Terus berjuang mendidik anak bangsa tanpa mengira agama, bangsa, dan warna kulit. Semoga anak didik menjadi anak Malaysia. Berwawasan, berilmu, berdaya saing, majulah negaraku Malaysia.
KAJANG: Polis mengesahkan sehingga jam 8 malam ini lima orang maut dalam kejadian tanah runtuh di Rumah Anak Yatim Al-Takwa FELCRA Semungkis, di Hulu Langat, dekat sini.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab, berkaat sementara itu 12 berjaya diselamatkan daripada tempat kejadian berkenaan. Beliau berkata, pasukan penyelamat dan polis akan meneruskan operasi menyelamat sehingga menemui semua mangsa kejadian.(Berita Harian)
Pasukan mencari dan menyelamat bertungkus lumus mengesan mangsa-mangsa yang dikhuatiri tertimbus ekoran insiden tanah runtuh di Hulu Langat yang berlaku pada pukul 2.30 petang, Sabtu. - Foto THE STAR Oleh AZMAN GHANI
Tragedi ketika latihan nasyid
ANGGOTA Bomba dan Penyelamat membawa keluar salah seorang mangsa yang terselamat dalam kejadian tanah runtuh di Rumah Anak Yatim Al-Taqwa dan Madrasah Baitul-Taqwa, Hulu Langat semalam.
HULU LANGAT - Sekurang-kurangnya 13 orang terbunuh manakala tiga lagi dilaporkan masih tertimbus dalam kejadian tanah runtuh yang menimpa blok dewan makan di Rumah Anak Yatim Al-Taqwa dan Madrasah Baitul-Taqwa di sini petang semalam.
Sehingga pukul 11 malam tadi, pasukan penyelamat berjaya mengeluarkan sembilan mangsa yang terselamat termasuk seorang warden asrama berusia 22 tahun.
ANGGOTA penyelamat membantu seorang mangsa yang cedera dalam tragedi tanah runtuh di Rumah Anak Yatim Al-Taqwa dan Madrasah Baitul-Taqwa di Hulu Langat semalam.
HULU LANGAT - Penghuni Rumah Anak Yatim Al-Taqwa dan Madrasah Baitul-Taqwa di sini, Mohd. Jihad Jalal, 14, hanya sempat mengingat keadaan cemas dia dikejar runtuhan tanah sehingga separuh daripada tubuhnya tertimbus.
Kejadian pukul 2.15 petang semalam digambarkan berlaku begitu pantas sehinggakan Mohd. Jihad yang berada di bawah khemah yang terletak di sebelah dewan makan rumah anak yatim itu tergamam.
"Saya terus lari sampai terjatuh sebelum kena timbus dengan tanah dan batu hampir separuh badan.
"Nasib saya baik sebab ada orang kampung datang menarik saya keluar,'' cerita Mohd. Jihad yang masih terkejut dengan kejadian tersebut.
Remaja yang berasal dari Puchong, Selangor itu baharu tiga bulan menghuni rumah tersebut.
Sementara itu, seorang lagi penghuni, Mohd. Shahrizal Amrizal, 14, memberitahu, ketika kejadian dia sedang berjalan menuju ke dewan makan tersebut.
"Saya nampak ada beberapa orang rakan sedang mengelap kerusi dalam dewan itu. Bila saya nampak tanah runtuh, saya hanya sempat menjerit minta mereka lari,'' katanya.
HULU LANGAT 21 Mei - Seorang mangsa yang terselamat dalam tragedi tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Kebajikan Madrasah Al-Taqwa, Felcra Semungkis, Batu 14, di sini, hari ini, melihat dengan jelas pergerakan tanah di atas bukit berdekatan.
Wan Ahmad Hezzamullah Wan Ahmad Hazim, 15, berkata, sebaik sahaja melihat situasi bahaya itu, dia segera menjerit meminta semua orang yang berada di dalam khemah dan sedang berlatih nasyid supaya menyelamatkan diri.
