Photobucket

Sahabat Maya :

Wednesday, January 20, 2010

Pengguna Internet Explorer Dinasihat Berwaspada Tindakan Penggodam


SERDANG, 20 Jan (Bernama) -- CyberSecurity Malaysia mengingatkan pengguna Internet supaya berwaspada tentang kelemahan ketara yang terdapat pada browser Microsoft Internet Explorer. Ketua pegawai eksekutifnya Husin Jazri berkata kelemahan itu membolehkan penggodam memberi arahan melalui komputer mangsa.


Keadaan ini dikenali sebagai "0-day" kerana kelemahan berkenaan terdedah apabila vendor perisian tidak mengatasinya, kata Husin dalam kenyataan. "Kelemahan ini boleh diambil kesempatan dengan mudah apabila pengguna melawat laman web yang dibangunkan oleh penggodam. Penggodam boleh mengirim URL (alamat laman web Internet) kepada pengguna melalui e-mel bagi mengumpan mereka melawat laman yang tidak senonoh atau meletakkan URL berkenaan pada laman web dan forum popular," katanya.


Husin berkata kelemahan itu juga boleh diambil kesempatan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab bagi menyalurkan ancaman terhadap komputer seperti trojan atau virus lain. Kata beliau kelemahan yang terdapat pada aplikasi popular seperti browser Internet atau pembaca PDF (format dokumen mudah alih) yang boleh menjejaskan sistem, bukan perkara baru. Tahun lepas, Pasukan Tindakan Kecemasan Komputer Malaysia (MyCERT), CyberSecurity Malaysia mengeluarkan 36 nasihat berkaitan aplikasi popular seperti Adobe Flash, Internet Explorer, Firefox, Shockwave dan Microsoft Office, kata beliau.


Husin berkata daripada jumlah itu, sembilan mempunyai kaitan secara langsung dengan aplikasi browser Internet, manakala 21 lagi berkaitan "browser plug-ins", katanya. "Walaupun orang mungkin mengemaskinikan sistem pengendalian mereka dari semasa ke semasa, tetapi ramai yang lupa untuk mengemaskinikan aplikasi yang mereka gunakan setiap hari. "Ini boleh menyebabkan bercambahnya perisian jahat, yang dengan mudah akan menjangkiti sesebuah komputer melalui aplikasi yang terdedah kepada serangan," katanya.


Husin berkata nasihat terkini tentang perkara itu boleh didapati dengan melayari http://www.mycert.org.my Maklumat lanjut tentang CyberSecurity Malaysia boleh didapati dengan mengunjungi laman web www.cybersecurity.my -- BERNAMA

1 comment:

  1. wah..
    saya gak pernah makai IE sekarang..
    pakai google chrome aja..
    cepet banget gan

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...