Photobucket

Sahabat Maya :

Wednesday, June 9, 2010

Kehebatan Buah Pisang




BUAH PISANG YANG TERKAYA KHASIATNYA






Amaran!!!


Jangan menyimpan buah pisang didalam peti sejuk!!!




Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi –sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada atlit terkenal dunia. Bukan itu saja, malah pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan kita seharian.





Tekanan:


Merujuk kepada survey terbaru yang dijalankan oleh MIND terhadap pesakit-pesakit tekanan jiwa, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan pisang. Ini kerana pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protin yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia, yang menyebabkan kita tenang, mengembalikan mud dan secara amnya membuatkan kita berasa gembira.





PMS:


Lupakan pil-pil hospital –makan sahaja pisang. Vitamin B6 yang terkandung mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh mengembalikan mud anda.





Anemia:


Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah , yang secara tak langsung membantu dalam kes-kes anemia.





Tekanan Darah Tinggi:


Buah tropikal unik ini mengandungi kadar potasium yang tinggi –garam rendah, menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah.










Kuasa Minda:


Kajian dibuat terhadap 200 pelajar di sebuah sekolah di mana semasa peperiksaan dijalankan, mereka diberi makan pisang untuk sarapan, rehat, dan makan tengahari. Keputusannya, buah pisang yang mengandungi kadar potasium yang tinggi dapat membantu pembelajaran dengan menjadikan pelajar-pelajar itu lebih cekap (alert). Penghadaman: Gentian tinggi, jadikan pisang sebagai diet seharian anda pasti membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan besar.





Keletihan:


Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat minuman pisang susu campur madu . Pisang bertindak menyejukkan perut dan dengan bantuan madu dapat membina semula kandungan gula dalam darah yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula memperbetulkan sistem hidrasi semula anda.





Panas Jantung:


Pisang mempunyai kesan anti-asid semulajadi dalam badan. Oleh itu, jika anda menghadapi rasa panas di jantung, cuba makan pisanguntuk pemulihan yang baik.





Demam Pagi:


Jadikan pisang sebagai snek setiap hari untuk membantu memelihara kadar gula dalam darah untuk mengelakkan demam pagi.






Gigitan Nyamuk:


Sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cuba sapukan kawasan bekas gigitan nyamuk dengan lapisan dalam kulit pisang.
Ramai yang telah berjaya mengatasi kegatalan
akibat gigitan nyamuk dengan cara ini.




Saraf:


Pisang mengandungi kadar vitamin B yang tinggi yang dapat membantu menenangkan sistem saraf anda .





Obesiti dan Tekanan Kerja:


Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja menjadi pemangkin kepada pengambilan makanan seperti coklat dan kerepek . Berdasarkan 5,000 pesakit hospital, kajian mendapati kebanyakan pesakit obes membuat kerja-kerja tekanan tinggi. Laporan juga menyatakan, untuk mengatasi masalah ini, kita perlu mengawal kadar gula dalam darah dengan mengambil makanan karbohidrat tinggi setiap 2 jam untuk mengekalkan kadar yang stabil . Makanlah pisang.





Ulser:


Pisang amat baik dalam pencegahan ulser kerana ia bersifat lembut dan tidak mencederakan organ dalaman kita. Ia juga bertindak sebagai peneutral lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak menyaluti lapisan dinding





Kawalan Suhu:


Ramai yang percaya bahawa dengan memakan pisang, ia dapat menurunkan suhu kedua-dua fizikal dan emosi kepada ibu-ibu mengandung. Di Thailand sebagai contoh, ibu mengandung mengambil pisang untuk memastikan bayi yang dilahirkan itu menjadi seorang yang penyabar (cool).










Seasonal Affective Disorder (SAD):


Penyakit ini merupakan simptom yang terjadi akibat daripada kurangnya pendedahan kepada cahaya matahari . Pisang dapat membantu pesakit ini kerana ia mengandungi tryptophan semulajadi yang membaikpulih mud kita.





Ketagihan Rokok & Tembakau:


Pisang dapat membantu perokok yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, potasium dan magnesium yang terdapat dalam pisang, ia dapat membantu tubuh kita dalam membaikpulih kesan nikotin terhadap tubuh





Stress:


Potasium merupakan bahan mineral vital, yang membantu menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kepada otak dan mengimbangi kandungan air dalam tubuh . Bila kita stres, kadar metabolisma kita naik, menyebabkan kadar potassium menurun. Keadaan ini dapat diimbangi semula dengan bantuan snek pisang yang tinggi potassium.





