita tidak bercakap atau makan ketika solat kerana ia membatalkan solat.

Tetapi kita sewenangwenangnya membuat perkara membatalkan status kerja sebagai ibadah apabila melakukan perkara menyalahi peraturan ditetapkan majikan.


Ramai yang keluar masuk pejabat sesuka hati sedangkan peraturan tidak membenarkannya melainkan dengan kebenaran majikan. Majikan mungkin tidak tahu semua pergerakan kakitangannya, tetapi Allah tahu.


Itu belum bercakap soal mengambil harta benda pejabat dari sekecilkecil pen, pensil kepada yang lebih besar, mengguna kenderaan pejabat untuk urusan peribadi, dan semuanya itu menjadikan kehidupan kita hilang keberkatannya.

 
Jangan pelik jika anak kita keras hati dari petunjuk dan hidayah, menjadi mat rempit, penagih dadah, anak derhaka, bebal dan degil. Ini kerana kesilapan kita memberi keluarga makan daripada rezeki yang haram atau syubhah.

Muhasabah diri dan nilai apakah kita termasuk dalam golongan mereka yang mencaricari kenapa hidupnya tidak tenang, selepas satu demi satu musibah melanda. Mungkin ini disebabkan perbuatan tidak amanah dalam pekerjaan kita seharian.


Apabila kita menerima jawatan dan bersetuju dengan terma dinyatakan, kita berikrar akan mematuhi segala peraturan ditetapkan. Itu adalah akad perjanjian kita dengan majikan yang Allah menjadi saksinya sama ada kita sedar atau tidak.


Perjanjian perlu dipatuhi dan pelanggarannya oleh manamana pihak adalah khianat. Terlalu banyak ayat alQuran dan hadis memerintahkan berpegang kepada janji dan perjanjian.


Mematuhi perjanjian itu terpakai selama mana kita bekerja dan menerima gaji dari majikan.


Allah memerintahkan kita melaksanakan perjanjian dalam firmanNya: 
 
 “Wahai orang yang beriman,
 
 penuhilah akad (perjanjian).” 
 
(Surah alMai’dah, ayat 1).

Oleh itu, menjadi kewajipan kepada kita di sisi syarak mematuhi semua perjanjian termasuk peraturannya, pekelilingnya dan arahan majikan dari masa ke semasa selama mana tidak memerintah maksiat kepada Allah.


Jika kita merasa tidak senang dengan peraturannya, maka kita bebas meletak jawatan dan mencari pekerjaan lain, tiada siapa yang boleh halang. Ada manusia yang tidak suka dikongkong oleh peraturan, maka orang begini silalah bekerja sendiri dan menjadi majikan sendiri.


Setiap perjanjian dengan majikan atau orang perseorangan akan disoal kembali di sisi Allah SWT. Jangan ingat kita boleh terlepas daripada hukuman hanya kerana di dunia dulu majikan tidak sedar atau tidak tahu aktiviti khianat kita terhadap pekerjaan. 
 
 
 
Sumber

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...