Kafe kucing
pertama di Eropah
TIGA ekor kucing Cafe Neko
menguasai sebuah meja dalam kafe berkenaan.
TAKAKO bersama seekor kucing
yang menetap di kafe itu.
VIENNA: Ia kafe yang berlainan dengan kafe lain. Penghuninya tidak akan mengangkat jari untuk melayan tetamu, sebaliknya akan berkeliaran di dalam seolah-oleh mereka yang memiliki kawasan itu.
Dan jangan terperanjat jika terdapat ‘bulu ganjil’ di dalam minuman anda.
“Kafe kucing’ pertama di Eropah  dibuka di Austria awal bulan ini.
Pelanggan menghirup teh dan kopi mereka sementara kucing yang mendiami kafe berkenaan - Sonja, Thomas, Moritz, Luca dan Momo di pangkuan mereka atau tidur di bawah kerusi.
Takako  Ishimitsu,  47, pemilik kafe berkenaan berasal dari Jepun.  Kafe  seumpama itu adalah   perkara biasa di negara matahari terbit itu.
Di  situ, orang  ramai yang ditegah memelihara haiwan di apartmen, boleh  menghabiskan  masa di kafe haiwan untuk bersama-sama dengan binatang  kesayangan  mereka.
Dengan harga secawan cap- pucino, mereka boleh melihat dan bermain dengan haiwan itu.
Terdapat   sekurang-kurangnya 39 kafe seumpannya di Tokyo saja.  Ada yang khusus   tentang jenis kucing, seperti kucing hitam atau yang gemuk.
Takako berkata, dia mahu membawa aspek budaya Jepun yang luar biasa itu ke Eropah bagi menyediakan keselesaan kepada orang ramai yang rindu untuk mendapatkan kucing peliharaan tetapi tidak boleh berbuat demikian kerana masalah ruang atau ekonomi.
Semua  kucingnya diambil dari sebuah pusat perlindungan haiwan.
Takako   menghabiskan masa tiga tahun berunding dengan pegawai majlis   perbandaran mengenai isu kebersihan sebelum diberi kebenaran untuk   membuka  Cafe Neko  (Kafe Kucing dalam bahasa Jepun).
Kafe berkenaan bukan saja mementingkan kebersihan tetapi juga menolak sebarang kehadiran anjing di dalamnya. - DM





No comments:
Post a Comment