Strok:


Mengikut kajian dalam buku „The New England Journal of Medicine„, mengambil pisang sebagai diet harian mampu mengurangkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40%!





Lain-lain Penyakit Kulit:


Pengamal perubatan semulajadi (alternatif) berpendapat, untuk menghilangkan pelbagai masalah kulit, termasuk jerawat, kudis, parut, kurap, dan sebagainya, ambil sekeping kulit pisang, tampalkan sebelah dalam kulit pisang itu pada tempat yang ingin dirawat dengan menggunakan plaster luka biasa atau pun plaster bedah . Jadi, pisang memang merupakan ubat semulajadi kepada banyak penyakit. Jika dibandingkan dengan epal, pisang mempunyai 4 kali ganda kandungan protin, 2 kali karbohidrat, 3 kali fosforus, 5 kali vitamin A dan zat besi, dan 2 kali vitamin dan mineral lain. Ia juga kaya dengan potassium dan merupakan salah satu makanan terbaik yang mudah didapati.





Jadi
mungkin inilah masa
untuk berubah kepada kata yang biasa disebut-sebut,

“Sebiji pisang sehari dapat menjauhkan doktor!”







Teruskan membaca..

Tuesday, June 8, 2010

Kisah Tukang Gunting





Seorang lelaki
bernama Manan
datang ke sebuah salon
untuk memotong rambut dan janggutnya.
Dia pun memulai
sedikit perbualan yang hangat
dengan
tukang gunting yang melayaninya.
Berbagai macam topik dibincangkan,
hingga akhirnya Tuhan jadi subjek perbualan.



Tukang Gunting: "Encik, saya ini tidak percaya kalau Tuhan itu ada seperti yang encik katakan tadi."



Mendengar ungkapan itu, Manan terkejut dan bertanya: "Mengapa anda berkata demikian?"



"Mudah saja,cuba encik menjengok ke luar tingkap itu dan sedarlah bahwa Tuhan itu memang tidak ada. Tolong jelaskan pada saya, jika Tuhan itu ada, mengapa banyak orang yang sakit? Mengapa banyak anak yang terbiar?. Jika Tuhan itu ada, tentu tidak ada sakit dan penderitaan. Tuhan apa yang mengizinkan semua itu terjadi...". ungkap si tukang gunting dengan nada yang tinggi dan angkuh.



Manan pun berfikir tentang apa yang baru saja dikatakan oleh tukang gunting.



Namun, ia sama sekali tidak memberi respon atau jawapan agar perbincangan tersebut tidak menjadi hangat lagi.



Ketika tukang gunting selesai melakukan pekerjaannya, Manan pun berjalan keluar dari kedai tersebut. Baru beberapa langkah, dia bertembung dengan seorang laki-laki berambut panjang dan janggutnya pun lebat. Sepertinya ia sudah lama tidak pergi ke kedai gunting rambut dan itu membuatkannya terlihat tidak kemas.




Manan kembali masuk ke dalam kedai dan kemudian berkata kepada tukang gunting, "Tukang gunting itu sebenarnya tidak adakan sepertimana yang anda kata bahawa Tuhan itu tidak ada!..."



Si tukang gunting pun terkejut dengan perkataan Manan tersebut.



"Bagaimana mungkin mereka tidak ada, buktinya adalah saya. Saya ada di sini dan saya adalah seorang tukang gunting" sanggahnya si tukang gunting.



Manan kembali berkata tegas, "Tidak, mereka tidak ada. Kalau mereka ada, tidak mungkin ada orang yang berambut panjang dan berjanggut lebat. Contohnya lelaki di luar itu."



"Ah, anda merepek saja... Tukang gunting selalu ada di mana-mana. Yang terjadi pada lelaki itu adalah bahwa dia tidak mau datang ke kedai saya untuk di gunting rambut dan bercukur." jawabnya tenang sambil tersenyum.



Tegas Manan "Tepat sekali! Itulah jawapannya untuk soalan anda kepada saya tadi. Tuhan itu memang ada. Yang terjadi pada umat manusia itu adalah kerana mereka tidak mau datang mencari dan menemui-Nya. Itulah sebabnya mengapa begitu banyak penderitaan di seluruh dunia ini...."



Mendengar jawapan dari Manan tersebut menyebabkan si tukang gunting diam membisu tidak terkata.








Moral dari kisah di atas:



Dari cerita di

atas ini,

dapat kita simpulkan bahawa

kita sebenarnya lupa akan

ALLAH, TETAPI ALLAH

tidak lupa akan kita.

