Sahabat Maya :

Sunday, September 15, 2013

85 peratus sekolah dilengkapi sistem maya 1BestariNet


85 peratus sekolah 

 dilengkapi sistem maya 1BestariNet

Muar: Lebih 85 peratus daripada 10,094 sekolah di bawah Kementerian Pendidikan sudah dilengkapi dengan sistem 1BestariNet yang menjadi gerbang sesawang pembelajaran.
Timbalan Menteri Pendidikan II, P Kamalanathan, berkata baki 15 peratus lagi sistem itu terutama di Sarawak akan disiapkan penghujung tahun ini. 
 

“Di Sarawak ada masalah menyediakan jaringan sesawang tetapi ia sedang dilaksanakan,” katanya selepas melancarkan 1Bestari Frog Virtual Learning Environment (VLE) di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Sri Amar Diraja, di sini, semalam.


Rapat jurang digital

1BestariNet adalah inisiatif Kementerian Pendidikan untuk melakukan perubahan pembelajaran menggunakan internet dan teknologi bagi meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran serta merapatkan jurang digital antara pelajar bandar dan luar bandar.

Menerusinya, semua sekolah akan dihubungkan dalam satu pangkalan pembelajaran tunggal menggunakan internet berkelajuan tinggi 4G dan pengguna diberi akses daftar ke dalam program untuk aplikasi pembelajaran Maya Frog, Google Apps for Education dan Frog Store.

Kamalanathan berkata, kementerian ketika ini sedang melakukan kempen memperkenalkan sistem 1BestariNet itu dan mendapatkan maklumat dan maklumbalas daripada semua sekolah. 
 
 
 
Sumber

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...