Photobucket

Sahabat Maya :

Sunday, March 17, 2013

Pelan pelaksanaan aktiviti pendidikan rakan sebaya oleh Doktor Muda



GARIS PANDUAN KURIKULUM PEMBIMBING KESIHATAN RAKAN SEBAYA

1.       TUJUAN
    Garis panduan ini merupakan bahan rujukan untuk guru dalam menyediakan pelan pelaksanaan aktiviti pendidikan rakan sebaya oleh Doktor Muda. Guru boleh menggunakan aktiviti-aktiviti yang disarankan sebagai panduan dalam merangka jadual aktiviti pendidikan rakan sebaya oleh Doktor Muda pada peringkat sekolah masing-masing.

2.       OBJEKTIF
    2.1Meningkatkan pengetahuan pelajar sekolah dalam penjagaan asas kebersihan dan kesihatan.
    2.2 Meningkatkan kemahiran pelajar sekolah dalam amalan asas kebersihan dan kesihatan.

3.       AKTIVITI PEMBIMBING KESIHATAN RAKAN SEBAYA
    Aktiviti utama Pembimbing Kesihatan Rakan Sebaya adalah : 
    3.1      Kelas Angkat 
    3.2      Perkongsian Ilmu semasa Perhimpunan Pagi 
    3.3      Bilik Doktor Muda

4        PROJEK KELAS ANGKAT
    4.1 Guru Penasihat dikehendaki mengenalpasti kelas untuk dijadikan Kelas Angkat  kepada dua atau tiga orang Doktor Muda. 
    4.2 Doktor Muda akan memberikan pendidikan kesihatan kepada murid-murid Kelas Angkat mereka dari masa ke semasa tentang pengetahuan dan kemahiran kesihatan.  Pendidikan    Kesihatan hanya boleh dijalankan oleh Doktor Muda yang telah menjalani latihan modul Doktor Muda. 
    4.3 Doktor Muda akan melaksanakan latihan kemahiran kepada kelas angkatnya berkaitan kebersihan diri dan kebersihan persekitaran. Doktor Muda boleh merujuk kepada Buku Panduan Doktor Muda semasa menjalankan latihan ini. 
    4.4 Aktiviti Kelas Angkat dilaksanakan secara berselang-seli antara perkongsian ilmu dan praktikal. Sila rujuk Jadual Pelaksanaan Aktiviti Kelas Angkat untuk panduan. 
    4.5 Cadangan masa pelaksanaan aktiviti adalah seminggu sekali dan waktunya seperti berikut :
      • 10 minit sebelum kelas bermula atau;
      • 10 minit waktu rehat atau;
      • 10 minit waktu akhir.
    4.6     Panduan Guru Penasihat
       
       
      4.6.1      Penyampaian maklumat kesihatan dan pemeriksaan berkaitan kebersihan telinga, kulit (kudis) dan kesihatan mata perlu dilakukan dari semasa ke semasa bergantung kepada situasi sekolah.
       
       
      4.6.2      Aktiviti boleh dijalankan mengikut kreativiti Guru Penasihat dan Doktor Muda.

JADUAL PELAKSANAAN AKTIVITI KELAS ANGKAT

Perjumpaan
Aktiviti
Isi Kandungan
Bahan
Rujukan Modul Latihan
Catatan

SEMASA PERHIMPUNAN PAGI




1




  • Pengenalan diri Doktor Muda semasa Perhimpunan Pagi oleh Guru Penasihat







  • Majlis Penyerahan Kelas Angkat kepada Doktor Muda






  • Senarai nama Doktor Muda dan kelas angkat

    Senarai nama Doktor Muda dan Kelas Angkat dipamerkan di Bilik Doktor Muda / Papan Kenyataan Sekolah / Sudut-sudut khas

    DI DALAM KELAS ANGKAT




    2
    Penyampaian  Maklumat kesihatan berkaitan kebersihan kukuCara penjagaan kukuBuku Panduan Doktor MudaSkop 2, Unit 3
    3
    Pemeriksaan kuku
    Pengetip kuku
    Rekod Pemeriksaan
    (Senarai Semak Kebersihan Diri)


    4
    Penyampaian  Maklumat Kesihatan
    Cara Mencuci Tangan
    Tujuh Langkah Mencuci Tangan dengan betul
    Demonstrasi Cuci Tangan
    Buku Panduan Doktor MudaSkop 2, Unit 1


