Photobucket

Sahabat Maya :

Monday, August 12, 2013

Segera buat rayuan


Gagal masuk IPTA ada peluang ke UiTM




Shah Alam: Lepasan program Matrikulasi, Asasi dan Sijil Tinggi Pendidikan Malaysia (SPTM) yang gagal memasuki institusi pengajian tinggi awam (IPTA) masih berpeluang mengikuti program diploma di Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Naib Canselornya, Prof Tan Sri Dr Sahol Hamid Abu Bakar, berkata pelajar terbabit boleh membuat rayuan dengan menghantar surat rayuan secara terus kepadanya di pejabat Naib Canselor UiTM Shah Alam, dengan menyertakan keputusan peperiksaan masing-masing. 

Segera buat rayuan


Mereka perlu segera membuat rayuan jika ingin mengikuti pengajian pada sesi yang bermula September ini.

Katanya, tawaran itu membolehkan pelajar lepasan program Matrikulasi, Asasi dan STPM mengikuti program diploma di mana-mana kampus UiTM di seluruh negara dengan kelonggaran syarat.

Katanya, ramai pelajar lepasan program Matrikulasi, Asasi dan STPM menulis surat kepadanya, merayu untuk mengikuti program ijazah kerana kelulusan mereka tidak melepasi syarat dikenakan mengikut sistem merit.

“Pelajar dengan kelulusan Purata Gred Nilai Keseluruhan (CGPA) 2.0 ke atas akan diberi pertimbangan untuk pengecualian beberapa mata pelajaran atau dengan pengurangan beberapa kredit dan mungkin boleh segera menghabiskan program diploma.
“Bagi pelajar lepasan STPM pula, mereka boleh membuat rayuan jika mendapat kelulusan kredit bagi lima mata pelajaran dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan mendapat CGPA tidak kurang 2.0.

“Mereka yang terpilih juga layak memohon bantuan pendidikan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN),” katanya.

Dr Sahol berkata, sekiranya pelajar itu masih mahu mengikuti program ijazah, mereka boleh membuat pilihan untuk merayu mendapatkan tempat bagi program Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) atau Program Luar Kampus (PLK) dengan pengecualian syarat pengalaman kerja selama setahun.

Beliau berkata, pada masa ini, syarat untuk mengikuti PJJ atau PLK memerlukan pemohon mempunyai pengalaman kerja selama setahun atau dua tahun, bergantung kepada kursus.

Katanya, pelajar yang kurang cemerlang pula, boleh memasuki mana-mana 22 kolej bersekutu UiTM di seluruh negara dengan syarat mendapat keputusan minimum lima kredit termasuk mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Matematik.

Antara kolej bersekutu UiTM ialah Institut Profesional Baitulmal dan Kolej Poly -Tech MARA di Kuala Lumpur, Kolej Poly-Tech MARA Bangi, dan Kolej Teknologi Timur, Sepang di Selangor.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...