Sahabat Maya :

Sunday, November 17, 2013

Tambah baik dasar PBS Januari

http://ideasforenglish.files.wordpress.com/2013/04/1-edited.png

Tambah baik dasar PBS Januari

 

Besut: Dasar Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) yang sedang dilaksanakan di sekolah di seluruh negara akan diteruskan dengan penambahbaikan mulai Januari tahun depan. 
 
 
 


Menteri Pendidikan Kedua, Datuk Seri Idris Jusoh, berkata satu mesyuarat khas dipengerusikan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, Datuk Dr Madinah Mohamad, diadakan semalam bagi melihat semua kekurangan dan masalah supaya dapat dilaksanakan lebih cekap dan tidak membebankan guru. 
 
 
 

 
 Katanya, antara yang diberikan penekanan termasuk membaiki pelaksanaan dengan penumpuan kepada sistem PBS yang didakwa oleh guru tidak boleh digunakan kerana ada kelemahan dalam penggunaan sistem talian dan program pengisian yang tiada penyelarasan. 
 
 
 
 

“Kali ini kita akan pastikan sistem pengisian markah pelajar dapat digunakan dengan lebih mudah melalui penggunaan tidak banyak sistem bagi semua mata pelajaran secara integrasi,” katanya selepas merasmikan majlis berkhatan dan bertindik peringkat Parlimen Besut anjuran Majlis Kebudayaan Daerah Besut, di Balai Budaya di Kampung Raja di sini semalam. 
 
 


Guna satu modul
 
 
 
Menurutnya, kementerian juga cuba melaksanakan PBS dengan tidak menggunakan terlalu banyak modul penilaian, malah akan dicadangkan dengan hanya satu saja nanti. 
 
 


Idris bagaimanapun kesal dengan tindakan sesetengah pihak termasuk pembangkang yang cuba memainkan isu PBS tanpa mendalami dengan lebih halus objektif pelaksanaannya. 
 
 

Katanya sebelum ini pelbagai pihak menyatakan sistem pelajaran di negara ini lebih berorentasikan peperiksaan yang menyebabkan ramai pelajar bosan dan tercicir dalam pelajaran. 
 
 


"Bertindak balas atas pandangan rakyat, kerajaan memperkenalkan PBS yang menilai dan mendidik pelajar secara menyeluruh dalam semua aspek tetapi kini mereka tetap menyatakan ia tidak bersesuaian,” katanya.
 
 
 
Justeru, Idris meminta semua pihak memahami PBS yang diwujudkan daripada Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM), mencakupi semua aspek pendidikan serta berupaya memastikan kadar akses sejagat dalam kalangan kanak-kanak dari peringkat prasekolah hingga ke peringkat menengah atas menjelang 2020. - BERNAMA 
 
 
 
Sumber
 
 
 
  
 
 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...