    5
    Amali Cara Mencuci Tangan oleh rakan sekolah


    Tunjuk cara sahaja sekiranya tiada kemudahan
    6
    Penyampaian Maklumat Kesihatan Penjagaan RambutCara penjagaan rambutBuku Panduan Doktor MudaSkop 2, Unit 2
    7
    Amali Pemeriksaan Rambut Dan  Kutu
    Rekod Pemeriksaan (Senarai Semak kebersihan Diri)

    8
    Penyampaian Maklumat  Kesihatan Cara Menggosok GigiCara penjagaan gigi / Demonstrasi menggosok gigiBuku Panduan Doktor MudaSkop 4, Unit 1
    9
    Amali menggosok gigi dengan betul
    Rekod Pemeriksaan

    10
    Penyampaian Maklumat Kesihatan
    Menjaga Kebersihan
    Bilik Darjah
    Kepentingan menjaga kebersihan Bilik DarjahBuku Panduan Doktor MudaSkop 3, Unit 1
    Pemantauan Kebersihan Bilik Darjah
    Senarai Semak Kebersihan Kelas
    Modul Latihan (Lampiran 3.1)


    11
    Penyampaian Maklumat Kesihatan mengenai DenggiCari Dan Musnah tempat pembiakan nyamuk AedesBuku Panduan Doktor MudaSkop 6, Unit 1
    12
    Amali Cari Dan Musnah tempat pembiakan nyamuk Aedes
    Senarai semak tempat pembiakan nyamuk AedesSkop 6  Unit 1






    5       PERKONGSIAN ILMU SEMASA PERHIMPUNAN PAGI
      5.1     Sesi penyampaian maklumat tentang isu kesihatan semasa oleh Doktor Muda kepada warga sekolah sebulan sekali semasa Perhimpunan Pagi. 
      5.2     Cadangan Tajuk
        • Kepentingan Sarapan Pagi
        • Kebersihan Tandas
        • Amalan Pemakanan Sihat
        • Amalan Cara Hidup Sihat
        • Tak Nak Merokok
        • Mari Bersenam
        • Pencegahan Penyakit Semasa
        • Kebersihan Persekitaran Sekolah
        • Mari Berkawan
        • Kebersihan Gigi
        • Cegah Denggi

      5.3     Panduan Guru Penasihat
        5.3.1      Tajuk perkongsian ilmu sebolehnya disesuaikan dengan isu-isu kesihatan semasa.
        5.3.2      Perkongsian ilmu boleh disampaikan dalam bentuk ceramah, kuiz dan cara lain yang bersesuaian mengikut kreativiti Doktor Muda.
        5.3.3      Tempoh masa sesi perkongsian ilmu hendaklah ditetapkan oleh Guru Penasihat bersama Pengurusan Sekolah.

    6       BILIK DOKTOR MUDA
      6.1   Setiap sekolah adalah disarankan untuk mewujudkan Bilik Doktor Muda. Bilik ini akan menjadi pusat kegiatan dan pusat sumber pendidikan kesihatan Doktor Muda.  
      6.2      Pengisian Bilik Doktor Muda
        Ruang
        Peralatan


        • ’Sick Bay’


        • Sudut Pencapaian


        • Ruang Aktiviti


        • Sudut Pameran


        • Peti  Pertolongan Cemas


        • Alat Timbang Berat


        • Alat Ukur Tinggi


        • Paip air dan sinki


        • Meja dan kerusi


        Maklumat
        Bahan


        • Peraturan Penggunaan Bilik Doktor Muda


        • Carta Organisasi Kelab Doktor Muda


        • Ikrar, Misi, Logo & Lagu Doktor Muda


        • ”Gantt Chart Pelaksanaan Aktiviti”


        • Jadual Bertugas


        • Bahan Maklumat Pendidikan Kesihatan


        • Rekod Pemeriksaan dan Pemantauan


        • Papan Tanda ”LARANGAN MEROKOK”


        • Overcoat Doktor Muda


        • Buku Panduan Doktor Muda


        • Modul Doktor Muda


        • Buku Laporan Aktiviti


        • Buku Laporan Harian


        • Kad Kesihatan Pelajar


        • Bahan Bantu Mengajar


        • Carta BMI (Kanak-Kanak)


        • Carta Snellen
      6.3      Bilik Doktor Muda akan menjadi sebagai pusat kegiatan 
      Kelab Doktor Muda. 
        6.3.1      Aktiviti Latihan
          1. Guru Penasihat kepada Doktor Muda
          2. Anggota Kesihatan kepada Doktor Muda
          3. Doktor Muda kepada Rakan Sebaya 
         
