
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
mempelawa para pelajar Tingkatan 1 2012
yang berkelayakan untuk memohon
program khas
Tingkatan 1 Asrama 1 Malaysia
bagi tahun 2012 ini.
Mereka yang berjaya akan tinggal di asrama
yang akan ditentukan dan belajar
di sekolah yang terpilih.
Syarat Permohonan
- Warganegara Malaysia
 - Terbuka kepada semua kaum.
 - Terbuka kepada pelajar lelaki sahaja.
 - Keputusan UPSR – 5A/7A atau minima 4A 1B.
 - Aktif dalam kokurikulum.
 - Pemohon hendaklah tidak terikat dengan Program Khas yang lain seperti Projek Sukan, Kelas Rancangan Khas (KRK) atau Kelas Aliran Agama (KAA).
 - Pendapatan keluarga pemohon pada tahap rendah atau sederhana.
 
Sekolah Program Asrama 1 Malaysia
- SMK Victoria, Kuala Lumpur
 - SMK Methodist, Kuala Lumpur
 - SMK St. John, Kuala Lumpur
 
Cara Memohon
- Isi borang permohonan ke Tingkatan 1 Asrama 1 Malaysia 2012.
 - Borang boleh di muat turun dari laman web KPM, Borang Permohonan Tingkatan Satu Asrama 1 Malaysia 2012.
 
Muat turunBorang Permohonan Tingkatan 1 Asrama 1 Malaysia
- Borang yang telah dilengkapkan mesti diserahkan kepada Pengetua Sekolah untuk pengesahan dan sokongan.
 
- Setiap permohonan perlu disertakan dengan satu salinan dokumen yang telah disahkan seperti berikut:
 - Sijil lahir / kad pengenalan pemohon
 - Slip gaji / penyata pendapatan ibubapa
 - Keputusan UPSR 2012
 - Salinan sijil aktiviti kokurikulum
 
Tarikh Tutup
- Permohonan ke Tingkatan 1 Asrama 1 Malaysia 2012 akan ditutup pada 27 Januari 2012.
 - Keputusan Jawatankuasa Pemilihan adalah muktamad.
 
Pertanyaan
Sebarang pertanyaan boleh dikemukan kepada sekolah pemohon atau Bahagian Pengurusan Sekolah Harian di alamat Aras 3 & 4, Blok E2, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya atau telefon 03 8884 9433 atau faks 03 8884 9342.




No comments:
Post a Comment