Salwa baru saja memulakan
pekerjaan barunya sebagai
seorang guru kaunseling
di sebuah sekolah.
Dia sangat bersemangat
untuk memberikan nasihat
kepada pelajar-pelajar
di sekolah itu.
Pada masa rehat..
dia melihat seorang pelajar
yang tengah berdiri seorang diri
di hujung padang
sedangkan kawan-kawangnya yang lain
asyik bermain
di tengah-tengah padang
mengejar bola
antara satu sama lain.
Salwa cuba mendekati pelajar itu
dan bertanya
apakah dia ada masalah…
Pelajar itu menjawab
bahawa keadaannya
baik saja.
Mendengar jawapan itu
Salwa lalu meninggalkannya.
Beberapa minit kemudian
Salwa memerhatikan lagi pelajar itu
masih sendirian di tempat yang sama.
Salwa kini yakin
bahawa pelajar ini
sebenarnya
mempunyai masalah.
Lalu sekali lagi
Salwa mendekati pelajar itu
dan berkata
penuh kelembutan…
“Apakah kamu mahu
kalau saya menemanimu?”
Pelajar itu menjawab..
“Okey.. boleh saja…!”
Merasa bahawa
pendekatannya berhasil
Salwa bertanya lagi..
“Kenapa kamu berdiri seorang diri di sini?”
“Kerana …”
jawab pelajar itu dengan penuh kehairanan…
“… Saya adalah penjaga gol!”
No comments:
Post a Comment