Katanya, dianggarkan seramai 30 orang sedang berada di bawah khemah dan dewan makan bersebelahan serta sibuk membuat persiapan menyambut kehadiran rombongan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas).
Mangsa dikenali dengan nama Hairi dibawa ke Hospital Ampang, Kuala Lumpur, semalam.
HULU LANGAT 21 Mei – Seramai 13 penghuni Rumah Anak- anak Yatim dan Anak-anak Kebajikan Madrasah Al-Taqwa, Felcra Semungkis, Batu 14, di sini, maut akibat tertimbus setelah tebing sebuah bukit berdekatan runtuh dan menghempap khemah yang mereka duduki.
KAJANG 21 Mei — Dua beradik, Mohd. Zaim Azahari, 14, dan adiknya Mohd. Azed, 8, adalah antara yang terkorban dalam tragedi tanah runtuh di Hulu Langat dekat sini, hari ini.
Mayat Mohd. Zaim dihantar ke Hospital Kajang pada pukul 8.55 malam manakala mayat adiknya dipercayai dihantar ke Hospital Ampang.
MUHYIDDIN tiba di lokasi tragedi tanah runtuh di Rumah Anak Yatim Al-Taqwa dan Madrasah Baitul-Taqwa, Hulu Langat malam tadi.
HULU LANGAT - Kerajaan akan memberikan bantuan RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa yang terkorban dalam tragedi tanah runtuh melibatkan anak yatim, warden dan kakitangan Rumah Anak Yatim Al-Taqwa dan Madrasah Baitul-Taqwa di Hulu Langat semalam.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kos rawatan mangsa yang cedera juga akan ditanggung oleh kerajaan.
"Kita akan menyediakan bantuan kesihatan dan tempat tinggal sementara kepada mangsa dan semuanya ditanggung oleh kerajaan," katanya kepada pemberita ketika melawat lokasi kejadian di sini malam tadi.
Muhyiddin turut mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa terlibat.
Sementara itu, Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor berkata, kejadian tanah runtuh itu sebenarnya boleh dielakkan.
Menurut beliau, ada kes pergerakan tanah berlaku berdekatan kawasan itu sebelum ini tetapi ia mungkin tidak dilaporkan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR).
KAJANG: "Saya jerit suruh yang lain melarikan diri namun tanah runtuh dalam sekelip mata menyebabkan kebanyakan rakan ditimbus," kata Mohd Iman Abdullah.
Mohd Iman, 14, adalah antara pelajar Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa yang sempat menyelamatkan diri dalam kejadian tanah runtuh itu yang menyebabkan 25 orang tertimbus.
Mohd Iman berkata beliau sempat menjerit menyuruh rakan-rakannya yang lain melarikan diri apabila melihat tanah mula runtuh.
"Ketika itu kami semua berada di bawah khemah kerana hendak menyiapkan persiapan majlis dan saya melihat tanah bergerak dan runtuh sedikit," katanya.
Seorang lagi pelajar yang terselamat Mohd Jihad Jalal, 14, berkata keadaan ketika itu huru hara dengan bunyi pekikan dan jeritan minta tolong. "Saya sendiri pada mulanya tertimbus sedikit di bahagian kaki sebelum ditarik oleh penduduk," katanya.
Mohd Faizal Isni, 17, pula berkata sebelum kejadian, dia terdengar bunyi kuat seakan ranting patah dan benda jatuh sebelum melihat tanah runtuh ke khemah.
"Ketika itu kami sedang siapkan pentas di khemah untuk sambut pegawai Finas yang dijadual datang pukul 5 petang dan saya berjaya melarikan diri sejurus kejadian," katanya.
Sementara itu, seorang penduduk setempat yang merupakan antara yang terawal tiba di lokasi kejadian berkata beliau tiba 10 minit selepas kejadian dan mendengar jeritan meminta tolong sebelum setengah jam kemudian tiada suara yang kedengaran.
