Sahabat Maya :

Saturday, November 13, 2010

Taktik kotor China.




JAGUH trek negara, Azizulhasni Awang gigih menjalani latihan menjelang saingan acara lumba basikal hari ini.

Taktik kotor China


BELUM pun turun ke gelanggang, sudah ada permainan kotor diatur oleh China.

Mungkin itu niat sebenar tuan rumah Sukan Asia 2010, China dalam acara lumba basikal trek di Guangzhou ini.

Setelah menyedari peluang mereka mungkin tidak sehebat pencabar-pencabar lain, terutamanya pelumba Malaysia, negara tuan rumah itu telah menyusun jadual yang agak padat dan mengelirukan dalam acara trek berbasikal.

Situasi tersebut menyaksikan skuad trek negara terpaksa merombak semula pelumba-pelumba dalam beberapa acara bagi mengelak daripada terlepas sasaran pingat.

Antara yang menjadi mangsa ialah pelumba sensasi negara, Mohd. Azizulhasni Awang yang terpaksa mengorbankan acara pecut berpasukan dan digantikan oleh pelumba muda, Mohd. Edrus Yunos.

Pengurus skuad lumba basikal negara, Datuk Naim Mohammad jelas sekali terkilan dengan taktik kotor China itu, namun tidak mempunyai banyak pilihan selain mengubah semula barisan pelumba dalam beberapa acara di temasya ini.

"Saya memang hairan mengapa jadual pertandingan di sini agak padat dan tidak mengikut tradisi seperti kejohanan-kejohanan biasa. Ini memaksa kita menangani masalah ini dengan segera," kata Naim semalam.

baca lagi Kosmo!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...