Sahabat Maya :

Tuesday, March 2, 2010

Pembaziran guru di SM Teknik


Guru Pekan Feb 21



Anugerah guru cemerlang menjadi idaman semua guru untuk memberi khidmat kepada pelajar. Anugerah ini memboleh guru meningkat dengan cepat dalam kenaikan tangga gaji.



Apabila penstrukturan semula sekolah menengah teknik menjadi sekolah menengah vokasional, maka guru-guru cemerlang dalam bidang kejuruteraan mekanikal, elektrik dan awam yang berada di sekolah menengah vokasional perlu dipindahkan ke sekolah menengah teknik yang mempunyai kursus berkenaan.



Tetapi malangnya perkara ini tidak berlaku, kerana kelemahan pemantauan dari pegawai di Putrajaya. Ini menyebabkan mereke tidak ditukarkan ke sekolah menengah teknik yang memerlukan kepakaran mereka. Perkara ini menyebabkan negara kerugian kepakaran mereka.



Penukaran sekolah menengah teknik ke sekolah menengah vokasional juga menyebabkan berlaku lebihan guru yang ketara di sekolah menengah vokasional. Misalnya jika sebelum ini ada 18 kelas kursus teknikal di sekolah menengah teknik, tetapi apabila menjadi sekolah menengah vokasional, maka sekolah berkenaan akan ada lebihan lima guru bagi setiap matapelajaran berikut - iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, pendidikan Islam, sejarah, matematik, matematik tambahan, fizik, Kimia, Lukisan Kejuruteraan dan matapelajaran Kejuruteraan.



Mengapa lebihan guru ini tidak dikeluar dan dihantar ke sekolah menengah harian yang amat kekurangan guru. Bayangkan jika sebuah sekolah menengah teknik yang mempunyai lebihan 30 guru, berapa banyak wang negara dapat dijimatkan jika guru ini digunakan sepenuhnya di sekolah biasa untuk menggantikan guru sandaran (GSTT).



Kalau kita menyemak betul-betul jadual waktu mengajar guru di sekolah menengah vokasional, rata-rata guru mengajar kurang daripada 10 waktu seminggu kerana lebihan guru yang amat banyak. Manakala Guru Kanan hanya mengajar lima waktu seminggu. Berapa banyak wang negara dibazirkan.



Perkara ini perlu diberi perhatian segera kerana dalam keadaan kewangan negara yang memerlukan perbelanjaan berhemah dan langkah berjimat di laksanakan sepenuhnya. Pihak pengurusan kementerian dan nazir perhatikan betul-betul perkara ini.

malaysiakini

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...