Sahabat Maya :

Friday, September 21, 2012

Makanan pengaruhi akhlak

Perspektif IKIM:  

 

 

 

Makanan pengaruhi akhlak

 

 

Sumber rezeki haram boleh sebabkan hati
 ‘kotor’, hidup tidak tenteram.


Imam Ghazali berkata, 

“Jika kita ingin anak menjadi soleh, 

bijaksana dan berguna,

 berilah mereka makan daripada

 rezeki yang halal sejak dilahirkan. 

Makanan yang halal selain menjadikan

 anak kita berguna, 

boleh menjadikan fikiran mereka 

cerdas dan pintar.

Sebaliknya, anak akan menjadi derhaka

 kepada kita jika diberikan 

makanan yang kotor.” 




Betapa ramai umat Islam terperangkap dalam dilema pemilihan makanan. Bukan sekadar makanan daripada unsur haram tetapi cara untuk mendapatkan makanan juga haram tanpa disedari secara sengaja atau tidak.






 Tidak ada orang Islam yang sanggup memakan babi, justeru ia dielakkan tetapi masih ramai yang makan makanan dibeli dengan wang hasil daripada menipu, memeras ugut, curi tulang, rasuah dan menzalimi hak orang lain. 



Kadang-kadang, perkara seumpama ini masih tidak memberi apa-apa kesan buat si pencari nafkah dalam sesebuah keluarga. Mereka merasakan sumber sebegitu langsung tidak akan menjejaskan kesihatan yang nampak secara zahirnya. 




Walhal aspek itu yang patut didahulukan kerana ia bakal membentuk peribadi dan akhlak seseorang. Keberkatan itu tidak akan nampak secara zahir, tidak dapat dirasakan oleh hati yang telah dikotori sifat mazmumah dan dosa pahala tidak dapat dimengertikan kerana tiada sebarang kesan kelihatan. 


 

Hati yang lalai akan berterusan dikotori dengan sumber rezeki haram tanpa sedikit pun penyesalan.


 
Hati akan rosak jika memakan makanan haram sedangkan ia umpama raja dalam kerajaan diri kita. Jika baik hati, maka kebaikannya akan menyerlahkan seluruh jasad namun, jika hati jahat maka jahatlah seluruh diri manusia. 




Justeru, berhati-hatilah dengan apa yang kita makan dan berwaspadalah dengan cara bagaimana kita mendapatkan makanan. Apa yang kita makan dan cara kita mendapatkannya akan menentukan secara dasarnya persoalan hidup serta nasib di akhirat kelak.





Makanan yang haram akan memberi kesan langsung kepada kehidupan. Tidak dapat dinafikan pembangunan akhlak seseorang turut dipengaruhi makanan yang diambil. Jika diambil daripada sumber haram, maka akan terbentuklah individu Muslim yang tidak mengikut acuan Islam sebenar. 




 

Akhirnya, akan lahir masyarakat yang sarat dengan masalah sosial akibat hidup tiada keberkatan berpunca daripada susur galur pemakanan yang menjadi darah daging. 




 

Diriwayatkan oleh Ibnu Mardawaihi daripada Ibnu Abbas, seorang sahabat terkenal iaitu Saad bin Abu Waqash meminta Rasulullah SAW memohon kepada Allah supaya apa saja doa permohonannya dikabulkan.



 

Rasulullah SAW bersabda: 



“Wahai Saad!

 Perbaikilah makanan engkau,

nescaya engkau akan dijadikan Allah

 seorang yang makbul doanya. 

Demi Tuhan, 

yang jiwa Muhammad 

ada dalam tangan-Nya,

sesungguhnya seorang lelaki 

yang melemparkan suatu suapan 

yang haram ke dalam perutnya, 

maka tidaklah akan diterima amalnya

selama empat puluh hari. 

Dan barang siapa 

 di antara hamba Allah

yang tumbuh dagingnya daripada

 harta yang haram dan riba,

maka api neraka lebih baik baginya.” 