        6.3.2      Ukur Tinggi & Timbang Berat

        6.3.3      Perkongsian Ilmu di kalangan Doktor Muda
         
        6.3.4      Rawatan Pertolongan Cemas
         
        6.3.5      Transit rawatan
         
        6.3.6      Perkhidmatan Kesihatan Sekolah
         
        6.3.7      Sesi percambahan fikiran Doktor Muda
         
        6.3.8      Aktiviti Kelab Doktor Muda
         
         
         
      6.4 Waktu Aktiviti dicadangkan semasa waktu kokurikulum atau waktu Pendidikan Kesihatan dan Jasmani 
      6.5 Panduan Guru Penasihat 
    • Waktu pelaksanaan aktiviti adalah bergantung  kepada keperluan dan kelulusan pihak sekolah.
    • Aktiviti lain di Bilik Doktor Muda bergantung kepada kreativiti dan kesesuaian Kelab Doktor Muda sekolah masing-masing.


    Teruskan membaca..

    Minus One Saya Doktor Muda



    Kelab Doktor Muda

    Kelab Doktor Muda merupakan salah satu aktiviti kokurikulum di sekolah rendah.
    Ia merupakan sebuah program promosi kesihatan di sekolah (school-based health promotion program) di bawah kelolaan bersama Bahagian Promosi Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia dan Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia.



     
    Doktor Muda merupakan pelajar sekolah tahun 4, 5 dan 6 yang terpilih dan terlatih sebagai ’Pembimbing Rakan Sebaya’, yang bertindak sebagai pemangkin kepada perubahan pengetahuan, sikap dan amalan kesihatan yang positif di kalangan pelajar sekolah.
    Doktor Muda ini diberi latihan mengenai asas kesihatan bagi menyediakan mereka menjadi pendidik kepada rakan sebaya. Mereka bertindak sebagai role model, promoter dan motivator kesihatan kepada rakan-rakan di sekolah.
    Oleh kerana itu, pemilihan calon yang sesuai sebagai doktor muda amat penting. Lazimnya, pelajar yang, berminat, sihat, kemas, berpersonaliti menarik, memiliki sifat kepimpinan, bertanggung jawab, berpengaruh, suka menolong dan cemerlang dalam akademik menjadi kriteria dalam pemilihan Doktor Muda.

    SEJARAH

    Program Doktor Muda mula dilaksanakan pada tahun 1989 di Sekolah Kebangsaan Sri Biram, Pekan, Pahang. Bermula dari sini, program ini telah berkembang dari tahun ke tahun dengan bertambahnya bilangan sekolah yang melaksanakannya.
    Program ini kemudiannya bertapak di negeri Kelantan apabila Sekolah Kebangsaan Tanah Merah 1 mula melaksanakannya pada tahun 1991.
    Pada tahun 2000. Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia telah menjadikan Program Doktor Muda ini sebagai salah satu program promosi kesihatan yang diterajui di peringkat kebangsaan. Perancangan, penyelarasan dan pelaksanaan program ini ke seluruh negara dilaksanakan secara bersama dengan Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia.
    Pada Mei 2006, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menjadikan program Doktor Muda sebagai salah satu aktiviti kokurikulum di sekolah rendah dan dikenali sebagai Kelab Doktor Muda.

    PENGASAS


    Pelaksanaan Program Doktor Muda sebagai aktiviti promosi kesihatan di peringkat sekolah rendah merupakan hasil cetusan idea Tuan Haji Abdul Jabar bin Ahmad, Pengarah Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia.
    Pada tahun 1989, semasa menjawat jawatan Pegawai Pendidikan Kesihatan (Penyelidikan dan Pembangunan) di Jabatan Kesihatan Negeri Pahang, beliau telah memperkenalkan Program Doktor Muda di Sekolah Kebangsaan Seri Biram, Pekan, Pahang.
    Program ini terus diperkembangkan ke sekolah-sekolah rendah seluruh negeri Kelantan apabila beliau ditukarkan ke Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan untuk menjawat jawatan Pegawai Pendidikan Kesihatan (Perkhidmatan) pada tahun 1989 hingga 1994.
    Program Doktor Muda ternyata membawa banyak manfaat kepada murid dan sekolah.  Justeru program ini dari tahun ke tahun telah berkembang ke seluruh negara. Pada Mei 2006, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menerima program ini sebagai aktiviti kokurikulum di sekolah rendah dan dikenali sebagai Kelab Doktor Muda.
    Berpegang kepada prinsip bahawa ‘membentuk tabiat kesihatan yang baik di peringkat kanak-kanak adalah lebih mudah daripada menukar tabiat kesihatan yang buruk di peringkat dewasa’, Tuan Haji Abdul Jabar sentiasa menyumbangkan idea bagi memastikan program ini terus berjaya dilaksanakan di sekolah-sekolah rendah.
    Atas jasa dan komitmen terhadap program Doktor Muda, Tuan Haji Abdul Jabar bin Ahmad telah dikurniakan Anugerah Tokoh Penggerak Doktor Muda pada Konvensyen Doktor Muda Peringkat Kebangsaan Kali Kedua tahun 2006.


