Sahabat Maya :

Sunday, August 4, 2013

Semangat Ramadhan dan Semangat Aidilfitri :)


Elak berhutang sambut Syawal






Semangat meraikan Aidilfitri
 lebih utama daripada membazir 
berbelanja buat persiapan raya






Menjadi kebiasaan,
 persiapan menyambut 1 Syawal 
diadakan sejak awal lagi.
 Tukang jahit biasanya menerima
 tempahan membuat baju kira-kira
 empat bulan lebih awal.





Umat Islam memang digalakkan
 membuat persiapan menyambut 
1 Syawal sebagai tanda meraikan
 kejayaan melawan hawa nafsu
 selama sebulan Ramadan. 
Bagaimanapun, tuntutan agama itu
 perlu dilaksanakan dalam 
sederhana dan tidak membebankan.







Firman Allah SWT yang bermaksud:




 “Dan janganlah engkau 
jadikan tanganmu menggenggam
 (terlalu kedekut dan tidak mahu bersedekah) 
dan jangan terlalu memberi s
ehabis-habisnya, nanti engkau
 jadi tercela dan menyesal.”




 (Surah al-Isra, ayat 29)





Firman Allah SWT yang bermaksud: 




“Dan janganlah engkau
 jadikan tanganmu menggenggam
 (terlalu kedekut dan tidak mahu bersedekah) 
dan jangan terlalu memberi 
sehabis-habisnya, nanti engkau
 jadi tercela dan menyesal.” 


(Surah al-Isra, ayat 29) 







Tidak mencerminkan kejayaan latihan Ramadan



 

Perbuatan sanggup berhabis 
semata-mata untuk persiapan
 1 Syawal tidak mencerminkan 
kejayaan latihan Ramadan. 
Sikap membazir menggambarkan
 sikap menurut hawa nafsu.
 Ini membuktikan puasa yang 
dilakukan sebulan masih belum 
menundukkan hawa nafsu sekali 
menunjukkan banyak kekurangan 
wujud dalam ibadat puasa.






Persiapan menyambut 1 Syawal 
memadai untuk membezakan atau
 menunjukkan ia berbeza berbanding
 hari-hari biasa. Antara amalan
 yang patut dilakukan ialah ziarah,
 memakai pakaian baru, wangian,
 menyediakan makanan untuk tetamu, 
menggembirakan anak yatim dan
 bersedekah. 





Sesungguhnya sesiapa
 mempunyai kemampuan membantu
 orang lain yang memerlukan,
 maka wajib baginya menghulurkan
 bantuan.






 Firman Allah SWT
 yang bermaksud: 




“Dan berilah kepada kerabatmu,
 dan orang miskin serta orang 
musafir akan 
haknya masing-masing.” 


(Surah al-Isra, ayat 26)






Ironinya, dalam masyarakat kita
 persiapan bukan setakat itu saja,
 sebaliknya sanggup berhabis dengan 
membeli perabot baru, langsir baru,
 mengecat rumah, kereta baru dan
 pelbagai perkara yang dikaitkan
 dengan sambutan Aidilfitri.





Bagi golongan kaya 
semua itu tidak membebankan.
 Malangnya ada juga 
yang kurang berkemampuan
 turut terikut-ikut dengan
 gaya orang kaya hingga 
sanggup berhutang.






Hari raya adalah 
tanda kesyukuran dan mengabdikan
 diri kepada Allah. Andainya kita
 melakukan perkara bertentangan
 dengan Islam, maka jauh terpesong
 daripada tujuan sebenar 
menyambut 1 Syawal.






Semangat Aidilfitri diutama



 

Sebenarnya bukan persiapan
 yang penting, tetapi ialah 
semangat Aidilfitri untuk 
melahirkan perasaan gembira, 
membentuk semangat 
berkasih sayang, mengeratkan 
tali persaudaraan, saling membantu 
dan meningkatkan ketakwaan
 kepada Allah SWT.





Kegembiraan bukan bergantung
 kepada kemampuan menyediakan
 kebendaan, tetapi bergantung kepada
 jiwa dan fikiran. Sekarang ini
 untuk berhutang memang mudah,
tetapi akan menimbulkan masalah
 di kemudian nanti.





Elak daripada berhutang



 

Berhutang memang tidak
 ditegah oleh agama. Bagaimanapun, 
adalah lebih baik jika dapat mengelakkan
 diri daripada berhutang. 
Amalan berhutang banyak 
mendatangkan keburukan jika tidak 
dikawal dan tidak berhati-hati.






Sebab itu, Rasulullah SAW berdoa 
supaya dilindungi daripada 
masalah hutang.
 Sabda Rasulullah SAW:



 “Ya Allah,
 aku berlindung kepada-Mu 
daripada perasaan risau dan sedih,
 aku berlindung kepada-Mu
 dari sifat lemah dan malas,
 aku berlindung kepada-Mu 
daripada sifat takut dan lokek,
 aku berlindung kepada-Mu 
daripada tekanan hutang dan
 kezaliman manusia.” 


(Riwayat Abu Daud)



Sumber : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/ElakberhutangsambutSyawal/Article/

 

 

 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...