Sahabat Maya :

Wednesday, December 7, 2011

Baddrol tetap mahu ikut Safee

Baddrol tetap mahu ikut Safee



Baddrol Bakhtiar (kanan) bersama pemain skuad emas
Sukan SEA XXVI (dari kiri) K. Gurusamy, Assaruddin Omar,
Irfan Fazail, Muslim Ahmad, Fakri Saarani dan Nazmi Faiz
pada sesi bertemu peminat di Kuala Lumpur, semalam.
- Bernama





KUALA LUMPUR - Tonggak pasukan Kedah, Baddrol Bakhtiar berharap Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) mempertimbangkan hasratnya untuk menyertai kelab Liga Super Indonesia, Pelita Jaya.



Baddrol berkata, tawaran seperti itu sememangnya dinanti-nantikan kerana mahu menimba pengalaman baru selain mahu meningkatkan mutu permainan.



"Saya telah mengadakan perbincangan lanjut dengan KFA mengenai perkara ini kerana tawaran yang diterima dari kelab tersebut hanya dalam bentuk lisan.



"Namun segala keputusan akan dibuat sekurang-kurangnya sehari dua lagi dan saya menyerahkan perkara ini kepada pihak pengurusan (KFA) untuk mempertimbangkan peluang ini," katanya selepas sesi pertemuan mesra antara pemain skuad Sukan SEA XXVI dengan para peminat, anjuran Nike Malaysia di sini semalam.



Turut serta ialah enam lagi pemain iaitu Mohd Muslim Ahmad, Muhammad Nazmi Faiz Mansor, K. Gurusamy, Ahmad Fakri Saarani, Mohd. Asraruddin Putra Omar dan Mohd. Irfan Fazail.



Pemain kelahiran Sungai Petani ini yang masih mempunyai kontrak setahun bersama skuad Kenari sehingga hujung tahun depan berkata, dia mahu mengikut jejak langkah Safee Sali, yang bermain dalam kelab yang sama yang berpangkalan di Jawa Barat.



"Ia memang tawaran yang terbaik bagi saya untuk mengembangkan pengalaman dan saya telah mendapat nasihat daripada Safee.



"Banyak kata-kata positif yang dia berikan kepada saya untuk beraksi bersama pasukan luar negara," katanya.



Beliau berkata, sekiranya masih bermain dengan pasukan Kedah musim depan, beliau menyasar untuk membantu Kedah menduduki kelompok lima terbaik dalam Liga Super.



"Perancangan bersama Kedah semestinya yang terbaik akan saya lakukan bagi memartabatkan sekurang-kurangnya satu piala dibawa pulang ," katanya. - Bernama





Sumber






No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...