"Saya nampak ada budak yang badannya separuh tersepit dan saya cuba mengalihkan runtuhan namun tidak berjaya.
"Ketika saya sampai dengar suara minta tolong tetapi setengah jam kemudian tiada suara langsung," katanya sambil memberitahu bahawa semalam hujan lebat di kawasan itu.
Warden asrama anak yatim itu, Mohd Hambali Ismail, 34, berkata kejadian berlaku selepas pelajar selesai makan tengah hari dan beberapa pelajar ditugas membersihkan ruang makan itu.
"Masa kejadian saya berada di asrama dan mendengar bunyi dentuman kuat dan saya tengok ramai pelajar dah tertimbus.
"Keadaan masa tu tak boleh gambar dengan kata-kata...," katanya yang telah lima tahun menjadi warden di situ.
Beliau berkata sebelum ini beberapa kejadian tanah runtuh kecil pernah berlaku kira-kira 50 meter dari bangunan rumah anak yatim itu.
"Kejadian ini mungkin ekoran kejadian bulan lepas," katanya. - BERNAMA
PERISTIWA yang mengakhiri riwayat hidup pemimpin tertinggi rangkaian al-Qaeda, Osama bin Laden di Abbottabad, Pakistan adalah antara episod tragis yang sebenarnya mengulangi nasib yang sama pernah dilalui beberapa pemimpin terkenal dunia sebelum ini.
Nyawa yang diragut dengan senjata api atau ledakan bom adalah antara risiko dan nasib yang sering berlaku kepada pemimpin negara mahupun pertubuhan yang terdedah dengan ancaman kerana perbezaan ideologi, tindakan, serta dasar-dasar yang mencetuskan rasa dendam, kemarahan dan tidak puas hati pihak lain.
Justeru rakyat Amerika Syarikat (AS) yang melabelkan Osama sebagai pengganas menyambut berita pembunuhan pemimpin licik itu dengan penuh kegembiraan. Osama dibunuh dalam satu misi tentera AS dan Agensi Perisikan Pusat Amerika (CIA) di Pakistan.
Tentera AS yang mengetuai operasi memburu Osama telah sekian lama gagal menjejakinya dan banyak kali tertipu dengan kelicikan Osama. Bagaimanapun, jika benar riwayat Osama berjaya ditamatkan, apakah kematian tersebut dapat menghadiahkan keamanan kepada dunia?
Yang pasti, pembunuhan dianggap satu kemenangan atau kejayaan untuk menyudahkan segala bentuk keganasan yang sebenarnya menghalalkan satu lagi keganasan dan ia tidak membawa sebarang perubahan kepada keamanan sejagat.
Berikut episod tragis yang menimpa beberapa pemimpin dunia yang terkorban dihujani peluru dan bom.
ANWAR SADAT
Bekas Presiden Mesir, Anwar Sadat ialah antara pemimpin yang menemui ajalnya dengan dibunuh oleh pelampau Islam, rakyatnya sendiri. Penerima Hadiah Nobel Keamanan 1978 itu dibunuh pada 6 Oktober 1981 ketika perbarisan ketenteraan. Pembunuhan ini dikatakan sebahagian daripada jihad Islam Mesir yang menentang perjanjiannya dengan Israel.
Dalam acara lintas hormat berkenaan, Anwar dikawal oleh empat lapisan keselamatan. Bagaimanapun, semasa beliau berdiri menerima tabik hormat, pembunuhnya keluar dari deretan trak-trak tentera dan melontar bom serta melepaskan tembakan selama dua minit.
Seorang jurugambar, berjaya merakamkan detik-detik 'senyuman terakhir' pemimpin itu dan kedengaran jeritan "Matilah kamu Firaun!" sambil tembakan bertalu-talu dilepaskan.
ZIA UR RAHMAN
Presiden Bangladesh, Zia Ur Rahman pula terbunuh setelah wisma pemerintah tempat beliau menginap di kota Chittagong diserbu pada 30 Mei 1981. Serbuan berkenaan dilakukan oleh kelompok pemberontak.