Hanya bila kita sakit atau susah

barulah kita

mengingatiNYA

sedangkan apabila kita

hidup senang dan sihat

kita lupa akan

kewujudanNYA.





Renungkanlah seketika.

Berapa banyak kalikah

kita memujiNYA

pada setiap hari?

Dan berapa banyak kalikah

kita memuji diri kita

dan diri orang lain setiap hari?

Dan

apabila kita memuji

ALLAH

sesudah solat,

adakah kita

memujiNYA

dengan bersungguh-sungguh

sepertimana kita

memuji diri seseorang tokoh?



================
~~~~~~~~~~~~~~~~



Laughter Is The Best Medicine





Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus. Selepas memeriksa
mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilik berkenaan.



Polis: Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?

Penjaga: Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba-tiba diserang strok. Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit jantung manakala yg ketiga disambar petir.

Polis: Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?

Penjaga: Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya…..





http://fototeacher.com/blog/wp-content/uploads/2008/12/creativeness-in-photography2.jpg
Teruskan membaca..

Monday, June 7, 2010

Bahagiakan Hatimu



Bahagiakan hatimu...........


Pengurus Penerbitan : Tuan Haji Faris Hasbullah

Editor Perolehan : Mohd Hariri Mohamad Daud

Editor Pengurusan : Firdaus Md Tahir

Kulit Buku : Hisham Salmin

Tim PTS ISLAMIKA - Ustaz Imran Azmi, Utsaz Fariz Firdaus dan Ustazah Asyuura


Buku ini pada asalnya berjudul Tombo Hati, namun selepas pembentangan konsep buku maka buku ini ditukar judul iaitu Bahagiakan Hatimu. Ulama Besar Ibnu Qayyim menulis untuk mereka yang inginkan kebahagiaan hidup, ketenangan jiwa dan dekat dengan Allah. Ikuti ulasan dari Prof Kamil Ibrahim (Penulis buku Travelog Haji dan Travelog dakwah). - Kredit buat ProfKamil Ibrahim dan universitipts.com



Ibnu Qayyim adalah salah seorang pakar psikologi Islami yang sangat terkenal. Beliau lahir hampir 800 tahun yang lalu, iaitu pada tahun 1292 Masehi di kota Damsyik, Syria. Sebagai contoh, menurut Ibnu Qayyim, tingkah laku menangis dapat dikategorikan ke dalam 10 jenis tangisan:



a. Air mata yang tercetus oleh emosi kasih sayang, dan hati yang lembut.


b. Tangisan yang disebabkan oleh perasaan amat takut.



c. Air mata yang disebabkan oleh rasa cinta.


d. Air mata gembira.


e. Tangisan yang disebabkan oleh penderitaan.


f. Air mata kesedihan.


g. Air mata yang mengalir disebabkan diri berasa lemah dan hina.


h. Air mata belas kasihan.


i. Menangis kerana terikut-ikut orang lain menangis.


j. Tangisan hipokrit, yakni pura-pura.



======================================


Tips kejayaan daripada Steve Jobs.



Tips kejayaan

daripada Steve Jobs.

Beliau merupakan salah seorang

pereka teknologi yang begitu dikenali.

Pernah dengar iPhone?

Itulah penghasilan beliau.

Beliau merupakan

pengasas kepada Syarikat Apple.

Tetapi oleh sebab-sebab tertentu,

beliau telah disingkirkan

daripada syarikat tersebut.

Tetapi akhirnya kembali ke syarikat tersebut

kerana hanya beliau sahaja

mampu membuat Apple

pergi jauh dengan kebolehannya.

;-)

1. Lakukan perkara yang anda sukai.Hasil karya yang baik datang daripada melakukan perkara yang anda suka. Semua orang yang berjaya pada hari melakukan perkara yang mereka minati.Tiger Woods dengan golfnya. Donald Trump dengan minatnya berurusan dengan hartanah. Tony Fernandes dengan minatnya dalam pemasaran.



2. Menjadi seorang yang berbeza. Belajarlah untuk berfikir lain daripada lain. Berfikir di luar kotak dan idea baru. Sekadar berkongsi dengan panjang, ini sebenarnya mematuhi hukum Pareto. Anda akan dibayar lebih jika melakukan perkara di mana orang lain kurang mahir dalam melakukannya.



