Photobucket

Sahabat Maya :

Thursday, September 12, 2013

Perbendaharaan Kata




UNDAN :

Undan ialah sejenis burung yang tergolong dalam famili Pelecanidae.  Terdapat dua jenis burung undan, iaitu jenis Pelecanus Anocrotalus dan Pelecanus Roseus.

Burung undan daripada jenis Pelecanus Anocratalus adalah berwarna putih, manakala di sebelah tepi sayapnya berwarna hitam dan setompok kuning kelihatan di dadanya.  Terdapat bulu-bulu panjang di bahagian belakang leher dan campuran warna biru, kuning dan merah pada paruhnya.  Kaki burung undan pula berwarna kuning.  Burung ini berukuran  kira-kira 155 sm panjang.

Burung Undan Merah Jambu Hitam (bahasa Inggeris: Pink Back Pelican) ialah salah satu daripada haiwan yang boleh di dapati di Malaysia.  Nama sainsnya Pelecanus rufescens.  Burung Undan Merah Jambu Hitam merupakan burung yang berhijrah pada musim sejuk ke kawasan panas dan akan kembali ketempat asal apabila musim panas kembali tiba.


UNDANG :

Undang ialah pembesar adat yang empat iaitu ketua-ketua adat yang terdiri daripada beberapa peringkat yang mewakili suku kaum masing-masing di Negeri Sembilan.  Setiap undang mempunyai susunan aturan dan peraturan tertentu yang telah ditentukan oleh adat dan tidak boleh dilanggar.  Undang adalah terdiri daripada Datuk Paduka Besar, Datuk Seri Maharaja, Datuk Senara Muda dan Datuk Orang Kaya.

Sehubungan dengan pemilihan dan pelantikan undang, faktor-faktor seperti susunan kekeluargaan melibatkan istilah-istilah seperti suku, buapak, anak buah, lembaga dan sebagainya adalah berhubung kait.

Secara istiadat pertabalan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan , undang merupakan antara tetamu kehormat yang mesti di balai penghadapan sebagai saksi dalam pertabalan.

 
      

 UNDANG-UNDANG :

Undang-undang ialah satu peraturan yang melibatkan pelbagai aspek dan bidang yang digubal oleh pihak kerajaan dan mesti dipatuhi oleh masyarakat terbabit.  Undang-undang dibentuk untuk mengawal masyarakat agar melalui liku-liku dan norma hidup yang mulia sebagai manusia berakal dan bertamadun. Golongan masyarakat yang tidak mematuhi dan melanggar undang-undang akan ditangkap dan dibicarakan.  Pihak polis merupakan jabatan yang menjalankan penangkapan, manakala mahkamah pula ialah tempat pesalah dibicarakan.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...