Beliau dikatakan terbunuh setelah ditembak ketika membuka pintu bilik untuk melihat pergaduhan di luar.
RAJIV GANDHI
Pembunuhan Perdana Menteri India, Rajiv Gandhi pula berlaku di Sriperumbudur, Tamil Nadu, India pada 21 Mei 1991. Dalam kejadian tersebut, seramai 14 yang lain turut terbunuh akibat serangan berani mati itu.
Pembunuh yang bertanggungjawab melakukannya ialah seorang wanita yang merupakan ahli Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE). Rakaman kamera wartawan yang turut terbunuh dalam kejadian itu jelas menunjukkan wanita berkenaan, Thenmozhi Rajaratnam memegang kaki Rajiv, mengalung bunga malai dan memetik suis bom pada badannya.
INDRA GANDHI
Ibu Rajiv, Indra Gandhi turut menemui ajalnya dengan ditembak oleh dua pengawal keselamatannya. Wanita pertama yang menjadi Perdana Menteri India selama tiga penggal berturut-turut dari 1966 hingga 1977 itu serta penggal keempatnya mulai 1980, terbunuh pada 1984.
Indra dikenali kerana menubuhkan satu pemerintahan diktator dengan mengisytiharkan darurat setelah sebuah mahkamah membatalkan pemilihan beliau pada 1975, serta memenangi Operasi Bintang Biru menentang kumpulan militan Sikh yang akhirnya membawa kepada pembunuhan beliau.
RAFIK HARIRI
Bekas Perdana Menteri Lebanon, Rafik Hariri yang lahir pada 1 November 1944, ditembak mati pada 4 Februari 2005 apabila bom TNT seberat 1,000 kilogram meletupkan kenderaannya di Hotel St George , Beirut, tengah Lebanon.
Hariri ialah anak seorang peladang yang kemudiannya menjadi kaya-raya. Pada 1980-an, nama beliau disenarai dalam daftar 100 orang terkaya dunia dalam majalah Forbes.
Beliau menjadi Perdana Menteri Lebnon dari 1992 hingga 1998. Kemudian sekali lagi memegang jawatan berkenaan dari tahun 2000 hingga 20 Oktober 2004.
YITZHAK RABIN
Turut menerima nasib yang sama ialah Perdana Menteri Israel, Yitzhak Rabin yang ditembak sebanyak tiga kali pada jarak dekat ketika menghadiri perhimpunan Perjanjian Oslo di Tel Aviv, pada 4 November 1995.
Pembunuhnya, Yigal Amir merupakan seorang berfahaman radikal Yahudi yang menentang Perjanjian Oslo. Rabin mati 40 minit selepas serangan itu akibat kehilangan banyak darah.
BENAZIR BHUTTO
Sementara itu, Benazir Bhutto terbunuh dalam satu serangan bom berani mati di perhimpunan di Taman Liaquaf Bagh Rawalpindi, pada petang Khamis 27 Disember 2007. Benazir yang cedera di kepala dan leher dikejarkan ke Hospital Besar Rawalpindi dan di situ doktor mengesahkan kematiannya.
Kejadian berlaku semasa Benazir memasuki keretanya untuk meninggalkan perhimpunan kempen pilihan raya. Menurut saksi, seorang penunggang motosikal menembak ke arah kereta Benazir dan selepas itu meletupkan dirinya.
Percubaan untuk membunuh Benazir pernah berlaku di Karachi pada 18 Oktober 2007. Walaupun Benazir terselamat tetapi seorang pembunuh berani mati telah menyebabkan hampir 150 orang terbunuh dalam perarakan sambutan kepulangan beliau ke Pakistan selepas hidup dalam buangan selama lapan tahun di Dubai.
Beliau terpilih menjadi perdana menteri wanita pertama Pakistan pada 1988 sebelum dipecat pada 1990. Benazir sekali lagi berjaya memegang jawatan Perdana Menteri pada 1993 sebelum ditewaskan oleh Nawaz Sharif pada 1996.