3.Lakukan yang terbaik. Dalam setiap perkara yang dilakukan, berikan yang terbaik. Mungkin hasilnya tidak nampak sekarang, tetapi percayalah ianya pasti kembali.



4. Lakukan analisis SWOT . Senaraikan kelemahan dan kekuatan anda. Membuat senaraian membuat anda tahu apa yang perlu dikuatkan dan apa yang perlu dielakkan.




5. Bermula kecil dan berfikiran besar. Jangan terlalu memikirkan sesuatu perkara dengan begitu kompleks. Bermulalah dengan sesuatu yang mudah.Think big and start small.




6. Memberi fokus pada hasil akhir. Hal ini kerana tidak kira apa yang anda lakukan, masyarakat menilai pada hasil akhir. Buktikan kepada mereka.


Itulah 6 tips yang dikongsi oleh Steve Jobs.




Teruskan membaca..

Sunday, June 6, 2010

Belajar melalui kesilapan

Belajar melalui kesilapan



BELAJAR melalui kesilapan bukan bermakna anda perlu melakukan kesilapan ketika belajar. Ungkapan tersebut bermaksud setiap kesilapan yang dilakukan mampu memberi pengajaran, menginsafi ketelanjuran, menyedari kelemahan diri dan memberi ruang untuk membuat penambahbaikan.



Memberi pengajaran

Seseorang itu boleh belajar bukan sahaja daripada guru atau sumber lain tetapi daripada setiap kesilapannya. Sebagai contoh jika seorang murid melakukan kesilapan dalam latihan matematik, kesilapan tersebut dengan secara tidak langsung memberi pengajaran atau maklumat tentang jawapan atau kaedah yang sebenarnya yang harus dilakukan. Dengan cara ini dia sudahpun memperolehi pengetahuan baru.




• Menginsafi ketelanjuran

Setiap manusia tidak boleh lari daripada melakukan kesilapan. Walau bagaimanapun ini tidak bermakna ia boleh dijadikan alasan setiap kali kita melakukan kesilapan.


Setiap hukuman yang diterima akibat ketelanjuran yang dilakukan secara sengaja atau tidak sengaja, seperti melanggari peraturan atau garis panduan disiplin sekolah harus diinsafi, dijadikan iktibar serta bertekad untuk meninggalkannya.


Dalam hal ini keinsafan yang kita alami ini merupakan proses belajar yang mampu memberi bimbinga ke arah jalan yang benar.




• Menyedari kelemahan

Kekuatan dan kelemahan sentiasa berada di diri kita. Seseorang yang kuat dari segi fizikal mungkin lemah dari segi mental atau kerohaniannya. Begitulah juga sebaliknya.


Oleh itu kesilapan yang dilakukan itu memberi isyarat kepada kita bahawa di samping kekuatan yang kita peroleh terdapat lagi banyak kelemahan yang perlu diatasi.


Dengan cara ini manusia belajar supaya dapat mengelakkan diri daripada sifat angkuh, riak atau sombong terhadap apa yang dimiliki.


Hal ini bukan bermakna kita tidak boleh bangga dengan kekuatan yang ada pada diri kita. Kebanggaan mampu meningkatkan aras harga diri yang sekali gus menjadi faktor penggerak atau motivasi ke arah kejayaan.


Walau bagaimanpun kebanggaan ini seharusnya digandingi dengan kesyukuran. Kesyukuran mampu mengelakkan diri kita menjadi riak atau sombong. Kesyukuran mendekati diri kita kepada Allah dan menghargai setiap pemberianNya kepada kita serta mampu memupuk rasa bertimbang rasa kepada yang tiada. Inilah satu pengajaran yang amat besar pada diri kita.




• Membuat penambahbaikan

Hari ini lebih baik daripada hari semalam dan hari esok lebih baik daripada hari ini. Ungkapan ini menunjukkan setiap hari kita perlu melakukan perubahan diri untuk menjadi cemerlang. Setiap kelemahan bukan berakhir dengan kekecewaan tetapi perlu membuat penambahbaikan untuk mencapai kejayaan.


Justeru, murid-murid tidak seharunya takut atau malu jika berlaku kesilapan ketika belajar. Anda harus mengkaji setiap kesilapan yang dilakukan dan seterusnya mengambil tindakan yang bijak untuk mengatasinya.


