Sahabat Maya :

Friday, January 24, 2014

MOSTI keluar plat khas dilengkapi GPS


fitness motivational quotes Motivational Fitness Quotes Wallpaper

MOSTI keluar plat khas dilengkapi GPS

Shah Alam: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) akan mengeluarkan nombor pendaftaran khas untuk kenderaan, yang dilengkapi teknologi sistem pengesanan lokasi (GPS). 
 
 
 
 


Menterinya, Datuk Dr Ewon Ebin, berkata nombor pendaftaran itu dijangka dikeluarkan dalam tempoh sebulan lagi, sekali gus meningkatkan aspek keselamatan kenderaan yang dipasang teknologi itu. 
 
 
 
 



“Pelaksanaan nombor pendaftaran ini sudah dirancang sejak September tahun lalu dan kini MOSTI hanya menunggu kelulusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. 
 
 
 
 


“Nombor ini akan ditulis 1MYC, diikuti nombor siri pendaftaran kenderaan yang menggunakannya kepada 370 pemilik saja,” katanya selepas melancarkan MYC 2014 di Bangunan SIRIM, di sini semalam. 
 
 
 


Hadir sama, Timbalan MOSTI, Datuk Abu Bakar Mohamad Diah; Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), Datuk Dr Mohd Azhar Yahaya dan Pengerusi SIRIM Berhad, Datuk Jamaliah Kamis. 
 
 
 
Sumber

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...