Rentetan daripada pembunuhan demi pembunuhan itu, ia jelas memperlihatkan tiadanya harga nyawa manusia. Nyawa manusia melayang begitu sahaja dalam tempoh singkat angkara bom dan keganasan.
Perkara yang boleh disimpulkan daripada kesemua insiden hitam ini adalah betapa dunia masih belum selamat daripada keganasan dari dulu sehingga kini, walau bagaimana cara sekali pun keganasan diperangi.
Dan inilah menjadi sebab mengapa perdamaian dan keamanan yang dicari melalui meja rundingan tidak akan menemui titik penentu dan dianggap hanya ilusi.
TPM janji usul kenaikan gred guru akan diselesaikanBALING: Keluhan kira-kira 400,000 guru yang mendakwa tercicir daripada kenaikan gred atau pangkat bermula 1 Januari tahun depan seperti diumumkan Datuk Seri Najib Razak, Isnin lalu, sememangnya dalam perhatian Kementerian Pelajaran untuk diselesaikan.
Bagaimanapun, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta mereka bersabar kerana beliau akan membincangkan perkara itu dengan Perdana Menteri dan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, menerima aduan, SMS dan tuntutan beberapa kesatuan guru yang mahukan kerajaan memberi perhatian terhadap perkara itu.
“Saya akan teruskan usaha berbincang dengan Perdana Menteri dan Ketua Pengarah JPA yang akan memutuskan cara untuk me-menuhi tuntutan berkenaan. “Kita kena ambil kira keupayaan kerajaan kerana dalam keadaan sekarang kita nak jimat perbelanjaan, nak kurangkan defisit negara... dan kalau kita buat keputusan kena ambil kira keupayaan kerajaan menampung kos tambahan disebabkan kenaikan gaji dan elaun,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan bangunan baru Pejabat Pelajaran Daerah Baling/Sik, di sini, semalam.
Beliau berkata, guru terbabit tidak perlu bimbang kerana kerajaan masih mempunyai masa enam bulan lagi untuk meneliti perkara itu sebelum ia berkuat kuasa Januari tahun depan.
Sebelum ini, beberapa kesatuan dalam perkhidmatan perguruan menyatakan kekecewaan mereka kerana enam tuntutan mereka tidak diberi perhatian, termasuk kenaikan gred guru besar di sekolah kurang murid (SKM). Selain itu, mereka menuntut kerajaan mewujudkan jawatan baru gred DG40 iaitu gred tertinggi dalam Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD), selain memperluaskan gred DGA38 kepada semua guru besar dan pengelola kementerian, Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) gagal dilaksanakan.
Mereka juga berharap tuntutan gred jawatan pegawai pelajaran daerah di 139 PPD membabitkan gred DG52 serta pelaksanaan nisbah seorang guru dengan tujuh murid, khususnya bagi Kurikulum Standard Sekolah Rendah diberi perhatian. Muhyiddin berkata: "Kita masih ada masa enam bulan dan dalam tempoh itu kita tidak tahu apa akan berlaku... apa ada dalam fikiran Perdana Menteri pun saya tidak tahu tetapi yakin beliau tahu situasi perkhidmatan awam dan kos hidup yang tinggi.
"Bersabarlah... kerana bila Perdana Menteri umum tarikh kuat kuasa 1 Januari 2012, kita ada masa dan saya harap bila sampai Januari nanti dia (Perdana Menteri) akan tokok sikitlah."Sementara itu, Muhyiddin berkata, Bahagian Sukan, Kementerian Pelajaran diarah mengkaji insentif dan pengiktirafan kepada guru yang menjadi pengurus pasukan dan pegawai kejohanan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) bagi menghargai sumbangan mereka dalam meningkatkan prestasi serta pencapaian atlet dan sukan di sekolah.
