Photobucket

Sahabat Maya :

Saturday, September 29, 2012

KSN mahu penjawat awam lipat gandakan kecemerlangan

 
Thanks google :)


KSN mahu penjawat awam

 lipat gandakan kecemerlangan

KUALA LUMPUR: Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa mahu penjawat awam meneruskan dan melipatgandakan kecemerlangan dalam penyampaian perkhidmatan kepada rakyat selaras dengan prinsip 'Merakyatkan Perkhidmatan Awam'.

 
 
"Semua kementerian, jabatan, dan agensi hendaklah melaksanakan dengan segera segala inisiatif dalam Belanjawan 2013 untuk kesejahteraan rakyat dan memacu pertumbuhan ekonomi negara.
 
 
"Bagi pihak penjawat awam saya merakamkan terima kasih dan penghargaan kepada kerajaan atas pemberian bonus sebanyak satu setengah bulan gaji dan bagi pesara kerajaan sebanyak RM500 secara 'one off' dan pencen minimum sebanyak RM820.

 

"Ini menunjukkan keprihatinan kerajaan yang berterusan dalam mengambil berat terhadap kebajikan penjawat awam, baik yang sedang berkhidmat mahupun yang telah bersara," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 

Ali berkata, Belanjawan 2013 juga menyediakan insentif khusus bagi memastikan agenda transformasi negara yang bertunjangkan Program Tranformasi Kerajaan dan Program Tranformasi Ekonomi dapat dijayakan.

 

Beliau berkata, rakyat secara keseluruhan mendapat faedah dan manfaat yang luas daripada belanjawan kali ini, khususnya melalui program untuk mensejahterakan rakyat.

 

Katanya, ini dibuktikan dengan inisiatif yang diberi, antaranya pelepasan cukai bagi pendidikan tinggi anak-anak, elaun bantuan sara hidup kepada nelayan, rebat telefon pintar untuk belia, baucar buku mahasiswa, diskaun penyelesaian pembayaran PTPTN dan insentif kepada golongan nelayan melalui bantuan sara hidup dan hasil tangkapan serta insentif khas kepada anggota tentera dan bekas tentera yang bersara awal.
 

Ali berkata, program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 sebanyak RM500 bagi setiap isi rumah berpendapatan RM3,000 sebulan ke bawah dan RM250 kepada individu bujang yang berkelayakan.

 

Tidak ketinggalan juga inisiatif lain seperti mewujudkan 70 buah Klinik 1Malaysia, pembinaan 80,000 unit rumah di kawasan strategik, menambah baik sektor keselamatan rakyat dengan menambah bilangan perjawatan polis dan unit rondaan serta memastikan kelestarian bekalan makanan dengan subsidi harga padi dan benih padi, kata beliau.

 

Ali berkata, Belanjawan 2013 dijangka dapat mensejahterakan rakyat dan seterusnya merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi. - BERNAMA 



Sumber



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...