 



Kesedaran yang timbul mampu membantu kita memperbaiki usaha mencari nafkah supaya diri dan keluarga tidak berterusan menjadi mangsa sikap tidak peka kita membezakan halal dan haram sumber rezeki.



 

Rasulullah SAW bersabda:



 “Sesiapa yang berusaha

mencari rezeki atau nafkah

untuk keluarganya daripada cara

 mendapatkan hasil yang halal,

 maka ia seperti 

berperang di jalan Allah.

 Dan sesiapa

yang mencari sesuatu yang halal 

dan menjaga diri daripada 

sesuatu yang haram,

 maka dia akan mendapat

 darjat orang yang syahid.” 


 



Makanan bukan sekadar perlu dinilai berdasarkan khasiat dan kelazatannya, yang lebih penting adalah keberkatannya. Di samping berpegang kepada konsep halal dan toyyib, perlu juga dihiasi dengan adab makan yang digalakkan dalam Islam. 





 

Dengan itu, keberkatan dapat diraih, ia melambangkan kesyumulan dan keindahan Islam itu sendiri dalam melahirkan generasi yang berkeperibadian mulia serta beradab tinggi.





 

Penulis ialah 

pegawai penyelidik 

Pusat Kajian Sains dan Alam Sekitar

 Institut Kefahaman Islam Malaysia


 

 

p/s :



 Khasiat Kismis:

 
a) Menajam minda. Gula ringkas dalam kismis telah dikenalpasti dapat meningkatkan daya pemikiran otak. Ini kerana otak memerlukan gula ringkas dalam kuantiti yang banyak untuk berfungsi dengan baik dan kismis dapat menyediakan keperluan gula ringkas dalam kuantiti yang banyak dan cepat.








b) Antioksida. Kajian mendapati fenol yang terdapat dalam kismis adalah antara sumber yang membolehkan ia dikategorikan sebagai antioksida. Antioksida melindungi tubuh daripada radikal bebas selain menjaga kesihatan kulit.






c) Gigi sihat. Jangan membiarkan kemanisan dan rasa melekit kismis menipu anda. Kismis tidak menyebabkan kaviti dan penyakit gusi, bahkan mempromosi gigi yang sihat kerana mengandungi asid oleanolik. Asid ini sangat efektif dalam membunuh bakteria.









Oleh itu, kismis adalah salah satu alternatif bahan makanan yang wajar dijadikan snek makanan kepada anak-anak. Justeru, anda perlu mengubah persepsi bahawa kismis hanya bahan makanan yang dimakan sewaktu menjelang peperiksaan, majlis keramaian tertentu atau dimasukkan ke dalam roti atau kek.







Nabi Muhammad SAW bersabda:




“Barangsiapa memakan kismis merah


 sebanyak 21 biji setiap hari 

sebelum sarapan pagi, 

maka dia tidak akan tertimpa penyakit

 kecuali kematian”.



 


A024


“Maka hendaklah manusia itu 

memikirkan terhadap makanannya.”

 Surah ‘Abasa : 24  


 



Rasulullah SAW bersabda:


“Apabila seseorang kamu 

makan suatu makanan, 

maka janganlah dia (mula) 

makan makanan yang berada 

di puncak pinggan, 

akan tetapi hendaklah dia makan 

makanan daripada bahagian

 di sebelah bawahnya, 

 kerana sesungguhnya keberkatan itu

 turun daripada puncaknya (ke bawah).”

 (HR Abu Daud)







 Berkata Asy-Syafi’i r.a :
 
Makan itu di atas empat macam :
  

1. Makan dengan satu jari adalah cacian.

2. Makan dengan dua jari adalah sombong.

3. Dengan tiga jari adalah sunnah.

4. Dengan empat dan lima jari adalah serakah.








 Thanks google :) 














Bagaimana dengan foto yang satu ini? =)



Nabi SAW bersabda: 


“Siapa tidur sedangkan di tangannya 

terdapat daging busuk dan dia tidak membasuhnya; 

tiba-tiba dia dikenai sesuatu, 

maka janganlah dia mencela 

melainkan ke atas dirinya (sendiri).”

 (HR Abu Daud dan Tirmidzi)





No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...