Beliau berkata pengiktirafan kepada guru terbabit adalah sama seperti yang diberi kepada atlet yang cemerlang dalam bidang sukan. “Guru terbabit juga perlu diberi pendedahan supaya kewujudan mereka sebagai pegawai kejohanan diterima di persada antarabangsa. "Atlet yang berjaya dan mempunyai potensi tinggi dalam bidang sukan tertentu harus dilatih secara intensif sebelum menghadapi kejohanan peringkat antarabangsa.
“Begitu juga dengan pegawai kejohanan, pendedahan harus diberi kepada mereka supaya kewujudan pegawai kejohanan ini diterima di peringkat antarabangsa seperti atlet," katanya ketika merasmikan Kejohanan Balapan dan Padang MSSM Ke-53 2011 di Stadium Perak di sini, malam tadi.
Oleh Johari Ibrahim dan Azrina Ahzan bhnews@bharian.com.my 2011/05/20
PROSPEK mulai 1 Julai dinilai panel berwibawa
PUTRAJAYA: Kaedah penilaian baru bagi kakitangan awam untuk menggantikan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) yang dimansuhkan Januari lalu, tidak lagi berasaskan peperiksaan, tetapi ditentukan panel penilai berwibawa dianggotai oleh ketua jabatan dan kakitangan pelbagai peringkat.
Panel penilai itu akan bertukar setiap tahun bagi mengelakkan elemen berat sebelah dan unsur pilih kasih.
Program Bersepadu Pembangunan Kompetensi (PROSPEK) menggantikan PTK yang dilaksanakan mulai 1 Julai depan, membabitkan lapan prinsip penilaian baru iaitu falsafah, tujuan, dimensi kompetensi, kaedah penilaian dan pembangunan kompetensi, fleksibiliti, kawalan kualiti, ganjaran dan pencapaian penilaian.
Bagaimanapun, falsafah penilaian berasaskan kompetensi diteruskan dengan skopnya diperluaskan meliputi pembangunan kompetensi dan potensi.
Hasil penilaian akan menentukan status kompetensi pegawai sama ada mempunyai kompetensi cemerlang dan berpotensi tinggi; memenuhi kompetensi dan berpotensi atau memerlukan pembangunan.
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Abu Bakar Abdullah, berkata selain dimensi asas seperti pengetahuan, kemahiran dan sikap, sistem baru itu juga mengambil kira dimensi tambahan, iaitu kreativiti dan inovasi selaras penekanan kerajaan pada masa ini.
“Pegawai yang melalui proses penilaian dan pembangunan serta memenuhi kriteria penilaian yang ditetapkan berpeluang menikmati ganjaran dalam bentuk pembangunan diri dan kemajuan kerjaya,” katanya pada majlis menandatangani persetujuan bersama sistem baru itu dengan Kongres Kesatuan Sekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) di sini, malam tadi. CUEPACS diwakili Presidennya, Datuk Omar Osman. Beliau berkata, penilaian potensi sebagai nilai tambah kepada penilaian baru itu bertujuan memantapkan lagi fungsi pengurusan bakat dalam perkhidmatan awam.
Faedah pembangunan diri, termasuk peluang mengikuti pelbagai program pembangunan untuk meningkatkan kompetensi dan potensi seseorang kakitangan serta pengiktirafan lain seperti Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Pingat Perkhidmatan Cemerlang.
Sementara itu, faedah kemajuan kerjaya termasuk pertimbangan kenaikan pangkat mengikut skim perkhidmatan masing-masing dan peluang mengikuti latihan dalam atau luar negara.
Pegawai yang berada dalam gred kenaikan pangkat pula akan mengikuti program pembangunan kompetensi dan potensi yang ditetapkan mengikut gred berkenaan.
“Kaedah pembangunan boleh berbentuk program seperti Pembangunan Kompetensi Berterusan dan Latihan Berteraskan Kompetensi.
