Sahabat Maya :

Saturday, November 13, 2010

Memburu emas di Sukan Asia XVI.




Pemain badminton negara, Koo Kien Keat megah membawa Jalur Gemilang ketika upacara perasmian Sukan Komanwel di Guangzhou, semalam.

Buruan 9 emas bermula


GUANGZHOU – Malaysia membuka tirai Sukan Asia XVI yang dirasmikan semalam, dengan misi memburu pingat pertama dalam empat acara sukan yang menawarkan rebutan pingat hari ini.

Renang, basikal trek, menembak dan wusyu menjadi taruhan hari pertama kontingen seramai 333 atlet dan sebanyak 144 orang pegawai sepanjang temasya dari 12 hingga 27 November ini.

Pun begitu, wusyu dan basikal trek wanita menjadi tumpuan hari ini, dengan harapan dapat menyumbang pingat pertama negara tanpa mengira apa warnanya sekalipun.

Wusyu yang tidak pernah menghampakan kontinjen negara sejak temasya Busan 2002 dan Doha 2006 akan mempertaruhkan empat disiplin, Taolu Changquan (lelaki), Taolu Nandao (wanita), Taulo Nandaou dan Nanquan (wanita) serta Sanshou 75 kilogram dalam saingan, hari ini.

baca lagi Utusan Malaysia



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...