Sahabat Maya :

Thursday, September 26, 2013

QGU3013-Tugasan-Esei Ilmiah UPSI





PERINCIAN TUGASAN KURSUS QGU 3013  

KURIKULUM KONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN JASMANI

 DAN PENDIDIKAN KESIHATAN


SEM 1 SESI 2013/2014

TUGASAN BERTULIS 

(40 MARKAH)


Arahan kepada pelajar:

SOALAN  TUGASAN INI MENGANDUNGI DUA (2) SOALAN

JAWAB SEMUA SOALAN.

(Pensyarah E-Learning: Sila masukkan arahan ini dalam ruangan  Assignment)

SOALAN 1.  Pelajar dikehendaki menyediakan satu folio berkenaan Teaching Game For Understanding  (TGFU) dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani.

a.      Dalam folio tersebut, pelajar hendaklah berupaya mengurus, melakukan sintesis dan membincangkan dengan jelas tentang konsep TGFU berdasarkan objektif  yang disenaraikan seperti berikut:

                                i.            Mendefinisikan TGFU.

                              ii.            Menerangkan  kepentingan TGFU.

                            iii.            Menyatakan  komponen TGFU.

                             iv.            Menjelaskan  kepentingan  pengajaran PJ menggunakan  kaedah TGFU.

                               v.            Membandingkan dan membezakan antara pengajaran secara tradisional dengan kaedah  TGFU.

                             vi.            Menyediakan EMPAT modifikasi permainan bagi setiap kategori dalam komponen  TGFU  dengan pecahan seperti berikut:

Ø  Komponen menyerang dan bertahan – SATU modifikasi permainan

Ø  Komponen sasaran – SATU modifikasi permainan

Ø  Komponen jarring dan dinding – SATU modifikasi permainan

Ø  Komponen memadang – SATU modifikasi permainan

Modifikasi permainan yang dibina hendaklah lengkap dengan maklumat berikut:

Ø  Lakaran

Ø  Huraian penjelasan

Ø  Peraturan

Ø  Borang skor

b.      Untuk menghasilkan  portfolio  yang  berkualiti, pelajar dikehendaki:

                             i Menyediakan bukti sokongan dalam perbincangan tersebut dengan menggunakan bahan seperti dapatan kajian, gambarajah, carta, statistik dan sebagainya yang diperoleh sumbernya selain daripada buku teks.

                           ii.               Setiap bukti dan penjelasan yang dihasilkan mesti disertakan bersama rasional dan refleksi kendiri oleh pelajar.

                         iii.               Menggunakan kreativiti secara maksimum untuk menghasilkan portfolio yang bernas, bermutu, menarik dan mudah difahami pembaca.

c.       Format penulisan portfolio:

                          i.                  Mengandungi muka hadapan.

                        ii.                  Mengandungi bahagian isi kandungan.

                      iii.                  Mempunyai tajuk, sub tajuk dan rujukan.

                       iv.                  Di taip langkau 1.5.

                         v.                  Tiada had jumlah muka surat bergantung sebanyak mana pelajar boleh membuktikan kefahaman beliau terhadap tajuk yang diberi secara kreatif dan efektif.

                       vi.                  Portfolio disusun dalam bentuk soft copy dan hendaklah diupload ke dalam tapak penghantaran tugasan yang terdapat dalam MYGURU.

d.   Kaedah pemarkahan:

KRITERIA
5
4
3
2-1
MARKAH
Organisasi

Organisasi portfolio mengikut format yang ditetapkan, kreativiti yang sangat memuaskan
Organisasi portfolio mengikut format yang ditetapkan tetapi kreativiti yang ditunjukkan kurang memuaskan atau sebaliknya.
Organisasi portfolio tidak mengikut format yang ditetapkan, kreativiti yang ditunjukkan kurang memuaskan.
Organisasi tidak tersusun dan tidak dirancang dengan baik. Kurang kreativiti.