“Ketua perkhidmatan dan jabatan diberi fleksibiliti dalam menentukan aspek dan kaedah penilaian dan pembangunan sesuai dengan keperluan kompetensi jawatan berkenaan,” katanya.
Beliau berkata, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bersedia berunding dari semasa ke semasa untuk melakukan penambahbaikan terhadap sistem penilaian baru itu.
Pengumuman pemansuhan PTK diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Bajet 2011 pada Oktober 2010 berkuat kuasa 1 Januari lalu.
Ujian PTK diperkenalkan pada 2003 berikutan pelaksanaan Skim Saraan Malaysia (SSM) pada Oktober 2002 menggantikan Skim Saraan Baru (SSB) yang diguna pakai bagi menilai prestasi kakitangan awam sejak 1990.
Sebelum ini, Berita Harian melaporkan mulai 1 Julai depan, prestasi kakitangan awam akan dinilai menggunakan konsep 360 darjah oleh pegawai atasan, rakan sejawatan dan kakitangan bawahan bagi menentukan tahap kecekapan mereka untuk pertimbangan sebuah panel khas bagi kenaikan pangkat, pengisian jawatan kosong yang lebih tinggi serta penempatan baru.
Konsep baru itu akan digunakan untuk menilai tahap kecekapan kira-kira 1.2 juta kakitangan awam bagi menggantikan PTK di bawah SSM.
Menyampaikan kata-kata dengan bahasa yang bijaksana mengutip inti rasa getir dengan lafaz di hujung bibirmu mengasah akal menghayati ilmu
Kau daki tangga kebenaran kau selami dasar kemanusiaan kau kembangkan tafsiran maya kau tembusi kabus khurafat kau heningkan bisikan suci memandu kebijaksanaan mengikis kejahilan dengan harum sejarah mengukir setia kau susun debat dan hujah dengan watak yang bijak bermadah memurnikan cinta manusia menatang setia budaya bangsa
kau lukis warna kehidupan yang pahit dengan penderitaan kau buka pintu rahsia kebijaksanaan
di hujung bibir dan jarimu kau jelmakan sebuah kehidupan saat rebah kemiskinan mengalir dalam nan deru kebodohan menggaung gema kaulah pelita ilmu penyelamat bangsa
hadirmu memberikan cahaya ilmu dalam kehidupan menerangi setiap pijakan langkah yang longlai mengentaskan manusia dari jurang kebodohan dan menyelamatkan mereka dari jerat kemiskinan
betapa mulia dedikasimu untuk manusia keyakinan kuat akan suatu perubahan besar mendorongmu untuk terus dan terus melangkah untuk cuba serapkan ilmu dalam diri manusia
Percayalah… Ketulusanmu takkan pernah terganti Keyakinan dan harapanmu kan terwujud abadi Sebab kita berjanji bukan sekadar bermimpi
Sabda Rasulullah S.A.W. "Sesungguhnya Allah dan seluruh Malaikat~Nya serta penghuni langit dan bumi, sehingga semut yang ada di dalam liangnya dan ikan yu, semuanya memohon kerahmatan ke atas orang yang mengajarkan kebaikan kepada manusia." (Hadis Riwayat Al Imam At Tirmizi)
Sesungguhnya ilmu tidak bisa diperoleh kecuali dengan sikap rendah diri dan mendengar baik-baik apa yang disampaikan. Sikap rendah diri, tunduk dan patuh dari seorang penuntut ilmu kepada gurunya merupakan kemuliaan dan kebanggaan.
Nur Kasih The Movie ini adalah kesinambungan daripada drama siri TV popular Nur Kasih. Filem ini adalah selepas lapan tahun kisah didalam drama Nur Kasih.
Filem ini dibuka dengan satu kejadian kemalangan yang ngeri berlatarbelakangkan pemandangan padang pasir Jordan yang indah. Kemalangan ngeri yang disaksikan oleh dua orang arab Badwi itu adalah satu permulaan kisah yang menyentuh hati didalam filem Nur Kasih The Movie ini. berakhir.