    OBJEKTIF
    1. Untuk membentuk tabiat kesihatan di kalangan murid sekolah rendah dengan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran asas kesihatan mereka agar mereka dapat :



      • Mengamalkan cara hidup sihat
      • Menjadi pembimbing dan pendorong kepada rakan sebaya dan anggota keluarga ke arah mengamalkan cara hidup sihat.
      • Membantu anggota kesihatan dan pihak sekolah dalam menjalankan aktiviti kesihatan di sekolah.

    1. Menggalakkan ibu bapa atau penjaga supaya memberi perhatian wajar kepada kesihatan anak-anak.

    1. Memperkukuhkan penglibatan guru serta warga sekolah lain dalam usaha meningkatkan kesihatan pelajar.

    1. Mempertingkatkan kerjasama antara Jabatan Kesihatan dengan Jabatan Pendidikan dalam menggalakkan amalan kesihatan yang baik di kalangan murid sekolah rendah.

    AKTIVITI DOKTOR MUDA
    • Menyampaikan maklumat kesihatan kepada rakan sebaya.
    • Membimbing ke arah cara hidup sihat.
    • Membantu mewujudkan persekitaran sekolah yang bersih, sihat dan selamat.
    • Membantu anggota kesihatan dan pihak sekolah dalam aktiviti perkhidmatan kesihatan sekolah.
    • Pemberitahuan kejadian penyakit / masalah kesihatan.
    • Merawat kecederaan ringan.
    • Mencatat aktiviti yang dijalankan ke dalam buku laporan
    FAEDAH PELAKSANAAN KELAB DOKTOR MUDAAntara faedah yang boleh diperolehi dalam melaksanakan Kelab Doktor Muda adalah:

    • Tabiat kesihatan dapat dipupuk di kalangan murid di peringkat sekolah rendah.
    • Murid sekolah mendapat pengetahuan dan kemahiran asas kesihatan.
    • Murid belajar menghargai kesihatan.
    • Doktor Muda memperolehi dan mengamalkan kemahiran berkomunikasi. 
    • Memupuk sifat kepimpinan dan keyakinan di kalangan doktor muda.
    • Doktor muda mendapat pengalaman membantu pasukan kesihatan sekolah.
    • Kesihatan asas murid – kebersihan diri & penyakit kulit dipantau.
    • Mencegah berlakunya keracunan makanan, penyakit berjangkit.
    • Murid akan bentuk sikap positif terhadap anggota kesihatan dan perkhidmatan kesihatan.
    • Sekolah bersih
    • Sekolah bebas Aedes
    • Imej sekolah meningkat
    ·         





     LAGU DOKTOR MUDA
    ·          
    ·         Kamilah Doktor Muda
    ·         Memberi Khidmat Menabur Jasa
    ·         Bantu Rakan Semua
    ·         Jaga Kesihatan Hidup Bermakna
           
    ·         Mari Rakan Semua
    ·         Berkongsi Ilmu Menjana Minda
    ·         Otak Cergas Kesihatan Terjaga
    ·         Sejahtera Hidup Selamanya
           
    ·         Korus:
    ·         Usah Buang Masa Lagi
    ·         Bersamalah Kita Berpadu Usaha
    ·         Kesihatan Diri Fokus Utama
    ·         Hubungan Mesra Hidup Ceria
    ·          
    ·         Harga Diri Terpelihara
    ·         Maju Bangsa Maju Negara
    ·         Jangan Leka, Berubah Segera
    ·         Cergas Ke Arah Jaya
    ·         (Ulang korus)
    ·          
      Baris akhir: 

     Diri Cemerlang Hidup Sempurna   

                     
       Lirik & Melodi:


     Puan Noor Aini bt Hj. Zakaria
    Guru Kaunseling
    SMK Bukit Rangin
      25150 Kuantan
            Pahang

    KDM-KEKAL HIDUP SIHAT
    Teruskan membaca..

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...