KRITERIA
15-12
11-8
7-4
3-1
MARKAH
Isi Kandungan
Mengandungi maklumat yang relevan, tepat dan mencukupi, mengandungi unsur penyelidikan yang teliti, dan integrasi maklumat yang sistematik.
Mengandungi maklumat yang relevan tetapi kurang mencukupi, unsur penyelidikan adalah memuaskan, namun masih menunjukkan integrasi maklumat yang sistematik
Mengandungi maklumat yang kurang relevan dan kurang mencukupi, mengandungi unsur penyelidikan yang sangat sedikit. Tiada integrasi maklumat.
Mengandungi maklumat yang kurang relevan dan kurang mencukupi, kebanyakan maklumat berasaskan pendapat peribadi, tiada sebarang penyelidikan dibuat.

JUMLAH MARKAH KESELURUHAN

20


SOALAN  2. 



  Bincangkan  tentang  masalah  obesiti  
dalam  kalangan  pelajar  sekolah  di  Malaysia



Huraian anda  hendaklah  dikaitkan  dengan  matlamat 
 Pendidikan  Kesihatan  menurut  Ewles  dan  Simnett (1986). 


Penulisan  hendaklah  disertakan  dengan  rujukan 
 seperti  jurnal, buku  dan  sumber internet.
 Anda  dikehendaki  memasukkan   sumber  rujukan 
di dalam  bahagian  Rujukan  dalam  tugasan. 


Panjang  tugasan  ialah 10-15  muka   surat  termasuk  muka  depan, isi  kandungan  dan  rujukan.

a.      Kaedah pemarkahan:

KRITERIA
16-20
11-15
6-10
1-5
MARKAH
Isi Kandungan
Mengandungi maklumat yang relevan, tepat dan mencukupi, mengandungi unsur penyelidikan yang teliti, dan integrasi maklumat yang sistematik.
Mengandungi maklumat yang relevan tetapi kurang mencukupi, unsur penyelidikan adalah memuaskan, namun masih menunjukkan integrasi maklumat yang sistematik
Mengandungi maklumat yang kurang relevan dan kurang mencukupi, mengandungi unsur penyelidikan yang sangat sedikit. Tiada integrasi maklumat.
Mengandungi maklumat yang kurang relevan dan kurang mencukupi, kebanyakan maklumat berasaskan pendapat peribadi, tiada sebarang penyelidikan dibuat.

JUMLAH MARKAH KESELURUHAN

20

3.    Tarikh akhir hantar tugasan ialah pada

 23 NOVEMBER 2013 (MINGGU KE 10).

Maklumat penghantaran tugasan adalah seperti berikut:

a.      Kedua-dua soalan
tugasan di atas membawa sebanyak 40 MARKAH.

b.      Kedua-dua tugasan hendaklah ditulis dalam 1 FAIL sahaja dan diupload dalam tapak penghantaran tugasan.

c.       Tugasan ini hendaklah dihantar kepada
 PENSYARAH E-LEARNING KUMPULAN MASING-MASING SAHAJA!  


Jangan hantar tugasan ini kepada tenaga pengajar tutorial kerana
 mereka mungkin bukan pensyarah e-learning anda, atau sesiapa
 sahaja yang bukan menjadi pensyarah e-learning  kumpulan anda.


d.      Mekanisme penghantaran tugasan ini adalah melalui  
TAPAK YANG DISEDIAKAN DALAM TUGASAN MYGURU3 SAHAJA! 
Jangan hantar tugasan melalui emel atau  pos.  Pensyarah E-Learning anda
TIDAK AKAN MELAYAN tugasan yang dihantar melalui pos atau emel 
kecuali atas kes-kes tertentu yang dipersetujui oleh pensyarah e-learning. 




e.     SILA HANTAR TUGASAN INI SEBELUM TARIKH TUTUP 
IAITU PADA 23 NOVEMBER (MINGGU KE -10)! 



Tarikh tutup tapak penghantaran tugasan adalah muktamad dan tidak akan 
dibuka lagi selepas itu.


f.        Oleh yang demikian, pastikan anda mengikuti langkah-langkah sepatutnya 
dalam proses “upload’ tugasan bagi memastikan pensyarah e-learning berjaya membuka tapak penghantaran tugasan anda.


g.       Merujuk kepada pengalaman semester  lepas, 
pensyarah e-learning tidak ada masalah dalam membuka tapak tugasan 
pelajar kecualilah jika pelajar sendiri tidak melakukan  proses  ‘upload’ dengan betul menyebabkan tugasan diterima tapi tidak boleh dibuka.



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...