Filem ini kemudian membawa penonton ke Kuala Selangor dimana Nur Amina dan Adam sedang bernostalgia mengimbau kenangan lalu. Satu demi satu cerita terungkap dan dapat diketahui bahawa isteri Aidil, Aliyah telah meninggal dunia.
Anak Aidil, Ilyas dan Maryam mempunyai personaliti yang berbeza. Ilyas seperti ayahnya Aidil, lebih suka memendam perasaan dan meratapi pemergian ibunya dalam diam dan lebih mengambil berat tentang keadaan ayahnya. Manakala Maryam pula masih terlalu kecil untuk memahami situasi yang berlaku. Aidil melepaskan beban penderitaan batin yang ditanggungnya dalam satu peristiwa yang menyayat hati.
Adam dan Nur Amina kembali ke Kuala Lumpur dimana mereka menghabiskan masa menjadi sukarelawan di sebuah pusat jagaan kanak-kanak bermasalah. Tujuannya kerana untuk menghilangkan perasaan rindu terhadap anak-anak kerana telah lama mereka belum lagi dikurniakan cahaya mata. Di pusat jagaan ini, watak Mamat, Sara, dan Jamal akan mewarnai kisah mereka.
Apabila mengetahui Nur Amina mengandung, Adam bersyukur kepada Allah, namun takdir menentukan, bayi didalam kandungan Nur Amina keguguran. Kejadian ini membuatkan Adam hilang pertimbangan dan mula berpaling daripada ajaran Allah. Walaubagaimanapun, Aidil berjaya memimpin Adam kembali ke jalan yang benar.
Adam dan Nur Amina bercadang melawat Mekah dan kemudian menyusul ke Jordan pula. Di Jordan, pasangan ini menemui kedamaian yang dicari, namun Adam kembali dihantui oleh igauan ngeri. Adam sering terbayang Nur Amina akan mati. Adam merasakan bahawa ada satu petanda buruk yang akan berlaku. Keimanan dan kesabaran akan teruji lagi. Adam dan Nur Amina mengalami satu kemalangan dahsyat. Didalam serpihan kemalangan itu, Adam mendapati Nur Amina terbaring kaku..
Sinopsis :
Drama bersiri popular Nur Kasih pada tahun lalu disajikan penuh dengan cerita cinta antara Adam lakonan Remy Ishak dan Nur Amina (Tiz Zaqyah) serta pengorbanan Aidil (Fizz Fairuz) kepada adiknya, Adam.Jika dalam drama bersiri, Aidil terpaksa mengorbankan cintanya kepada Nur Amina demi Adam tetapi pengorbanan Aidil tidak terhenti dalam drama yang disiarkan sebanyak 26 episod itu.Ini kerana dia masih lagi menerima pelbagai dugaan dan ranjau dalam menempuhi kehidupan menerusi sekuel terbaru Nur Kasih yang disambungkan dalam bentuk filem.Untuk filem berjudul Nur Kasih The Movie itu, Aidil menjalani kehidupannya sebagai seorang bapa tunggal kepada dua cahaya mata iaitu Ilyas, 7, dan Maryam, 5, setelah isterinya, Alia (Ayu Raudhah) yang meninggal dunia.
NUR KASIH THE MOVIE INFO:
Producer : Rosihan Zain (Executive Producer)
Director : Kabir Bhatia
Producer (Company) : Primeworks Studios Sdn Bhd
(Formelly known as Grand Brilliance Sdn. Bhd.)
Language : Malay
Genre : Drama
Classification : U – General viewing for all ages
Release Date : 19 May 2011
Duration : 90 min
Audio :Stereo
Format : 35mm
Script : Kabir Bhatia (Screenplay), Mira Mustaffa
(Scriptwriter)
Cast : Remy Ishak, Fizz Fairuz, Tiz Zaqyah, Ayu Raudhah,
Liza Othman, Munif Isa, Sara Ali, Adik Mia Sara Nasuha,