Ingat! setiap kesilapan memberi ruang dan peluang untuk anda membaikinya dan hasilnya kejayaan yang cemerlang menanti anda.



Sumber : http://www.tutor.com.my/tutor/dunia.asp?y=2010&dt=0603&pub=DuniaPendidikan&sec=Motivasi&pg=mo_01.htm








Teruskan membaca..

Saturday, June 5, 2010

~Cuti-cuti Malaysia~







Cuti sekolah kembali lagi.
Yang bercuti selamatlah bercuti
manakala
yang terpaksa meneruskan tugas
di waktu cuti sekolah
laksanakankanlah
tugas dengan sehabis baik...............
Usahlah bersedih
jika ada kawan-kawan yang
bercuti sakan
ada pula yang terpaksa
bekerja sakan......................................
Yang rasa bercuti sakan tu...............
sebenarnya tidaklah bercuti sakan.................
Apa tidaknya, berbungkus-bungkus
kertas jawapan murid yang mesti ditanda
dengan penuh berhati-hati dan teliti.
Semuanya buat di rumah bukan di sekolah.
So,
tak la bercuti sakan nampaknya yea...............
Apapun situasinya,
cuti atau tidak
bekerja atau tidak
Yang pastinya
tanggungjawab mesti dilaksanakan
sehabis baik.



Selamat Bercuti buat anakku dan anak-anak didikku. Isilah masa yang ada ini dengan menambah ilmu di dada. Solat jangan dilupa.








Teruskan membaca..

Sunday, May 30, 2010

~Menghadapi Peperiksaan~



Semangat belajar
tidak akan terbentuk apabila orang tersebut
tidak mempunyai keinginan,
cita-cita,
atau
menyedari manfaat belajar
bagi dirinya.


CARA MENGHADAPI PEPERIKSAAN



Beberapa perkara yang perlu dilakukan semasa menghadapi peperiksaan:



· Sepanjang minggu peperiksaan hendaklah mendirikan sembahyang hajat.



· Sewaktu hendak keluar dari rumah menuju ke dewan peperiksaan, dikehendaki mengambil air sembahyang dan berpakaian bersih.



· Sewaktu hendak keluar dari rumah menuju ke dewan peperiksaan, dikehendaki takbir 9 X dan ketika hendak melangkah keluar dari rumah,mesti didahului dengan kaki kanan.



· Apabila sampai di dewan peperiksaan hendaklah takbir sebanyak 9 X.



· Ketika hendak menunggu kertas jawapan atau sebelum menjawab soalan, hendaklah membaca surah berikut dari awal hingga akhir sebanyak 9 X:




الم نشرح لك صدرك



· Sekiranya terlupa ketika sedang

mmenjawab soalan, dikehendaki selawat keatas Rasullah s.a.w sebanyak 3X.



Berusaha ,Berdoa dan bertawakal senjata orang Mukmin



“Semoga Berjaya”



MENDISIPLINKAN DIRI MENUJU KEJAYAAN



  • Siap sedia untuk mengenal kelemahan dan kekuatan.

  • Ada motivasi dan wawasan.

  • Ada keyakinan diri.

  • Penggunaan tenaga hebat yang betul.

  • Mengurus diri dan masa dengan tepat.

  • Hubungan proaktif dengan pengajar dan kawan.

  • Mengenal positif negatif persekitaran.




SIKAP KENDIRI


Sikap perlu berubahnegatif ke positif


Seimbangkan antara kegemaran biasa dengan belajar


Bentuk suasana persaingan mantap


Bentuk budaya belajar





PERANCANGAN



TUGASAN MESTI DIBUAT


Ada Matlamat dan Tujuan


90% Usaha diri pelajar sendiri


10% Bantuan orang lain dan guru


•Ada peraturan sendiri


Disiplin diri


•Tahu pengurusan masa


  • Tidak terpaksa/Relax




PENGURUSAN MASA


KITA ADA 24 JAM SEHARI SEMALAM (16 JAM TERIKAT DAN 8 JAM TIDAK TERIKAT).


DALAM 16 JAM (7 JAM TIDUR, 7JAM SEKOLAH DAN 2 JAM MAKAN /
MINUM/ SOLAT).


DALAM 8 JAM : -BUAT JADUAL BAGI PELAJAR SENDIRI.






PELAJAR BERMATLAMAT


INGIN BERJAYA


SUKA MEMBACA


MENUMPUKAN PERHATIAN


SUNGGUH-SUNGGUH


SERING BERBINCANG


CITA-CITA TINGGI


TERBUKA MENERIMA TEGURAN


MEMBANTU KELUARGA DAN BANGSA



TEKNIK BELAJAR


MASA SEGAR

BERDASARKAN SUASANA DAN KEADAAN KEGEMARAN SENDIRI


GABUNGAN BANYAK PANCA INDERA(baca, dengar, soal, tulis, alatan)


BERULANG


MEMILIH TAJUK /ISI PENTING; (besar/kecil/ceraian/lakaran)


Uji




Teruskan membaca..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...