Sahabat Maya :

Wednesday, January 29, 2014

Syor perkenal subjek Perlembagaan Persekutuan

http://1.bp.blogspot.com/_qda3pw85zI4/SUc9XTzS6BI/AAAAAAAAACs/Y6ZqXQaf93U/s400/rukun_negara_besar.gif

Syor perkenal subjek Perlembagaan Persekutuan

Kuala Lumpur: Subjek Perlembagaan Persekutuan perlu diperkenal dan diwajibkan kepada semua murid sekolah rendah, pelajar menengah hingga universiti. 
 
 
 
 
 
 


Tokoh akademik yang juga Ketua Eksekutif Karyawan, Datuk Zainal Abidin Borhan, berkata ia bertujuan memberi pemahaman khusus kepada rakyat terutama generasi akan datang mengenai semua perkara yang termaktub dalam Perlembagaan bagi mengelak polemik berterusan.
Katanya, mata pelajaran Sejarah semata-mata tidak mencukupi bagi mendidik seseorang itu menjadi warga yang menjunjung dan mendaulat Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang utama negara, sekali gus memerlukan subjek Perlembagaan diperkenal dan diwajibkan, bukan saja kepada pelajar, tetapi juga mereka yang menceburi bidang politik. 
 
 
 
 


“Kalau rakyat tiada ilmu mengenai Perlembagaan negara, ia sesuatu yang sukar dan memalukan. Itu yang berlaku apabila rakyat hari ini mempersoalkan peruntukan yang termaktub dalam Perlembagaan,” katanya pada media selepas forum ‘Relevansi Majlis Raja-Raja Melayu Sebagai Komponen Pentadbiran di Malaysia’, di sini semalam. 
 
 
 
 


Patuhi titah Sultan, fatwa
 
 
 
 
Mengulas tindakan pelbagai pihak mendakwa bukan Islam tidak perlu patuh kepada titah Sultan atau fatwa dikeluarkan Majlis Fatwa Kebangsaan berhubung isu kalimah Allah kerana Malaysia adalah negara sekular, beliau berkata, wajib setiap rakyat tanpa mengira kaum dan agama, taat kepada pemerintah kerana ia termaktub dalam Perlembagaan. 
 
 
 
 


Sementara itu, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang juga Setiausaha Majlis Raja-Raja, Datuk Seri Danial Syed Ahmad, berkata majlis berkenaan boleh membincangkan isu berkaitan agama seperti kalimah Allah dalam persidangannya, Februari ini jika Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM) mengusulkan perkara itu. 
 
 
 
 
 
Sumber




No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...