Baitulmuqaddis bermandi salji
|
TEMBOK BARAT dan Kubah Batu yang menjadi
tempat suci orang Yahudi dan Islam di Baitulmuqaddis
dilitupi salji semalam.
BAITULMUQADDIS - Ribut salji melanda kota ini dan beberapa bahagian Tebing Barat yang ditakluki oleh Israel semalam.
Fenomena yang jarang berlaku itu menyebabkan aktiviti di kota ini
lumpuh manakala beratus-ratus buah kenderaan terkandas selepas
jalan-jalan raya tidak dapat dilalui.
Pihak berkuasa Israel berkata, salji tebal mencecah 50 sentimeter turun di sini sejak kelmarin.
"Sepanjang 54 tahun saya hidup di sini, saya tidak pernah melihat
pemandangan seperti ini (salji) kata Datuk Bandar Baitulmuqaddis, Nir
Barkat.
Ribut salji itu menyebabkan pasukan penyelamat, polis dan tentera
terpaksa berkerja keras untuk mengeluarkan beratus-ratus orang yang
terkandas di dalam kenderaan mereka di beberapa buah lebuh raya dekat
sini.
Dalam pada itu, lebih 500 penduduk ditempatkan di sebuah pusat konvensyen yang dijadikan sebuah penempatan sementara.
Semua lebuh raya menuju ke kota ini juga ditutup sehingga diberitahu
kelak dengan suhu turun secara mendadak mencecah 2° Celsius ekoran salji
berterusan.
Beribu-ribu penduduk terpaksa bergelap selepas banyak kabel elektrik putus akibat dihem-pap dahan pokok yang patah. - Reuters
No comments:
Post a Comment